Skip to main content

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua!

Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha.

SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe.

Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan.

Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni :

  • Start from 4 - 30.4.2022
  • Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan)
  • Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69
  • Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim



  • List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays sebab tak seramai weekend. So....boleh la makan banyak sikit hahaha


All I can say sepanjang event berlangsung, it went so smoothly. Sis datang seawal 6.45 petang on 16/4/2022 tu. Parking FREE yeayy hahhaa. Boleh parking di bawah auditorium. Memang palang tak di tutup. So boleh park dengan hati yang tenang.

Masuk sahaja dewan, anda perlu daftarkan diri dekat kaunter depan Auditorium ya. Just untuk staff staff check nama anda ada dalam name list untuk hari tersebut.

Masuk masuk sahaja, sis dah start rambang mata. Mana tak nya! 2 TAHUN DAH TAK MAKAN BUFFET RAMADHAN hahaha.

Mungkin sebab sis pergi hari Sabtu, full house! Makanya, sis tahu sis dah lambat jugaklah ya hehe. Tapi takpe. Perjuangan di teruskan dengan terus cari makanan yang di impikan...

KAMBING GOLEK hahah



<hilang rindu nak makan kambing golekkkk> 

Then dekat sebelah kambing, ada ikan bakar pulak.....

Dah lah waktu sis datang tu, dia memang tengah bakar ikan keli fav sis. Lagi lahhh laju tangan ambil masuk dalam pinggan hahaha. Selain ikan keli, ada jugak ikan cencaru & ikan kembung. Tapi cukuplah ikan keli buat sis. Besawww!


Char Kuey Teow & Kuey Teow Kerang sis lupa pulak nak ambil gambar alahai. Tapi itu di masak panas panas ya. So korang boleh bayangkan betapa sedapnya makan Kuey Teow panas panas wuwuw.

Seterusnya, sis terus masuk ke dewan kecil yang menyediakan mostly appetizer & dessert. Sila jangan terliur tengok makanan yang di sediakan ya haha. Antaranya adalah :


Ice Cream

Ais Batu Campur (ABC)


Apam Balik <TAK TIPU SEDAP GILA SIS MAKAN 4 HAHAHA>


Kuih Tradisional

Buah buahan


Roti Jala

Aneka Bubur

Dan Roti John & Murtabak! Sorry tertinggal ambil gambar pulak. Nampak sangat excited hahaha



So, inilah dia ke semua makanan yang sis ambil untuk berbuka. Kalau ikutkan hati, semua nak tapi memang tak muat meja hahah. And takut senak pulak perutnya nanti.

Kan sis kata FULL HOUSE! Bukti hahahha


Haaa kalau appetizer & dessert dekat dewan kecil pun dah best, apatah lagi dalam Auditorium tu sendiri. Makanya, jangan terliur buat kali kedua ya haha.


Special Rice ft Kambing

Kids Section (Fries, Nugget, Hotdog)


Ulam ulaman



Noodle Soup

Air yang pelbagai

Dan pada pukul 7 malam, akhirnya, special appearance untuk tarikh 16/4/2022 akhirnya di jemput naik ke pentas. LAH AHMAD uolls!

Tapi sis buat hal sikitlah hahaha. Bila tengah record video, Lah Ahmad tiba tiba lalu sebelah meja. Walaupun tengah sibuk explain pasal event ni for video, terus di pusingnya camera and record Lah Ahmad lalu hahaha. Nasib dia chill je terus lambai dekat camera hahaha. Thank you Lah Ahmad! Ehehe



Dan lepas Lah Ahmad perform, beberapa minit lepas tu, azan Maghrib pun berkumandang dan berbukalah kami. Sepanjang makan, kami di hiburkan dengan live band. Yang bestnya, tiba tiba ada nyanyian Happy Birthday untuk guest yang menyambut birthday pada hari tersebut. Serious rasa seronok tengok muka birthday girl/boy terkejut bila nama di sebut. Surprise gituhhh.



Dan macam sis mentioned di awal post, surau di sediakan. So bergegas naik and Alhamdulilah surau sangat luas. Memang proper surau yang kalau kita pergi mall tu. Eh camtu eh explain hahaha. Luas lah senang cerita.

Akhir sekali, tepat 8.30 malam, kami di hiburkan pula oleh Liza Abdullah. Siapa je tak kenal Mak Leha dari cerita 7 Hari Mencintaiku... masa Liza Abdullah naik je pentas, dia mentioned yang Alhamdulilah drama tersebut trending! Alhamdulilah. 

Liza Abdullah pun hiburkan kami dengan lagu lama. Maafkan saya...sis tak tahu lagu tersebut tapi layannn. Gituhhh.



So, dalam 9.15 malam, sis pun bergerak pulang dengan perut yang sangat PENUH TAK TERKATA. Memang boleh rasa ikan dengan kambing berenang dalam perut hahaha. Dan nak cakap betapa cukupnya sis makan malam tu, sampai sahur tak boleh makan. Sebab still kenyang hahaha #penanganbuffetramdhan #byzaisrigemilang

Jadi, apa lagi guys! Termasuk harini, ada 12 HARI LAGI untuk korang experience apa yang sis experience.

Semoga jangan food coma ya hahaha.

Book now ! BOOK BOOK BOOK! Masih tidak terlambat!
 
Call now : 019-2284349 / 013-2874349 / 012-3161164 / 012-7316929



Sign out. 
Aliana Rahim yang penuh ikan dan kambing berenang di dalam perutnya.


Comments

Popular posts from this blog

Day 6- Gyeongbok Palace + Bukchon Hanok Village

28.3.2016 (Isnin) Post kali ni lebih kepada kecantikan South Korea sendiri :) Mungkin perlu jugak la kan some description but gambar pun kadang-kadang boleh berbicara sendiri ecewahhh haha. So, kalini kiteorang decide untuk pergi ke Gyeongbok Palace. Palace yang berada betul betul di tengah bandar Seoul! Perjalanan kami seperti biasa akan bermula dari Bong House Hyehwa Stt ->Dongdaemun Stt(T)->Jongno(3)Ga Stt(T) ->Gwanghwamun Stt (Gyeongbok Palace) *Yup banyak sikit Transfer Station dia. Bertahan yaaa* SO, sampai je dekat Gwanghwamun Stt, terus nampak ni! LOCATION BABY TOP I BERLAKON! Saranghae Top Oppa! Haha. Pandai tau tetiba letak besar besar Iris nih. Ye lah suatu ketika dahulu, cerita ni famous gilos kot! Dan ini pula, King Sejong yang di katakan di situ adalah King yang berjaya mencipta tulisan Hangeul mereka. Haaa kiranya memang di ingati oleh setiap Korean lah. Ini la bapa tulisan Hangeul mereka gituwww. And bila berjalan ke depan si...

EP 2 : Seperti Anjing Dengan Kucing (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 2 SEPERTI ANJING DENGAN KUCING Maksud: dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu.             Jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 2 petang. Bella yang sememangnya susah untuk melelapkan mata di dalam kenderaan mula tercelik. Aku yang baru sahaja menghirup air kosong dari botol brand Tupperware begitu terkejut di kala mata Bella terbuka dengan tiba-tiba. Tersedak di buatnya. Bella terus membetulkan rambutnya dan menepuk belakang aku dengan tangan kecilnya itu. Aku masih lagi terbatuk sambil tersenyum melihat betapa matangnya budak berusia 5 tahun ini. “Baiknya Bella. Pandai eh gosok belakang ibu bila ibu batuk.” Bella tersenyum sambil berkata. “Nenekkan selalu batuk. Atok yang ajar Bella suruh gosok belakang nenek.” Aku tiba-tiba terasa satu perasaan yang sebak. Pengorbanan dan kasih sayang di limpahkan oleh kedua ibu bapa sememangnya tidak boleh di sangkal lagi. Mereka pasti aka...