Skip to main content

EP 2 : Seperti Anjing Dengan Kucing (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 2

SEPERTI ANJING DENGAN KUCING
Maksud: dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu.



            Jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 2 petang. Bella yang sememangnya susah untuk melelapkan mata di dalam kenderaan mula tercelik. Aku yang baru sahaja menghirup air kosong dari botol brand Tupperware begitu terkejut di kala mata Bella terbuka dengan tiba-tiba.

Tersedak di buatnya.

Bella terus membetulkan rambutnya dan menepuk belakang aku dengan tangan kecilnya itu.

Aku masih lagi terbatuk sambil tersenyum melihat betapa matangnya budak berusia 5 tahun ini.

“Baiknya Bella. Pandai eh gosok belakang ibu bila ibu batuk.”

Bella tersenyum sambil berkata.

“Nenekkan selalu batuk. Atok yang ajar Bella suruh gosok belakang nenek.”

Aku tiba-tiba terasa satu perasaan yang sebak. Pengorbanan dan kasih sayang di limpahkan oleh kedua ibu bapa sememangnya tidak boleh di sangkal lagi. Mereka pasti akan melakukan apa sahaja demi anak-anak mereka. Tidak kisahlah apa jenis masalah yang menimpa, pasti ada sahaja yang membuatkan mereka tidak senang hati dan terus sahaja menghulurkan tangan . Tanpa di sedari, air mata aku tiba-tiba jatuh.

Aku terdengar jeritan kecil Bella.

“IBU!”

Aku terus mengesatkan air mata aku dengan pantas. Aku membetulkan rambut Bella sambil mencubit pipinya.

“Masuk habuklah sayang.”

Aku terus mengubah topik.

“Haaa nak sambung dengar tak cerita ibu?”

Kali ini, Bella behave. Dia hanya tersenyum sambil tidak berhenti mengangguk.

Tak tahu kenapa aku pun boleh mengangguk sekali.

Aku cuba mengingati peristiwa aku di pertemukan dengan seorang lelaki yang paling aku benci di dalam dunia ini. Sampai ke sudah, lelaki inilah lelaki yang paling berlagak, tak pernah belajar budi bahasa dan yang paling teruk, di gilai ramai pelajar sekolah menengah aku.

Ketika itu aku berusia 15 tahun.

“Aira! Kau tak nak tukar dengan aku ke? Tak nak ke? Tak nak ke?” tanya Priya dengan nada yang terdesak.

Aku makin meluat kerana Priya bukan orang pertama yang menanyakan soalan tersebut kepada aku.

“Ehhhhh dahlah Priya. Aku dah cakapkan cikgu tak kasi tukar. Kau ingat aku nak sangat ke si Basyar tu jadi mentor aku?”

Priya mula memuncungkan bibirnya.

“Ishhh kenapa kauuuu! Kenapa kauuu yang cikgu pilih?”

Aku yang melihat Priya yang mula menghentuk kepalanya di meja terus menahan dengan tangan aku.

“Woi! Gila ke? Sebabkan Basyar kau sanggup hentak kepala kau dekat meja? Dahsyat kau ni.” sambil aku menggelengkan-gelengkan kepala tanda tidak percaya betapa taksubnya pelajar di sekolah menengah aku dengan jejaka terpandai untuk tingkatan 3.

Priya mula menggosok kepalanya dan memandang Aira dengan muka yang betul-betul meminta untuk di sepak.

“Priya! Sekali lagi kau buat muka macamtu dekat aku, aku betul-betul sepak kau. Kau nak?”

Priya terus bangun sambil tersengih seperti kerang busuk dan menuju ke tempat duduknya.
Aku pula dalam waktu yang sama masih lagi tidak percaya cikgu mewujudkan program mentor mentee dan semestinya soalan yang kerap bermain di fikiran aku..

KENAPA AKU?

Aku cuma dapat 3B, 3C, 2D je. Kira dah elok ada B. Orang lain lagi teruk. Ada sorang tu hampir semua subjek dia dapat D. Oh ya lupa! Dia pun senasib dengan aku.

Ah! Aku malas nak fikir kenapa aku di paksa untuk menjadi sebahagian dari program tak masuk akal ni. Pandai sangat ke budak sebaya nak ajar kawan sebaya? Apa guna cikgu dekat sekolah kalau tiba-tiba suruh murid dia yang mengajar?

Pfttt aku mula memberontak seorang diri.

Dalam hati aku ingin sahaja aku melarikan diri namun selepas di nasihati oleh Ustazah Aini yang 
menjadi penyebab mengapa aku masih lagi bertahan untuk belajar, aku mengiyakan sahaja.

Ingat lagi apa yang di katakan oleh Ustazah Aini.

“Aira, kita ni sebagai manusia tak boleh mudah putus asa tau. Kalau kita cepat putus asa dengan diri sendiri, macam mana awak nak buat orang lain nak percayakan yang awak pun boleh berjaya?”

Semestinya aku petah sekali untuk menjawab namun tak lama pun.

Ustazah Aini mula memberi kata-kata yang bagi aku macam tiada tanda noktah. Kadangkala aku seperti ingin memberi sebotol air buat ustazah kerana khuatir air liurnya kekeringan selepas memberi syarahan kepada aku. Ustazah Aini sudahpun menetapkan perpustakaan sebagai tempat untuk aku belajar dengan Basyar. Masuk sahaja aku di dalam perpustakaan, aku mula kekok. Kerana aku adalah manusia yang paling jarang untuk menjejakkan kaki di sana. Aku cuma merasakan tempat yang begitu sunyi merimaskan aku.

Aku meluaskan mata aku untuk mencari Basyar.

Tiba-tiba aku di jentik di bahagian bahu kanan.

Aku mula menjerit dan terus di marahi oleh perpustakawan yang bertugas. Aku hanya mampu meminta maaf dan terus memandang belakang untuk melihat siapa yang berani menjentik aku. Melihat Basyar yang sedang mengerutkan dahi sambil memandang aku terus menyebabkan aku terdiam dan mula berkata sendirian.

Dia berani jentik aku?! 

“Asal lambat?”

Aku terus memandang lama ke arah jam tangan aku sambil mengerutkan dahi.

“Aku lambat 5 minit je.”

Basyar terus tergelak sinis sambil berjalan menuju ke bahagian hujung perpustakaan. Aku pula masih lagi terpinga-pinga kerana tidak percaya ada manusia yang begitu punctual seperti Basyar.

“Dahlah lambat. Jalan tu cepat sikit boleh tak?”

               Aku hanya menahan kesabaran yang sedang di uji. Kalau setan dalam diri aku ni makin memberontak aku rasa ada aku tolak keluar si Basyar dari tingkap yang sedang terbuka luas. Basyar terus mengeluarkan buku dan sebatang pensil kayu. Aku tergelak melihat betapa kunonya manusia di hadapan aku ini. Ada lagi manusia suka menulis pakai pensil kayu. Basyar yang melihat aku tergelak terus sahaja mengeluarkan statement padu yang menyebabkan aku menahan kesabaran untuk kali kedua.

“Kau tak layak tau nak gelakkan aku sebab aku pakai pensil kayu. Kau yang pakai pensil mahal tu dah buat kau berjaya dapat A ke?”

Aku seperti di tusuk oleh pedang yang di bakar dahulu dengan api yang begitu marak. Dasar mulut tahap ya ampun serius teruk manusia mulut macamtu. Aku hanya mendiamkan diri dan mula menarik nafas. Aku tidak mahu membuat sebarang perkara yang memalukan dan hanya ingin menamatkan program itu secepat mungkin. Basyar mula mengajar aku subjek Matematik dengan pensil kayu dia tu. Semakin lama aku mendengar apa yang di ajar oleh Basyar, semakin panas kepala aku. Aku tidak pernah memaksa mata aku sebegitu teruk untuk memandang lama pada muka orang yang mengajar aku. Kerana setiap kali kelopak mata aku mula terasa berat, Basyar akan mengetuk kuat pada tangan aku dengan pensil kayunya itu.

“Kalau tak pandai, jangan berlagak pandai.”

Arghhhh! Apa yang keluar dari mulut dia ni sememangnya ayat-ayat puaka yang aku sendiri tak tahu dari mana dia belajar.

Sejam kemudian, berakhirlah sudah penyeksaan pada diri aku. Aku secepat mungkin mengemas bag dan bersedia untuk melarikan diri daripada manusia yang takat muka iras-iras Yusry KRU dalam Cinta Kolestrol tapi perangai busuk macam loji!

Tidak sempat aku pergi dari situ, Basyar tiba-tiba berkata sesuatu.

“Aku tak kaya macam korang semua.”

Aku terus memandang tepat ke arah Basyar.

“Aku tak boleh malas macam korang sebab aku nak masuk MRSM.Aku nak masuk sangat supaya aku boleh dapat biasiswa untuk aku sambung belajar dekat universiti nanti.”

Aku betul-betul terdiam sambil memerhati raut wajah lelaki itu dan hati aku mula bertanya sendirian.

Kenapa dia cerita semua ni dekat aku?

Basyar tiba-tiba merenung dalam mata aku sehingga aku terpaku sendiri. Muka aku mula panas dan ketiak aku mengeluarkan peluh tanpa bau-bau pelik.

“Aira, aku percaya kau boleh berjaya. Kau bukannya tak pandai. Kau cuma tak bagi diri sendiri peluang untuk kau berjaya. Kau tengoklah tadi. Aku ajar sikit kau boleh ingat. Orang lain aku ajar kadang-kadang ambil masa yang lama nak hadam kau tahu? Kau patut bersyukur kau antara orang yang senang nak ingat.”

Aku tersenyum namun tidak lama.

“Tapi kau jangan ingat aku dah cakap baik-baik dengan kau, aku akan berbaik dengan kau. Tahap pemalas kau tu memang aku tak boleh nak tahan. Senang sangat nak tertidur. Kau ingat aku tengah dodoi kau tidur ke apa? ”

Tak tahu kenapa kali ini aku begitu berani untuk melawan.

“Ustazah Aini pernah cakap apa yang kita sentiasa sebut tu adalah doa. Sebab tu kalau nak pilih nama anak, kena fikir elok-elok sebab setiap kali kita panggil nama anak kita, kita mendoakan dia jadi macam apa yang kita sebut. Ustazah Aini cakap maksud Basyar adalah pembawa berita baik-baik. Jadi, boleh tak kau menonjolkan diri kau ikut maksud nama kau tu? Boleh?”

Basyar seperti tidak mahu kalah dan mula bertengkar dengan aku. Akhirnya aku di tinggal bas dek kerana sibuk mempertahankan diri aku sambil Basyar memerah otak untuk mengeluarkan ayat-ayat puakanya.

“So…itu ayah Bella ibu?”

Aku terbangun dari memori lama dan melihat Bella telah berhenti melukis sesuatu dengan sebatang pensil kayu.

“Huh?”

Aku melihat ramai mula turun dari bas untuk membeli makanan di RnR.


“Kita turun beli makanan dulu ya sayang.”



xoxo,
AlianaRahim

Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 6- Gyeongbok Palace + Bukchon Hanok Village

28.3.2016 (Isnin) Post kali ni lebih kepada kecantikan South Korea sendiri :) Mungkin perlu jugak la kan some description but gambar pun kadang-kadang boleh berbicara sendiri ecewahhh haha. So, kalini kiteorang decide untuk pergi ke Gyeongbok Palace. Palace yang berada betul betul di tengah bandar Seoul! Perjalanan kami seperti biasa akan bermula dari Bong House Hyehwa Stt ->Dongdaemun Stt(T)->Jongno(3)Ga Stt(T) ->Gwanghwamun Stt (Gyeongbok Palace) *Yup banyak sikit Transfer Station dia. Bertahan yaaa* SO, sampai je dekat Gwanghwamun Stt, terus nampak ni! LOCATION BABY TOP I BERLAKON! Saranghae Top Oppa! Haha. Pandai tau tetiba letak besar besar Iris nih. Ye lah suatu ketika dahulu, cerita ni famous gilos kot! Dan ini pula, King Sejong yang di katakan di situ adalah King yang berjaya mencipta tulisan Hangeul mereka. Haaa kiranya memang di ingati oleh setiap Korean lah. Ini la bapa tulisan Hangeul mereka gituwww. And bila berjalan ke depan si...