Skip to main content

Gee Gee Gee

Geng Degree yang banyak menyimpan seribu kenangan. Penuh onak duri la boleh di katakan. Banyak suka yang di kongsi bersama dan begitu juga duka. Ecehhhh haha.

So, moh la kita kenai budak budak nihh

1. Rysha Nadia (Rysha)





Haih payah nak cakap budak sewel nih haha. Rysha, banyak benda baik aku boleh share.


Kalau nak tahu, aku memang ada masalah bila sampai Singapore. Dah masuk dua kali eh, pergi Singapore , terus sakit . But kalini pergi trip dengan budak budak ni, aku muntah muntah and cirit mencirit hahaha.  TAK TAHU LA KENAPA SINGAPORE BENCIK SANGAT KAT AKU! Huaaaa sedihhh.

Okay, so sampai sana, aku dah rasa tak sedap badan and dalam berapa ride tu aku dah mula tak larat. And sampai satu tahap, kena papah.

Walaupun Rysha banyak je lagi ride and more events yang dia boleh pergi, but dia stick dengan aku. Sampai satu tahap, Rysha terpaksa balik Johor dulu sebab aku nampak tak larat langsung. And masa tu aku memang bergantung dekat Rysha. Sepenuhnya sebab aku tak tahu la apa jadi dengan aku kalau aku tak balik jugak malamtu.

Sepanjang dalam bas, aku baring atas dia. Dia papah aku sampai naik teksi and masuk ke hotel. Dia tunggu aku sampai budak budak ni balik.

Sejak dari tu, aku tahu, aku terhutang budi dengan dia.

Dan di takdirkan sesuatu yang tidak di ingini jadi. Aku and dia repeat one paper. And macam biasa siapa tak down, but dia boleh lagi bagi positive vibe dekat aku " Kita boleh Aliana! Kita boleh!"

And dekat situ aku baru kenal diri Rysha yang sebenar. Dia dalam gelak tawa dia, dia ada side jugak. Side Rysha yang bukan hanya buatkan orang terhibur tapi kadang kala just, nak berkawan untuk meluahkan apa yang tersirat di hati ecehhhhh. Jangan nangis Rysha! Tahan.

So, itu yang aku boleh describe Rysha Nadia.

Baik orangnya dan pandai urut orang nyaaa. Haaaa bonus bruhhh! Haha.

And aku doakan kau yang terbaek dalam hidup kau :)

I love You, Rysha.


2. Sarah Bakar (Sarah/ Ser)



Cik Sarah kitaaaa hihi. Dia nih last semester ni banyak sama group dengan dia. And apa yang aku boleh kata, dia seorang teammate yang bagus. Buat kerja pantas dan tuntas haha.

Boleh hired dia yaa. Recommended ya.

Sarah, orangnya, aku boleh describe seorang yang manja. Dia perlu di pampered so that dia rasa di sayangi gituhh haha.

And dia kalau set apa yang dia nak, insyaAllah dia akan try dapatkan sebaik mungkin. A very determined person.

Tapi ada satu benda kau perasan pasal Sarah. Semua benda dia nak cepat ahahaha. Nampak laju je semua benda dia buat. Memang susah nak catch up dengan dia.

So, Sarah, aku nak mintak maap kalau bila kau tidur sebelah aku, aku ada tertendang kau ke haha. Kaki aku memang tak dengar kata.

And lastly, aku doakan kau sentiasa keep up your cheerfulness and share the good vibes dengan orang lain kay.

I love you, Sarah.


3. Nabila Ferisha ( Feri)


Eh hey si tudung merahhh.

Ferisha nih, aiyaaaa cengeng sungguh hujung hujung sem nih haha. Awal awal aku dengar dari mulut orang je dia nih kuat menangis. Tapi bila aku tengok sendiri, aiyaaaa manyak sungguh ayaqqq mataaaa hangg hahaha.

Tapi itula yang membuktikan hati dia lembut. Mudah tersentuh kalau pasal kawan-kawan nih. Sebut je " Feri, ini last moment kita.."

Berjuraiiiii hahaha.

Makin seronok la aku kacau dia. Makin padu ah cerita dia ayat ayat yang aku bagi hahaha.

So, last words aku masa kau datang bertandang tu, kau ingat lah eh. Ikhlas dari aku and harap kau ingat la. Jangan lupa pulak nasihat aku tu haha.

And, jangan sedih kay. Walaupun susah nak berjumpa lepas ni, dengan commitment masing masing, kita kena kay cari masa jugak sometimes and catch up with each other punya stories.

Lastly, aku tahu kau akan eeeee, but I love You, Ferisha :)


4. Fatin Faseha Faisal (Aten/ Datin Maimon)



Aten oh Aten!

Aku tak tahu la kalau sebut je Aten aku dah tergelak. Dia punya perangai ni alahai, tak menahan.

Satu benda yang aku tak boleh lupa, setiap kaliiii.. SETIAP KALI.. dia bercakap, orang macam tak perasan pun dia tengah bercakap AHAHAHAHA. Kiteorang selalu cakap "angin lalu" haha.

And sampai satu masa tu , aku terdengar macam ada bunyi and aku pandang dia ahahha dia dah sedih sbb takde orang dengar dia tengah cakap. Alahai sian kau weh. Tapi itu yang membuatkan kau sangat kelakar.

Tapi dia nih, sangat matang orangnya. Kalau nak cari pendapat, carila sis Aten. Pernah sekali aku down pasal apa eh. Tak ingat.

Tapi tiba-tiba pagi tu, aku dapat satu video, dia mainkan guitar untuk aku. Auwwww so sweet sangat. Bangun bangun dapat video gituhh. Omey ngat haha.

Thx Aten for everything and aku percaya kau nih, tak lama nih! Selalu firasat aku selalu betul haha. Aminkan sekarangg haha.

And sorry kalau aku annoyed kan kau dengan lawak hambar aku haha.

And, I love You Aten :)


5. Nur Nabiha (Biha)


*Yang si kecik belah kanan tu*

Aiii budak kecik sorang nih ahaha. Nampak je kecik kan. Aii jangan. Sampai masa dia sembur kau, dia sembur! Haha.

Nasihat kita dekat awak, Biha, jangan garang sangat! HAHAHAA.

Kurangkan kerutan di dahi tu. And jangan stress kan diri sorang sorang kay. Share dengan orang sekeliling jugak sbb kadang-kadang macam nampak awak macam monyok je tapi kita nak tegur takut. Takut kena lenting hahaha.

So, kita tahu awak orangnya memang tak share dengan kiteorang, tapi kita harap awak ada saluran lain kay untuk reducekan apa yang ada dalam hati awak tu.

Sentiasa ceriakan diri and jangan lupa senyum tau awak! SENYUMMM! hahaha.

And, I love you, Biha :)

























xoxo,
AlianaRahim

Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 6- Gyeongbok Palace + Bukchon Hanok Village

28.3.2016 (Isnin) Post kali ni lebih kepada kecantikan South Korea sendiri :) Mungkin perlu jugak la kan some description but gambar pun kadang-kadang boleh berbicara sendiri ecewahhh haha. So, kalini kiteorang decide untuk pergi ke Gyeongbok Palace. Palace yang berada betul betul di tengah bandar Seoul! Perjalanan kami seperti biasa akan bermula dari Bong House Hyehwa Stt ->Dongdaemun Stt(T)->Jongno(3)Ga Stt(T) ->Gwanghwamun Stt (Gyeongbok Palace) *Yup banyak sikit Transfer Station dia. Bertahan yaaa* SO, sampai je dekat Gwanghwamun Stt, terus nampak ni! LOCATION BABY TOP I BERLAKON! Saranghae Top Oppa! Haha. Pandai tau tetiba letak besar besar Iris nih. Ye lah suatu ketika dahulu, cerita ni famous gilos kot! Dan ini pula, King Sejong yang di katakan di situ adalah King yang berjaya mencipta tulisan Hangeul mereka. Haaa kiranya memang di ingati oleh setiap Korean lah. Ini la bapa tulisan Hangeul mereka gituwww. And bila berjalan ke depan si...

EP 2 : Seperti Anjing Dengan Kucing (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 2 SEPERTI ANJING DENGAN KUCING Maksud: dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu.             Jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 2 petang. Bella yang sememangnya susah untuk melelapkan mata di dalam kenderaan mula tercelik. Aku yang baru sahaja menghirup air kosong dari botol brand Tupperware begitu terkejut di kala mata Bella terbuka dengan tiba-tiba. Tersedak di buatnya. Bella terus membetulkan rambutnya dan menepuk belakang aku dengan tangan kecilnya itu. Aku masih lagi terbatuk sambil tersenyum melihat betapa matangnya budak berusia 5 tahun ini. “Baiknya Bella. Pandai eh gosok belakang ibu bila ibu batuk.” Bella tersenyum sambil berkata. “Nenekkan selalu batuk. Atok yang ajar Bella suruh gosok belakang nenek.” Aku tiba-tiba terasa satu perasaan yang sebak. Pengorbanan dan kasih sayang di limpahkan oleh kedua ibu bapa sememangnya tidak boleh di sangkal lagi. Mereka pasti aka...