Skip to main content

28 Tahun

 Assalamualaikum semua.

Lama sungguh ya blog ni tak ada isinya hehe. Maafin. Banyak benda yang Aliana nak buat sampai ada benda yang tak sempat nak settle kan dan salah satunya, update blog ni huhu maafin.

Dan sebagai Aliana yang tak reti nak tulis pendek-pendek, blog lah tempat paling tepat untuk Aliana say something.

Dan pada 21.09.2020, di mana Aliana sudah menjadi seorang wanita yang berusia 28 tahun (magad tak nak percaya boleh tak hahaha), Aliana just nak share apa yang buatkan Aliana sentiasa bersemangat untuk fight dengan apa yang Aliana nak capai dalam hidup.


1. Impian kena clear

Minat Aliana menulis ni bukan wujud 2 atau 3 tahun lepas. Perasaan ni wujud sejak Aliana 15 tahun lagi. Okay meh kita buat calculation sikit. 

28-15 = TIGA BELAS

Yes! 13 tahun Aliana mula simpan impian untuk menjadi seorang penulis. Walaupun asalnya Aliana cuma gunakan alasan menulis untuk lepaskan rasa sakit bila tersakiti (wah gituh! umur 15 tahun dah pandai menggatai. Macamtulah hahaha )Tapi di sebabkan nak hilangkan rasa tersebut, Aliana dapat wujudkan satu perasaan yang tak pernah pudar walau sesaat.

Ok tipu.

Sebenarnya perasaan pudar tu pernah datang menyinggah. Itu semua terjadi pada awal tahun Aliana menjadi seorang pekerja ofis. Kerja banyak sangat sampai malas nak menulis dah. Tapi sampai satu tahap, bila asyik bekerja je, Aliana tiba-tiba rasa kosong.

Rasa yang tak boleh di ungkapkan tapi kosong.

Aliana hilang diri Aliana sendiri.

Aliana mula hilang senyuman di bibir.

Dan Aliana mula hilang arah apabila melihat setiap satu peluang untuk Aliana menjadi penulis, di biarkan begitu sahaja. Pendekkan cerita, Aliana tahu, apa yang melengkapkan Aliana tak lain tak bukan adalah dengan menulis.

Makanya, Aliana berhenti kerja dan cuba untuk menjadi penulis sepenuh masa but NO! Tak semudah tu ya guys. Cukup menjadi wanita berusia 25 tahun yang tidak bekerja selama 3 bulan boleh membuatkan Aliana sedar dengan realiti.

Makanya, sampai sekarang, Aliana bekerja sebagai akauntan pada luaran tetapi hati, masih seorang penulis. Tak mudah sebenarnya kerana siapa yang tahu job scope seorang akauntan macam mana, pasti tahu, otak dah tepu bila balik rumah.

But NO! Aliana tahu, Aliana kena kuat sebab Aliana clear dengan apa Aliana nak.

Aliana masih nak menjadi seorang penulis.

Tak kisahlah penulis blog ke, penulis novel ataupun penulis skrip drama/movie. Yang ada kena mengena dengan penulisan je dah boleh buat Aliana bersemangat!

Walaupun Aliana dah berjaya menjadi penulis untuk satu travelog dan selamat lahirkan sebuah buku, itu masih lagi tak memuaskan hati Aliana. Aliana masih dahagakan peluang lain untuk mengasah bakat dan mengisi minat yang sepertinya tiada tarikh luput.


2. Masa itu pinjaman daripada Allah SWT

Kalau siapa yang kenal dengan Aliana, pasti tahu kalau Aliana dah set kepala dia mahukan sesuatu, dia akan buat macam-macam sampai benda tu berjaya dalam tangan dia. Dan ada yang pernah tanya Aliana,

"Weh! Kau ni mana dapat energy ah? Ada je aktiviti kau kan? Kau kejar apa sebenarnya?"

Jawapannya adalah...

Aliana mengejar masa...

...yang tak tentu sampai bila di beri peluang untuk memilikinya. Okay. Aliana sedar sangat...sedar sangat, Aliana masih lagi jauh perjalanan nak nasihatkan orang tentang agama, tapi apa yang Aliana boleh kongsikan rahsia Aliana untuk tak kenal erti penat adalah dengan sentiasa fikirkan..

"Sempat ke kalau aku tangguh benda ni? Kalau dah di tentukan kesihatan dah tak sama macam semalam atau fizikalnya tiba-tiba menjadi tak lengkap...macam mana?"

Itulah sebenarnya apa yang Aliana sentiasa terapkan dalam otak setiap kali datang rasa malas. Sebab bagi Aliana, masa yang di berikan oleh-Nya kepada setiap hambanya sama sahaja. Bagaimana kita menggunakan ia yang membezakan kita dengan hamba-hamba yang lain...


3. Tawakal

Bila kita ada niat yang betul, cara pemikiran yang kuat, dengan izin Allah SWT, semuanya akan menjadi. Namun, jangan mengharapkan ianya akan terjadi sebaik sahaja doa di panjatkan. Tak semestinya.

Dan kadangkala, ianya mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkannya. Bukannya Allah SWT tak tahu apa yang kita minta. Apa yang terlintas di hati pun bukan rahsia antara kita dan Dia, apatah lagi apabila doa yang di sebut-sebut buat berjuta kalinya.

Maka, sentiasa berusaha dan tawakal. Kerana hanya Dia yang tahu saat yang paling tepat untuk memberikannya kepada kita.


Maka, itulah dia. HAMBOIH! Nak sembang pendek, jadi panjang puler yer hahahha maafin lagi.

So di kesempatan ini, Aliana yang baru je mencapai 28 tahun harini, ingin mendoakan semua yang membaca ini sentiasa mendapat semangat baharu dalam mengejar impian yang terbuku di dada.

Doakan Aliana sentiasa di berikan kesihatan yang baik untuk Aliana terus menulis sampai ke akhir hayat. InsyaAllah :)



                                                                                                                                            xoxo,

                                                                                                                                            AlianaRahim

Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 6- Gyeongbok Palace + Bukchon Hanok Village

28.3.2016 (Isnin) Post kali ni lebih kepada kecantikan South Korea sendiri :) Mungkin perlu jugak la kan some description but gambar pun kadang-kadang boleh berbicara sendiri ecewahhh haha. So, kalini kiteorang decide untuk pergi ke Gyeongbok Palace. Palace yang berada betul betul di tengah bandar Seoul! Perjalanan kami seperti biasa akan bermula dari Bong House Hyehwa Stt ->Dongdaemun Stt(T)->Jongno(3)Ga Stt(T) ->Gwanghwamun Stt (Gyeongbok Palace) *Yup banyak sikit Transfer Station dia. Bertahan yaaa* SO, sampai je dekat Gwanghwamun Stt, terus nampak ni! LOCATION BABY TOP I BERLAKON! Saranghae Top Oppa! Haha. Pandai tau tetiba letak besar besar Iris nih. Ye lah suatu ketika dahulu, cerita ni famous gilos kot! Dan ini pula, King Sejong yang di katakan di situ adalah King yang berjaya mencipta tulisan Hangeul mereka. Haaa kiranya memang di ingati oleh setiap Korean lah. Ini la bapa tulisan Hangeul mereka gituwww. And bila berjalan ke depan si...

EP 2 : Seperti Anjing Dengan Kucing (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 2 SEPERTI ANJING DENGAN KUCING Maksud: dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu.             Jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 2 petang. Bella yang sememangnya susah untuk melelapkan mata di dalam kenderaan mula tercelik. Aku yang baru sahaja menghirup air kosong dari botol brand Tupperware begitu terkejut di kala mata Bella terbuka dengan tiba-tiba. Tersedak di buatnya. Bella terus membetulkan rambutnya dan menepuk belakang aku dengan tangan kecilnya itu. Aku masih lagi terbatuk sambil tersenyum melihat betapa matangnya budak berusia 5 tahun ini. “Baiknya Bella. Pandai eh gosok belakang ibu bila ibu batuk.” Bella tersenyum sambil berkata. “Nenekkan selalu batuk. Atok yang ajar Bella suruh gosok belakang nenek.” Aku tiba-tiba terasa satu perasaan yang sebak. Pengorbanan dan kasih sayang di limpahkan oleh kedua ibu bapa sememangnya tidak boleh di sangkal lagi. Mereka pasti aka...