Skip to main content

MINI NOVEL KEDUA : 323 EPISODE 2 TIGA SEKAWAN

 


              Kedengaran bunyi loceng rumah membuatkan kami berdua terbangun dari kerusi. Aku yang masih lagi mahu menyakat Abang Haqeem dengan tiga lelaki yang tidak di restui itu, laju bergerak ke arah pintu. Abang Haqeem melihat keadaan aku yang excited macam nak ambil parcel Shoppe depan rumah secepat mungkin mengejar aku dari belakang sambil menjerit.

“Hannah Sofea Binti Ismail!”

Mula dah panggil aku dengan nama penuh. Marahlah tu.

Pfttt. Ingat aku takut ke? Makinku besarkan langkah menuju ke pintu rumah.

Dan sebaik sahaja tangan aku hampir mencapai tombol pintu, Abang Haqeem kuat menarik tangan aku. Melihat wajahnya yang sepertinya mahu menelan aku hidup-hidup, buatkan aku tertelan air liur.

Okay takut…

              Aku terus menundukkan muka aku sambil bergerak ke belakang. Mata Abang Haqeem masih lagi merah dek kerana menahan marah dengan perangai adiknya yang begitu meminta. Dia secepat mungkin menarik nafas panjang dan menghembus dalam kiraan 10. Dan akhirnya, Abang Haqeem memusing tombol pintu dan terbuka luaslah pintu rumah kami ketika itu.

Dek kerana langit sudah pun gelap dan lampu depan rumah pula, Abang Haqeem lupa betulkan, aku sepertinya tidak nampak akan wajah mereka. Namun dengan tiba-tiba, lampu rumah menjadi terang benderang buat seketika sepertinya mahu memberikan aku peluang untuk melihat wajah mereka. Dan mata aku terus terbeliak apabila akhirnya wajah mereka bertiga dapatku lihat. Aku tak tahu mengapa hati aku menjadi tidak keruan buat seketika. Mungkin kerana mereka bertiga segak memakai baju melayu berwarna hitam berserta sampin. Dan kerana baju yang di pakai semuanya seakan sama, aku tidak dapat langsung meneka siapa ‘The Puppet Master’, siapa ‘Composer Wannabe’ dan siapa pula ‘The Hip hop Dancer’.

Namun tidak lama pun aku dapat mengamati wajah tiga jejaka misteri ini.

Itu semua kerana Abang Haqeem dengan tiba-tiba keluar dari rumah dan tutup pintu rumah sekuat mungkin. Meninggalkan aku dalam kekeliruan yang teramat buat seketika.

“MULA DAH MULA! ARGHHHHH!”

Aku terus menuju ke arah peti sejuk untuk mengambil ice cream Baskin Robbin yang di beli oleh Abang Haqeem dan terus masuk ke dalam bilik. Perasaan aku yang membuak membuatkan aku juga menghempaskan pintu sekuat mungkin. Namun, malang memang tidak berbau. Sebaik sahaja aku menghempaskan pintu, cermin kecil yang aku gantungkan di belakang pintu jatuh terhempas dan serpihan kaca penuh di lantai.

Bunyi hempasan cermin tersebut begitu kuat dan tanpa aku sedar, jeritan aku juga jelas kedengaran. Ini maknanya….

“HANNAH!”

Jeritan Abang Haqeem jelas kedengaran dari luar bilik.

Aku laju memukul dahi aku kerana membenarkan ini semua terjadi.

“Ah sudah…”

              Abang Haqeem yang melihat keadaan aku yang sudah terduduk dengan serpihan kaca penuh di lantai, mula mengeluarkan kesemua bebelan yang mungkin sudah lama tersimpan. Aku yang masih lagi terduduk di bawah lantai hanya mampu menundukkan muka kerana penat dengan semua ini.

Namun, aku dengan lajunya mengangkat kepala aku apabila kedengaran satu suara yang tak pernah aku dengar selama ini.

“Okay tak ?”

              Hati aku menjadi tidak keruan semula melihat ketiga-tiga jejaka berbaju melayu hitam berdiri tegak di hadapan bilik aku. Namun melihat kondisi aku sepertinya anak kecil yang di marahi oleh ibunya, aku laju bangun dari lantai dan cuba untuk keluar dari bilik. Abang Haqeem yang melihat aku ketika itu terus menjerit sekali lagi.

“HANNAH! Banyak kaca tu! Duduklah diam! Abang ambil penyapu dulu.”

Waktu itu, aku sepertinya mahu berlari masuk ke dalam kabinet dek kerana terlalu malu di marahi seperti anak kecil di hadapan jejaka-jejaka ini. Namun, lain pula jadinya apabila Abang Haqeem sedang sibuk mengambil penyapu di dapur. Aku kini dah tak tahu nak buat apa pula apabila berhadapan dengan mereka bertiga. Menjadi seketul Hannah yang begitu blur dalam bab memperkenalkan diri, aku hanya mampu menggaru kepala dan memberikan senyuman kambing kepada mereka.

Dengan tiba-tiba..

“Macam mana boleh jadi macam tu ? Letak cermin belakang pintu ke ? Lepastu, pergi hempas pintu ? Haa bagus sangatlah tu.”

Aku terdiam. Dan mula merasakan EH EH KAU SIAPA! Tiba-tiba tak bagi salam terus bebel anak orang macamtu je. Tak sempat aku nak mengeluarkan kata-kata yang bakal menyakitkan telinga mereka, seorang daripada mereka terus bersuara.

“Err Hannah kan? Aku minta maaf dari pihak si Aedy ni. Dia memang kaki bebel. Maklumlah dah 29 tahun. Tua.”

Tak jadi marah. Nasib baik ada jejaka ni. Hmm adakah dia ‘The Puppet Master’?

              Tak lama selepas itu, Abang Haqeem datang dengan penyapu dan selipar rumah di tangannya. Sebaik sahaja dia meletakkan selipar di depan aku, Abang Haqeem memimpin aku keluar dari bilik sambil di perhati oleh mereka semua.

MEMALUKANNYA!!!

Sebaik sahaja aku keluar dari bilik, aku terus ke bahagian ruang tamu. Aku sepertinya tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Begitu blank! Ternyata aku sememangnya ada masalah ingin bergaul dengan orang baharu. Inikan pula mencari pasangan hidup. Aku mula mengeluh panjang. Cuba memikirkan apa yang patut aku katakan kepada jiran-jiran baharu aku itu. Ternyata, kelemahan terbesar aku dari dahulu sehingga kini.

              Sebaik sahaja aku sepertinya sudah bersedia untuk bercakap dengan jiran-jiran baharu aku, aku terus memusingkan badan aku. Alangkah terkejutnya aku apabila lelaki yang menanyakan keadaan aku tadi sedang berdiri tegak memerhatikan aku.

Aku begitu terkejut sehingga aku terus menutup mulut aku supaya jeritan kecil aku tidak di dengari oleh Abang Haqeem.

              Jejaka itu yang sedang menyilangkan tangannya masih lagi memerhatikan aku. Mata aku laju menjenguk keadaan di bilik aku yang tidak jauh dari ruang tamu. Ternyata Abang Haqeem dan dua lagi jiran baharu aku sedang sibuk mengemas cebisan-cebisan kaca yang penuh di lantai. Selesai sahaja menjenguk keadaan mereka, aku terus mengalihkan mata aku ke hadapan semula. Mata aku terbeliak besar apabila lelaki aneh ini dengan tiba-tiba berjalan laju ke arah aku. Aku hanya mampu menelan air liur kerana aku benar-benar tak tahu apa yang dia inginkan daripada aku. Sebaik sahaja dia berada tepat di hadapan aku, aku hanya mampu melihat sahaja jejaka itu tanpa sebarang kata. Dan akhirnya, dia berkata..

“You okay ?”

Aku masih membisu.

Matanya tiba-tiba laju memerhatikan kaki aku.

Ketika itu, aku tidak tahu mengapa, sepertinya jantung aku berdegup pantas. Adakah kerana aku merasakan dia ini seorang yang begitu aneh ataupun seorang yang begitu caring ?

              Namun apa yang lebih mengejutkan, apabila dia dengan tiba-tiba menundukkan badannya seperti ingin melihat sendiri pada kaki aku. Mata aku terbeliak apabila tangannya seperti sudah mahu menyentuh kaki aku.

Dan ketika itu…

“WOI!!”

Jeritan Abang Haqeem begitu jelas kedengaran sehingga aku rasa satu kawasan rumah kami mungkin boleh terdengar. Melihat wajahnya seperti singa yang ingin sahaja membaham apa yang sedang di lihatkan, aku tahu, ini pasti menjadi satu insiden yang tak akan aku lupakan.

“Kau jangan berani sentuh adik aku!”

Jejaka tersebut terus mengangkat kedua belah tangannya sambil berkata..

“Saya cuma nak tengok ada kaca yang terkena dekat kaki dia ke tak.”

              Ketika itu, Abang Haqeem yang sedang memegang penyapu di tangannya, sudah bersedia untuk menghayunkan penyapu tersebut pada jejaka tersebut. Aku yang begitu mengenali perangai Abang Haqeem, aku tahu, dia mampu melakukannya. Sebelum ada insiden muka tercalar ataupun lebam di muka angkara Abang Haqeem, aku tanpa berfkir panjang terus berdiri di hadapan jejaka tersebut.

Abang Haqeem laju menurunkan penyapu yang sudah hampir terkena pada muka aku.

Aku boleh merasakan betapa dekatnya aku dan jejaka tersebut kerana aku boleh terbau wanigan yang di sembur olehnya.

Abang Haqeem ketika itu semakin menjadi-jadi.

“Hannah! TEPI!”

Aku masih lagi berdiri di hadapan jejaka tersebut. Aku bukan ingin membelakangkan Abang Haqeem. Aku cuma tidak mahu apa-apa yang serious akan terjadi pada jiran baharu kami.

Dan ketika itu, datang dua lagi lelaki yang sibuk membantu Abang Haqeem tadi sambil berkata.

“Sorry bang. Zaim tak sengaja tu. Salah faham ni, bang.”

Zaim.

Itu nama dia.

Aedy, lelaki yang sesuka hati membebel kepada aku pula berkata..

“Mintak maaf, bang. Saya pun tahu Zaim tak sengaja. Mintak maaf sangat bang.”

Melihat kesemuanya seperti sudah cacing kepanasan dan tidak tahu menahu untuk melakukan apa bagi menenangkan hati Abang Haqeem, aku terus sahaja memegang tangan Abang Haqeem dan mengambil penyapu dari tangannya sambil berkata.

“Dah lah. Hannah tak ada apa-apa pun.”

Abang Haqeem memandang tajam kepada aku. Tertelan lagi air liur aku.

Dan tiba-tiba..

“Sorry bang. Salah saya.”

Zaim akhirnya bersuara.

Sepertinya aku di bisik dek kerana jarak kami yang begitu dekat ketika itu.

Dan tak sempat aku ingin berkata apa, tangan aku di tarik kuat oleh Abang Haqeem. Wajah Abang Haqeem masih lagi tidak berubah yang menyebabkan mereka bertiga tidak henti meminta maaf . Namun Abang Haqeem tidak memberikan sebarang respons. Maka, aku terus memberi signal kepada mereka untuk keluar sahaja dari rumah kami.

Dan mereka faham.

Sebaik sahaja mereka keluar dari rumah, Abang Haqeem melepaskan tangan aku. Aku hanya menantikan apa yang bakal di marahi oleh Abang Haqeem namun alangkah terkejutnya aku, Abang Haqeem terus membisu. Dia kemudiannya laju berjalan memasuki biliknya dan meninggalkan aku dengan penuh tanda tanya.

Kenapa dia diam ? Adakah Abang Haqeem terasa dengan tingkah laku tadi ? Dia marah sangat sampai tak sanggup nak bercakap dengan aku?

Semakin banyak persoalan yang bermain di fikiran aku. Namun, melihat lampu bilik Abang Haqeem sudahpun di tutup, aku tahu aku tidak mampu buat apa untuk malamni.

Keesokkan harinya, aku laju keluar dari bilik untuk membuat breakfast. Seawal 8 pagi aku siapkan sandwich telur untuk Abang Haqeem . Selesai sahaja breakfast terhidang di atas meja, aku terus mengetuk pintu biliknya.

Tiada respons.

Pelik.

“Abang ? Meh lah makan. Hannah dah siapkan breakfast.”

Masih sunyi sepi.

Aku mula tak sedap hati.

Aku terus memusingkan tombol pintu dan terdiam apabila melihat bilik Abang Haqeem kosong. Aku laju masuk ke bilik aku untuk mengambil telefon bimbit dan terus menelefonnya.

Namun, telefon bimbitnya di tinggalkan pula di atas meja ruang tamu.

              Perasaan aku semakin tak keruan. Mengenali Abang Haqeem, dia tidak pernah buat hal sebegini. Namun apabila aku memikirkan semula insiden semalam, mungkin dia benar-benar terasa hati dengan aku. Aku semakin buntu dan tanpa berfikir panjang, aku laju menuju ke satu tempat yang tak pernah aku tuju selamani. Aku terus mengetuk pintu rumah tersebut dan melihat Zaim di sebalik pintu tersebut, aku kembali membisu seperti semalam. Melihat dirinya yang sedang berdiri sambil memegang puppet berbentuk haiwan-haiwan, ternyata Zaim adalah The Pupper Master.

Dan kedengaran pula dua suara dari belakang.

              Aedy yang sedang memegang guitar di tangannya membuatkan aku tahu dialah The Composer Wannabe. Dan datang pula, seorang lagi lelaki yang aku masih tidak mengetahui namanya, sedang berpeluh seperti baru habis exercise. Aku membuat kesimpulan, jejaka itulah The Hip Hop Dancer.

Ternyata pada pagi itulah aku mengenali siapa diri mereka yang sebenar.

Dek kerana aku terlalu lama memerhatikan mereka, membuatkan mereka bertiga sudah berdiri di hadapan pintu itu dengan penuh tanda tanya.

Aku tahu sememangnya random namun aku terus berkata…

“Tolong saya.”

Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 6- Gyeongbok Palace + Bukchon Hanok Village

28.3.2016 (Isnin) Post kali ni lebih kepada kecantikan South Korea sendiri :) Mungkin perlu jugak la kan some description but gambar pun kadang-kadang boleh berbicara sendiri ecewahhh haha. So, kalini kiteorang decide untuk pergi ke Gyeongbok Palace. Palace yang berada betul betul di tengah bandar Seoul! Perjalanan kami seperti biasa akan bermula dari Bong House Hyehwa Stt ->Dongdaemun Stt(T)->Jongno(3)Ga Stt(T) ->Gwanghwamun Stt (Gyeongbok Palace) *Yup banyak sikit Transfer Station dia. Bertahan yaaa* SO, sampai je dekat Gwanghwamun Stt, terus nampak ni! LOCATION BABY TOP I BERLAKON! Saranghae Top Oppa! Haha. Pandai tau tetiba letak besar besar Iris nih. Ye lah suatu ketika dahulu, cerita ni famous gilos kot! Dan ini pula, King Sejong yang di katakan di situ adalah King yang berjaya mencipta tulisan Hangeul mereka. Haaa kiranya memang di ingati oleh setiap Korean lah. Ini la bapa tulisan Hangeul mereka gituwww. And bila berjalan ke depan si...

EP 2 : Seperti Anjing Dengan Kucing (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 2 SEPERTI ANJING DENGAN KUCING Maksud: dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu.             Jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 2 petang. Bella yang sememangnya susah untuk melelapkan mata di dalam kenderaan mula tercelik. Aku yang baru sahaja menghirup air kosong dari botol brand Tupperware begitu terkejut di kala mata Bella terbuka dengan tiba-tiba. Tersedak di buatnya. Bella terus membetulkan rambutnya dan menepuk belakang aku dengan tangan kecilnya itu. Aku masih lagi terbatuk sambil tersenyum melihat betapa matangnya budak berusia 5 tahun ini. “Baiknya Bella. Pandai eh gosok belakang ibu bila ibu batuk.” Bella tersenyum sambil berkata. “Nenekkan selalu batuk. Atok yang ajar Bella suruh gosok belakang nenek.” Aku tiba-tiba terasa satu perasaan yang sebak. Pengorbanan dan kasih sayang di limpahkan oleh kedua ibu bapa sememangnya tidak boleh di sangkal lagi. Mereka pasti aka...