Dalam keadaan terdesak, aku menantikan sahaja jawapan daripada mereka. Ternyata mereka agak terkejut kerana of course. Semalam baru sahaja melalui satu drama yang agak besar sehingga di halau keluar dari rumah dan kini, terpacaknya aku ingin meminta bantuan dalam keadaan yang sangat mengejut.
Zaim yang masih terpacak di
hadapan aku seperti tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Namun, dengan
tiba-tiba, suara Aedy kedengaran dari belakang. Seperti biasa, bebelan dia
menjadi mukadimah untuk semua ini.
“Kau
terpacak dekat luar macamtu, sekadar cakap ‘tolong saya’, kitaorang tak tahu
tau kau nak apa sebenarnya ni.”
Haih.
Mula rasa menyesal datang untuk meminta tolong.
Mungkin salah aku juga datang menyergah mereka di awal pagi. Dengan emosi yang
tak berapa nak stabil, aku terus memusingkan badan untuk pulang ke rumah
semula. Dan ketika itu, kedengaran pula suara dari dalam rumah yang semakin
lama semakin dekat dengan aku.
“Eh
eh eh. Janganlah pergi macam tu je. Aedy ni memang macamni. Dia cakap main lepas
je tapi dia tak bermaksud apa-apa pun.”
Kalau ikutkan hati, aku nak sahaja menjadi
berdikari dan tidak mengharapkan bantuan mereka. Tetapi, aku sepertinya tidak
percaya pada diri sendiri yang aku boleh mencari Abang Haqeem seorang diri.
Akhirnya, aku memusing badanku semula dan melihat mereka bertiga sudahpun
terpacak di hadapan pintu.
Aku
menarik nafas panjang dan berkata.
“Abang
Haqeem lari rumah.”
Riak wajah mereka bertiga terus berubah. Sepertinya
mereka mula merasakan semua ini terjadi kerana mereka. Zaim mula mengeluh
panjang dan menyebabkan aku tanpa sedar menundukkan kepala aku. Aku tahu semua
ini terjadi bukan keseluruhannya salah dia. He’s just being considerate. Tapi
nak buat macam mana. Tidak semua kebaikkan kita akan nampak sama di mata orang
lain.
Dan
ketika itu..
“Jom
cari.”
Zaim
mula bersuara.
Aku mula tersenyum.
Mereka bertiga terus masuk ke
dalam rumah untuk mengambil apa yang patut. Aku juga begitu. Terus bergerak
masuk ke dalam rumah untuk mengambil apa yang perlu. Sebaik sahaja aku menutup
pintu rumah, mereka bertiga sudah menunggu aku di hadapan kereta Toyota Yaris
berwarna merah. Melihat mereka dari jauh, ternyata masing-masing mempunyai
character dan fashion style yang berbeza.
Fashion Aedy ternyata simple.
Hanya memakai t-shirt berwarna hitam, seluar track dan selipar berwarna merah.
Hmm kenalah dengan perangai dia. Mata aku mula memerhati lelaki yang masih lagi
aku tak tahu namanya. Sangkaan aku yang mengatakan dialah The Hip Hop Dancer menjadi
lebih kuat apabila melihat fashionnya. Menyarungkan hoodie berwarna mustard,
seluar pendek berwarna hitam dan memadankan pula dengan kasut berwarna putih,
sah! Gaya dancer!
Mata aku laju pula memerhati pada Zaim. Dia nampaknya
seperti seorang yang suka menggayakan neat fashion. Baju t-shirt collar
berwarna brown di pasangkan dengan seluar slim fit berwarna light brown
membuatkan dia kelihatan begitu kemas. Dan mata aku sepertinya lama
memerhatikan Zaim tatkala dia dengan tiba-tiba memakai topi berwarna hitam
sebaik sahaja aku mula mendekati kereta mereka.
Namun
wajah Zaim nampak seperti muram. Adakah dia masih lagi serba salah dengan semua
ini ?
Dan
ketika itu…
“Hannah,
Faliq nak start drive ke mana eh?”
Mata aku terus memandang lelaki yang baru aku
tahu namanya. Membahasakan dirinya ‘Faliq’ sepertinya membuatkan aku terasa
selesa dengan dia. Dari semalam lagi, dialah yang menenangkan keadaan dan pada
pagi ini, dia masih juga begitu. Aku hanya melemparkan senyuman dan terus
berkata..
“Kubur.”
Mereka
bertiga terus memandang wajah masing-masing dengan penuh tanda tanya.
Namun, sepanjang perjalanan, mereka
langsung tidak mengeluarkan sebarang kata. Faliq hanya mengikut sahaja setiap
arah yang di tunjukkan kepadanya. Aedy yang aku sangkakan akan menyambung
bebelannya di dalam kereta juga diam seribu bahasa. Dan Zaim yang duduk di
sebelah aku, hanya termenung jauh melihat langit di luar tingkap.
Sebaik sahaja sampai di kubur aku
terus menyarungkan tudung berwarna hitam. Faliq ketika itu terus sahaja membuka
bonet kereta untuk mengambil sesuatu. Aku masih terpinga namun tatkala dia
menutup bonet, dia sudahpun menyarungkan kain pelikat sambil memegang sebotol
air.
Aku terdiam.
Dia bukan sahaja tidak menanyakan
apa-apa apabila di ajak ke kubur, malah mempunyai satu sikap yang menyenangkan
aku. Dia datang menghampiri aku sambil tersenyum. Aku hanya mampu melemparkan
senyuman semula sambil membawa mereka semua ke kubur ibu bapaku. Mata aku mula
mencari kelibat Abang Haqeem. Walaupun Abang Haqeem jarang menyebut perkataan
mak dan ayah, itu tidak bermaksud dia melupakan mereka. Aku seringkali
ternampak dia pulang dengan Yaasin di tangan. Dan kerana itulah aku merasakan
dia mungkin ada di sini.
Namun,
tiada.
Aku sudah tidak tahu lagi ingin
mencari dia di mana. Tidak sempat aku ingin mengatakan apa-apa, mereka bertiga
dengan tiba-tiba terus duduk di situ dan laju mengeluarkan telefon bimbit
masing-masing. Dan mulut mereka mula terkumat-kamit membacakan Yaasin.
Aku
sekali lagi terdiam tetapi dalam waktu yang sama, terharu.
Abang Haqeem ternyata salah dalam
menghakimi mereka sebelum mengenali mereka terlebih dahulu. Ternyata mereka tidak
aneh. Mereka baik orangnya. Hati aku tenang melihat mereka bertiga. Sebaik
sahaja kami semua habis membacakan Yaasin, berjalanlah kami ke arah kereta.
Aedy jauh sudah ke hadapan dan Zaim pula jauh di belakang. Menyebabkan aku dan
Faliq berjalan bersebelahan. Dan ketika itu, Faliq mula menceritakan serba
sedikit tentang mereka.
“Kitaorang
semua anak yatim piatu.”
Aku
terus memandang laju pada wajah Faliq apabila terdengar mukadimah yang
sebegitu.
“Membesar
sama-sama dekat rumah anak yatim. Aedy paling tua. Faliq dengan Zaim sebaya.
Walaupun Hannah nampak Aedy tu macamtu, dia baik sebenarnya. Sebabkan dia tua 2
tahun daripada kitaorang, dia banyak tolong kitaorang sebenarnya. Lagi-lagi
bila kitaorang berdua kena keluar dari rumah anak yatim. Selama 2 tahun tu,
macam-macam kerja dia buat untuk kumpul duit. Dari siang sampai malam, tak
kenal hujan panas, dia cari jugak duit. Semuanya untuk kitaorang. Dia tak nak
kitaorang susah macam dia bila keluar nanti.”
Aku
tertunduk malu.
Ternyata
aku juga tidak tumpah seperti Abang Haqeem. Mudah menghakimi orang.
“Tapi
tulah. Mulut dia memang macam tu. Nak buat macam manakan ? Manusia tak
perfect.”
Aku
hanya mengangguk.
“Zaim
tu pulak, sensitive orangnya. Banyak pendam. Banyaklah benda yang bermain dalam
otak dia tu. Tapi semua benda tak nak cerita.”
Aku
terus menoleh kebelakang untuk melihat Zaim.
Ternyata
ya, dia ada ciri-ciri tersebut.
Faliq
sambung lagi.
“Zaim
tu ada adik kembar perempuan. Tapi terpisah masa keluar rumah anak yatim tu.
Adik dia nak hidup berdikari. Bergaduh besar jugak dengan Zaim tapi dia hilang
macamtu je. Nak dekat 9 tahun dah diaorang terpisah. Jadi, sebenarnya Faliq
tahu, semalam tu, mungkin dia nampak Hannah macam adik dia. Dia cuma nak tolong
je. Dia bukan pervert pun.”
Aku
tahu dan sememangnya pasti dia bukan orang yang sebegitu.
Sebaik sahaja masuk ke dalam
kereta, tak sempat sesiapa untuk berkata, terdengar bunyi sesuatu yang begitu
kuat. Mata terus sahaja memandang laju ke arah Aedy. Bunyi perut kemain kuat
macam tak makan setahun!
Aedy
seperti biasa…
“Dah
budak ni ajak kita keluar sebelum breakfast, mana tak meragam perut aku.”
Mendengar
ayat yang keluar sebegitu membuatkan aku tergelak.
Aku
merasakan aku dah boleh adapt dengan sikapnya yang seakan-akan Abang Haqeem.
Kuat bebel.
“Sorry
sorry. Nak pergi mamak ke?”
Zaim
dan Faliq laju mengangguk namun Aedy dengan tiba-tiba..
“Eh
sabar. Balik dulu. Aku nak berak.”
EH
TAK SENONOHLAH DIA NI! Kalau si Faliq tu tak cerita sisi dia yang baik hati tu,
aku sampai bila-bilalah banned dia dari hidup aku. ARGH!
Sesampai sahaja di rumah, aku
tunggu sahaja di dalam kereta. Mereka bertiga terus naik ke rumah bersama.
Rupa-rupanya mereka bertiga mempunyai hajat yang sama. Cuma si Aedy tu je
berlaku jujur. Ceit!
Namun,
dari 5 minit bertukar ke 10 minit.
Sakit
sangat perut tu.
Aku
terus sahaja mematikan enjin kereta dan menunggu sahaja mereka di luar.
Tanpa sengaja, aku ternampak kotak-kotak begitu
banyak di luar rumah sebelah kanan kami yang tidak pernah ada penghuninya.
Dengan penuh tanda tanya, aku terus sahaja mendekati rumah tersebut. Ya! Sah!
Ada jiran baharu nak masuk rumah. Curiosity aku semakin menjadi-jadi sehingga
aku sudah berada betul-betul di hadapan pintu pagar rumah tersebut.
Dan
dengan tiba-tiba.
“Cik?”
Suara
itu membuatkan aku menoleh laju sehingga hilang imbangan badan. Tanpa aku
sedar, aku hampir terjatuh namun laju seseorang memegang bahu aku bagi menghalang
perkara yang tidak di ingini berlaku.
Melihat
jejaka yang tinggi memakai cermin mata sedang memegang bahu aku dengan jarak
yang begitu dekat membuatkan aku terus membetulkan posisi aku serta merta.
Ini
kalau Abang Haqeem nampak, tambah lagi seminggu kot dia larikan diri.
Jejaka
itu terus sahaja..
“Cik
okay?”
Wow.
Bercik cik dengan aku.
“Oh.
Okay okay.”
Dia
hanya tersenyum sebelum bertanya lagi.
“Cik
cari siapa ya ?”
Tak
selesanya orang bahasakan cik cik nih.
“Oh
tak. Saya tinggal dekat sebelah ni. Rumah ni tak pernah ada orang. So saya nak
tengok siapa yang masuk rumah ni sebab nampak banyak kotak dekat depan pintu.”
Lelaki
itu terus tersenyum lebar mendengar apa yang aku katakan sehingga terkeluar
lesung pipitnya di sebelah kiri.
Pertama
kali aku melihat lesung pipit sedalam itu. Manis sungguh.
EH
APA KAU NI HANNAH!
Dan
apa yang lebih mengejutkan apabila mendengar apa yang di katakan oleh jejaka
tersebut.
“Oh.
Kita berjiranlah ni?”
HUH?
“Ni
rumah saya. Duduk dengan abang dan adik. Kami baru pindah pagi ni.”
Aku mula merasakan, hidup aku dengan tiba-tiba
di penuhi dengan lelaki. Selama ni, aku begitu aman menjalani kehidupan yang
tenang tanpa sebarang drama, tetapi kini, kenapa ya ? Kenapa sejak arwah mak ingin
aku mencari pasangan hidup, datang bertubi-tubi calon-calonnya….
Mungkin
terlalu lama aku mendiamkan diri, sehingga dia memperkenalkan diri dahulu.
“Saya
Johari. Umur 28 tahun. Kerja sebagai cikgu tuition.”
Eh
? Sampai macamtu sekali ke perkenalkan diri…jadi aku pun kena…
“Oh.
Saya Hannah. Umur 23 tahun. Baru habis belajar..hmm tak kerja lagi.”
Macam
tengah interview.
“Oh
Hannah. Eh kejap?! Hannah? Eh ye lahhh. Awak kata awak duduk sebelah ni kan?”
Eh
eh ? Kenapa macamtu dia tanya….
“Awak
ke yang hilang tu? Abang awak Haqeem kan?”
Mata
aku terbeliak besar dan terus bertanya.
“Mana
awak tahu? Eh kenapa awak cakap saya hilang? Saya tak hilang. Abang saya yang
hilang.”
Johari
tergelak besar mendengar apa yang keluar dari mulut aku. Aku benar-benar mula
tidak memahami apa yang sedang terjadi.
“So
korang berdua ni, cari each other lah ?”
Aku
masih terdiam menunggu apa lagi yang dia tahu.
“Abang
awak tak hilang. Dia keluar kejap je tadi sebab kitaorang tak jumpa rumah.
Jadi, Haqeem keluar untuk tunjukkan jalan. Lepastu, bila balik, dia cari awak,
awak dah tak ada. Telefon awak tapi awak tak angkat.”
Aku
terus keluarkan telefon bimbit aku dan terus menepuk kuat dahi aku. Bateri
habis rupanya.
Johari
yang melihat aku merenung lama pada telefon bimbit aku terus mengeluarkan
sesuatu dari tas tangan kecilnya.
“Nah.
Powerbank.”
Aku
yang sepertinya menjadi anak kecil yang melihat sesuatu yang begitu di inginkan
laju mengambil powerbank tersebut sehingga terpegang pergelangan tangannya.
WOI
HANNAH! Itu tangan dia lahhh!
Tanpa
aku sedari, aku terus terpandang pada Johari. Dia juga begitu. Lama dia
menenung pada wajah aku sehingga aku yang malu sendiri.
“Oh.
Sorry sorry sorry sorry.”
Johari
terus terbatuk kecil sambil membetulkan rambutnya dengan tiba-tiba.
Aku
hanya mampu menunduk bawah sambil menyambung powerbank tersebut pada
telefon bimbitku. Sepanjang menunggu
telefon aku untuk hidup kembali, aku teruskan sahaja memandang bawah. Tapi aku
dapat rasakan Johari yang begitu tinggi itu sedang memandang aku dari atas.
Terasa
panahan.
Dan
sebaik sahaja telefon aku akhirnya kembali hidup, aku melihat missed call
sebanyak 20 kali daripada Abang Haqeem.
Damn.
Tak
sempat aku ingin telefon kembali, kereta Abang Haqeem mula kelihatan dari jauh.
Aku ketika itu, tidak tahu ingin membuat apa. Aku semestinya takut dan tak tahu
apalah yang bakal di marahi oleh Abang Haqeem.
Sebaik
sahaja Abang Haqeem turun daripada kereta, telinga aku sudah bersiap sedia
untuk di tadah. Muka Abang Haqeem ketika itu nampak begitu merah sehingga aku
hanya mampu berdoa.
Namun
lain pula jadinya.
Abang Haqeem terus memeluk kuat
aku sehingga aku hampir lemas dalam dakapannya. Begitu kuat sehingga aku
nampaknya seperti lempeng yang sudah di lenyek. Aku terus meminta bantuan
daripada Johari yang hanya berdiri terpacak di situ. Johari sepertinya begitu
blur ya. Dia hanya tergelak dan seronok melihat aku menjadi lempeng.
Dan
ketika itu, kedengaran pula satu suara daripada belakang.
“Ya
Allah Haqeem. Adik kau dah macam lempeng dah aku tengok.”
Abang
Haqeem terus melepaskan aku dari dakapan dan terus memegang muka aku sambil
berkata.
“Hannah
pergi mana? Hannah marah abang ke sampai lari rumah ?”
Aku
tak tahu nak menangis ke nak gelak. Bagus sangatlah tu. Aku ingat dia yang lari
rumah. Dia pun ingat aku lari rumah. Haaa bagus baguss.
“Haqeem
dahlah tu.”
Jejaka
yang rambutnya begitu kemas dan mempunyai charismanya yang tersendiri, mula
membuatkan Abang Haqeem kembali tenang. Abang Haqeem sepertinya menjadi seorang
yang begitu menurut kata apabila lelaki itu bersuara dan terus menjawab dalam
nada yang sopan.
“Takdelah
Jaafar. Aku risau je.”
Aku
mula merasakan ‘Jaafar’ ini bakal memberi impak yang baik dalam menundukkan
abang aku. Interesting….
Dan ketika itu, tiga sekawan itu pun sudah siap
melabur dan berkumpullah satu kampung di situ. Melihat 6 orang lelaki yang
terpacak di hadapan aku sebegitu rupa membuatkan aku tertanya dengan kehidupan
baharu yang aku bakal jalani ini. Tak sempat aku ingin hadam dengan semua itu,
kedengaran pula bunyi motor besar berwarna hitam. Mata semua tertumpu padanya
dan melihat penunggang itu serba hitam dari atas sampai bawah, benar-benar
mengingatkan aku terhadap seseorag.
Dan
tatkala dia membuka helmetnya, aku ternganga.
Jejaka
ini…
“Jefry?”
Best
ReplyDeleteThank you Anonymous! Stay tune for more 😚
DeleteWah menarik, suka tengok watak masing2 unik dan menarik, especially Aedy yg ala2 tsundere, nampak garang di luar tapi sebenarnya caring. Patutla nama abangnya Haqeem sebab cepat meng'haqeem'i orang lol. Tak sabar nak tengok watak Jefry pulak!
ReplyDeleteAwwwwww 🥰 thank youuuu! Hahaha kann betuui sangat dengan nama Haqeem tu 😂 yes yes do stay for character terakhir , Jefry yang bakal di ceritakan in ep 4 💜
Delete