Skip to main content

Episode 2 : Menolong Adik Adik Matematik

Eeee lamanya tak menulis sejak Lehan Jasmine kawen ehehe.

So, malam ni, macam biasa, tuition bersama Cikgu Aliana akan start dari pukul 9 malam sampailah 11 malam. Tapi lately ni, Cikgu Aliana suka hati dia je nak habiskan tuition sampai pukul 10.

Salahkan Shaheizy Sam yang mampu menarik minat, hati dan perasaaan dengan ayat-ayat mengorat dia . Aduhhh wujud lagi ke lelaki yang berani macamtu. HAHAHA.

So, anyway, hari ni episode 2 : Menolong Adik Adik Matematik berkisahkan dua adik lelakiku yang ku sayangi, Ahmad Farhan Fitri dan Ahmad Zharif Ridhwan.Sebut laaa jugak nama Farhan tu sebab dia cakap tadi and merayu suruh update blog.

Reason dia..

"I want to be famous."

Hamboih.

Kalau akak hang ni blogger terkenal. ada lah effectnya promote nama awak kat sini. Ini kalau blog pun malas update, apa benda kan haha.Menulis pun sekadar meluahkan perasaan yang ada. Tak gitu?

So, haihh lama betul nak sampai cerita episode 2 ni.

Cerita dia, bila Zharif dah start masuk topik, menyelesaikan masalah matematik dalam bentuk lazim.
Hmmmm aku pun tak tahu sesusah ni bila nak explain. Okay, cuba fikir macam mana ayat yang paling senang untuk explain

=178 -99

Takde kan?! And boleh agaklah aku explain pun macammana..

"Di sebabkan 8 tu kecik dari 9, Zharif kena pinjam dari sebelah 1. Tapi bila 8 tu dapat 1 dari sebelah, dia bukan jadi 1, dia akan dapat 10.

Muka Zharif....TENGGGGG



Aku sambung lagi..


"Okay. So sekarang ni. 8 tadi dah jadi 18 and boleh tolak dengan 9."

Masih lagi keliru dan aku sambung lagi..



"So,7 tadi dah kena amek 1, dia akan kurang satu lah kan? So Zharif X kan dia,tuka jadi 6."


 Ntah mencapai konklusi pun aku tak tahu..

"Sekarang ni, 6 pulak dah tak cukup nak tolak 9. So pinjam dari sebelah and buat benda yang sama macam Aya cerita tadi."

Zharif pun tunduk dan melihat lamaaaa ke bukunya.

Dan dengan tiba-tiba, dia memandang tepat ke mataku dan

"Saya tak faham."


TENGGGG TENGGG TENGGGGGGGGGGGGGG.

I GIVE UP ! Ahahahah.

Tiba tiba rasa nak peluk cikgu sekolah rendah aku. Macam mana dia ajar aku untuk faham yang aku kena pinjam sebelah and dia akan jadi sepuluh, and kalau tak cukup lagi, kena pinjam lagi.

Haihhh...tak senang rupanya nak mengajar budak sekolah rendah. Sebab kita kena fikir ayat yang paling mudah dan tepat untuk dieorang faham. Tak boleh nak bombastic or meleret.

And my favvvv for today.

Aya : Zharif, ini senang sangat sangat. 200 + 52. Kenapa Aya cakap senang. Okay. 0 +2 berapa?

Zharif : 2 (dengan nada paling kuat)

Aya : GOOD! So, 0+5, berapa?

Zharif : 5!!

Aya : Good Zharif. So, 2 tambah takde apa.

Zharif : 2!!

Aya : So jawapan dia?

Zharif : Sama!!!




*face palm*

Cikgu Aliana Fail Ajar Math Lagi Malamni.




But Aya still love youuuuu, Zharif and will never give up untuk ajar Math :)



xoxo,
AlianaRahim

Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 6- Gyeongbok Palace + Bukchon Hanok Village

28.3.2016 (Isnin) Post kali ni lebih kepada kecantikan South Korea sendiri :) Mungkin perlu jugak la kan some description but gambar pun kadang-kadang boleh berbicara sendiri ecewahhh haha. So, kalini kiteorang decide untuk pergi ke Gyeongbok Palace. Palace yang berada betul betul di tengah bandar Seoul! Perjalanan kami seperti biasa akan bermula dari Bong House Hyehwa Stt ->Dongdaemun Stt(T)->Jongno(3)Ga Stt(T) ->Gwanghwamun Stt (Gyeongbok Palace) *Yup banyak sikit Transfer Station dia. Bertahan yaaa* SO, sampai je dekat Gwanghwamun Stt, terus nampak ni! LOCATION BABY TOP I BERLAKON! Saranghae Top Oppa! Haha. Pandai tau tetiba letak besar besar Iris nih. Ye lah suatu ketika dahulu, cerita ni famous gilos kot! Dan ini pula, King Sejong yang di katakan di situ adalah King yang berjaya mencipta tulisan Hangeul mereka. Haaa kiranya memang di ingati oleh setiap Korean lah. Ini la bapa tulisan Hangeul mereka gituwww. And bila berjalan ke depan si...

EP 2 : Seperti Anjing Dengan Kucing (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 2 SEPERTI ANJING DENGAN KUCING Maksud: dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu.             Jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 2 petang. Bella yang sememangnya susah untuk melelapkan mata di dalam kenderaan mula tercelik. Aku yang baru sahaja menghirup air kosong dari botol brand Tupperware begitu terkejut di kala mata Bella terbuka dengan tiba-tiba. Tersedak di buatnya. Bella terus membetulkan rambutnya dan menepuk belakang aku dengan tangan kecilnya itu. Aku masih lagi terbatuk sambil tersenyum melihat betapa matangnya budak berusia 5 tahun ini. “Baiknya Bella. Pandai eh gosok belakang ibu bila ibu batuk.” Bella tersenyum sambil berkata. “Nenekkan selalu batuk. Atok yang ajar Bella suruh gosok belakang nenek.” Aku tiba-tiba terasa satu perasaan yang sebak. Pengorbanan dan kasih sayang di limpahkan oleh kedua ibu bapa sememangnya tidak boleh di sangkal lagi. Mereka pasti aka...