Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

MINI NOVEL KEDUA : 323 EPISODE 3 TIGA SEKAWAN PART 2

                  Dalam keadaan terdesak, aku menantikan sahaja jawapan daripada mereka. Ternyata mereka agak terkejut kerana of course. Semalam baru sahaja melalui satu drama yang agak besar sehingga di halau keluar dari rumah dan kini, terpacaknya aku ingin meminta bantuan dalam keadaan yang sangat mengejut.               Zaim yang masih terpacak di hadapan aku seperti tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Namun, dengan tiba-tiba, suara Aedy kedengaran dari belakang. Seperti biasa, bebelan dia menjadi mukadimah untuk semua ini. “Kau terpacak dekat luar macamtu, sekadar cakap ‘tolong saya’, kitaorang tak tahu tau kau nak apa sebenarnya ni.” Haih. Mula rasa menyesal datang untuk meminta tolong. Mungkin salah aku juga datang menyergah mereka di awal pagi. Dengan emosi yang tak berapa nak stabil, aku terus memusingkan badan untuk pulang ke rumah semula. Dan ketika itu, ...

MINI NOVEL KEDUA : 323 EPISODE 2 TIGA SEKAWAN

                Kedengaran bunyi loceng rumah membuatkan kami berdua terbangun dari kerusi. Aku yang masih lagi mahu menyakat Abang Haqeem dengan tiga lelaki yang tidak di restui itu, laju bergerak ke arah pintu. Abang Haqeem melihat keadaan aku yang excited macam nak ambil parcel Shoppe depan rumah secepat mungkin mengejar aku dari belakang sambil menjerit. “Hannah Sofea Binti Isma il!” Mula dah panggil aku dengan nama penuh. Marahlah tu. Pfttt. Ingat aku takut ke? Makinku besarkan langkah menuju ke pintu rumah. Dan sebaik sahaja tangan aku hampir mencapai tombol pintu, Abang Haqeem kuat menarik tangan aku. Melihat wajahnya yang sepertinya mahu menelan aku hidup-hidup, buatkan aku tertelan air liur. Okay takut…               Aku terus menundukkan muka aku sambil bergerak ke belakang. Mata Abang Haqeem masih lagi merah dek kerana menahan m...

MINI NOVEL KEDUA : 323 EPISODE 1 ABANG HAQEEM

EPISODE 1 ABANG HAQEEM  “Hannah! Bangun! Abang nak basuh baju.” “Hannah! Nanti nak abang ambil dekat tempat kerja tak ?” “Hannah!! Abang dah masak. Nanti jangan lupa makan.” Itulah Abang Haqeem. Dialah mak. Dialah ayah.               Sebaik sahaja mak dan ayah meninggal dunia akibat kemalangan, Abang Haqeem menggalas tanggungjawab yang sangat berat. Dirinya yang hanya berusia 24 tahun ketika itu dalam sekelip mata bertukar status abang menjadi ibu bapa kepada budak universiti berusia 19 tahun. Walaupun sudah 4 tahun berlalu, layanan Abang Haqeem masih sama. Namun, sejak kebelakangan ini….lebih menakutkan. “Hannah! Kalau keluar mall, pimpin tangan abang.” WHAT?! Bila di tanya kenapa, jawapannya.. “Hannah dah makin besar. Lelaki dekat luar sana tu, tak habis habis tengok. Kalau pimpin tangan, tak akan ada sorang berani dekat.” Ah sudah. I’m gonna die alone la like dis. Dan ternyata keadaan menjadi le...