Skip to main content

MINI NOVEL KEDUA : 323 EPISODE 1 ABANG HAQEEM

EPISODE 1 ABANG HAQEEM 

“Hannah! Bangun! Abang nak basuh baju.”

“Hannah! Nanti nak abang ambil dekat tempat kerja tak ?”

“Hannah!! Abang dah masak. Nanti jangan lupa makan.”

Itulah Abang Haqeem. Dialah mak. Dialah ayah.

              Sebaik sahaja mak dan ayah meninggal dunia akibat kemalangan, Abang Haqeem menggalas tanggungjawab yang sangat berat. Dirinya yang hanya berusia 24 tahun ketika itu dalam sekelip mata bertukar status abang menjadi ibu bapa kepada budak universiti berusia 19 tahun. Walaupun sudah 4 tahun berlalu, layanan Abang Haqeem masih sama. Namun, sejak kebelakangan ini….lebih menakutkan.

“Hannah! Kalau keluar mall, pimpin tangan abang.”

WHAT?!

Bila di tanya kenapa, jawapannya..

“Hannah dah makin besar. Lelaki dekat luar sana tu, tak habis habis tengok. Kalau pimpin tangan, tak akan ada sorang berani dekat.”

Ah sudah. I’m gonna die alone la like dis.

Dan ternyata keadaan menjadi lebih menggerunkan apabila Abang Haqeem mendapat berita daripada landlord yang terdapat 3 jejaka akan pindah masuk ke tingkat atas. Rumah yang di duduki oleh kami adalah rumah Townhouse di mana kami tinggal di tingkat 1 dan selama setahun kami menyewa, sememangnya tiada siapa lagi yang masuk ke tingkat 2. Namun, sebaik sahaja panggilan daripada landlord di matikan, Abang Haqeem mengeluh panjang. Dan aku kenal benar dengan abang aku itu. Sebaik sahaja dirinya mula dalam mode ketakutan, laju sahaja tangannya menggapai vacuum untuk membersihkan rumah.

Kini, aku pula mengeluh.

              Bukan aku tak tahu. Abang Haqeem itu nervous sebab dia tahu adik dia bakal duduk serumah dengan tiga jejaka misteri. Bukanlah technically serumah but boleh la. Jiran tingkat atas la kiranya.

Keluhan aku semakin menjadi-jadi apabila Abang Haqeem pulang dengan satu beg plastik yang penuh dengan barang yang aku tak pernah beli selama 23 tahun hidup di muka bumi ini.

“Nah! Hannah sentiasa letak pepper spray dalam bag. Ni jugak. Abang dah beli personal safety alarm. Tarik picu ni kalau something happened. Oh ya. Mana lagi satu benda tu..”

Kerutan dahi aku mula kelihatan apabila barang terakhir yang di beli oleh Abang Haqeem di hulurkan kepada aku.

“Nah. Baseball bat.”

Tahap kesabaran aku telah di uji.

Seteleh beberapa hari aku mendengar rumah bising dengan bunyi vacuum tak kira pagi atau tengah malam, akhirnya aku bersuara.

“ABANG! APA NI?! Kita nak dapat jiran baru. Bukannya nak ajak perompak masuk rumah!”

Aku tahu benar dengan niat baiknya yang hanya merisaukan tentang keselamatan aku, tapi hello! Ini ke cara nak welcome jiran baru ? Tolonglah faham semua ni merepek!

Abang Haqeem ketika itu terus membuka topi hitamnya dan mula mengipas mukanya.

Sah! Dia tengah marah.

Aku malas betul nak bergaduh dengan dia time time macamni.

Makanya sebelum dia melenting, aku buat keputusan yang sangat tepat dengan mengambil setiap barang yang di beli dan bawa masuk ke dalam bilik. KUNCI. DONE.

Selamat dari kena bebelan 60 minit bersama Abang Overprotective nih.

Pada petang itu, aku yang baru sahaja habis menyelesaikan assignment di dalam bilik, mendengar pintu bilik aku di ketuk. Kalau ikutkan hati, memang sampai esok aku tak nak hadap Abang Haqeem. Tapi manalah aku sanggup. Dialah abang, mak, ayah dan satu-satunya kawan aku.

Ya. Aku tiada kawan.

Kenapa ?

Sebab aku decide untuk tak ada. Fullstop.

Makanya, dengan rasa yang berbelah bahagi, aku bangun dari kerusi dan terus membuka pintu. Aku yang melihat Abang Haqeem memegang satu tube Baskin Robbin terus tersenyum lebar. Semua perasaan marah aku pada dia hilang begitu sahaja. Abang Haqeem yang mungkin sedikit lega melihat wajah aku yang mula mengeluarkan sinar terus memicit kuat pipi aku sambil berkata.

“Haih. Susah betul nak jaga perempuan ni. Orang buat baik tapi nampak kita yang jahat.”

Auch! Terasa.

Aku hanya melemparkan senyuman kambing sambil berkata.

“Dah jom makan. Harini Hannah masak.”

Kini, Abang Haqeem pula tersenyum lebar.

Sebaik sahaja kami selesai makan malam dan ketika tangan aku baru sahaja ingin mencapai ice cream Baskin Robbin berperisa Strawberry Cheescake, Abang Haqeem mula bersuara.

“Sorry tadi.”

Aku terdiam.

Abang Haqeem teruskan lagi.

“Abang mintak maaf. Lately ni abang jadi overprotective. Bukan abang tak tahu Hannah dah 23 tahun . Dah cukup besar dah pun. Cumanya, abang risau kalau budak tiga orang tu bring harm to you.”

Aku tertunduk kerana menjadi serba salah kerana menimbulkan rasa sebegitu pada Abang Haqeem sedangkan dia hanya ingin menjaga aku. Tak sempat aku ingin berkata lagi, Abang Haqeem terus menghulurkan aku sesuatu.

“Nah. Ni surat daripada mak. Abang baru jumpa dalam bekas peninggalan mak.”

Degupan jantung aku hampir berhenti mendengar abang menyebut perkataan mak.

Abang Haqeem jarang sekali menyebut perkataan itu sejak mak meninggalkan kami. Terlalu perit untuk di sebut namun apabila terdengar semula perkataan itu keluar dari mulut Abang Haqeem, aku tahu, semestinya ada sesuatu terkandung dalam surat itu. Aku terus memandang Abang Haqeem sambil mengambil surat tersebut dari tangannya. Berat rasanya ingin membuka satu peninggalan yang datang dengan begitu sahaja. Mata Abang Haqeem pula sudah mula berair yang membuatkan aku lebih gerun dengan surat yang di pegang itu.

Dengan bismillah, aku membuka surat itu.

Aku mula berkerut dan terus memandang semula pada Abang Haqeem.

Dia yang melihat keadaan diri aku yang serba tak kena hanya mampu menundukkan kepalanya.

Aku hanya mampu terdiam kerana tak sangka itu adalah surat terakhir mak kepada aku. Namun aku perhatikan semula surat tersebut dan mula termenung lama. Dalam fikiran aku, mungkin mak begitu sayangkan aku sehingga dia ingin aku membuat keputusan yang sebegitu. Ya. Sememangnya aku marah namun, aku juga perlu faham yang ini adalah surat terakhir daripadanya. Dalam banyak banyak permintaan yang ada, permintaan ini yang mak inginkan.

Kebisuan aku membuatkan Abang Haqeem mula bersuara.

“If Hannah tak nak tak apa. In my eyes, you’re still a baby. Tak perlukan pun suami untuk jaga Hannah. Abang sentiasa ada dekat sini. Abang tak akan tinggalkan Hannah. I can give you anything you want. Anything.”

              Selepas mendengar ayat yang keluar daripada mulut Abang Haqeem, aku sepertinya di tampar. Aku sepertinya sudah tahu mengapa mak ingin sekali aku berkahwin sebaik sahaja aku habis melanjutkan pelajaran. Mak tahu…tanpa mak dan ayah, Abang Haqeem tak akan tinggalkan aku. Dia sanggup ketepikan kesemua impiannya untuk aku. Dan aku tahu dia bekerja keras selama 4 tahun ini untuk menampung perbelanjaan aku tanpa menyimpan apa-apa untuk dirinya. Walaupun Abang Haqeem tak pernah sekali bercerita dengan aku tentang kisah cintanya, aku tahu. Dua kali dia di tinggalkan kerana Abang Haqeem suka melebihkan aku daripada teman wanitanya sendiri.

How selfish I am.

Aku masih mendiamkan diri. Tak tahu nak kata apa. Just speechless.

Dan ketika itu, tangan aku di pegang erat oleh Abang Haqeem. Dia hanya memberikan senyuman yang paling lebar dan terus memegang erat tangan aku. Kasih sayang yang di berikan oleh Abang Haqeem begitu besar buat aku. Mungkin dengan merealisasikan apa yang mak inginkan adalah cara terbaik untuk membalas segala jasa Abang Haqeem menjaga aku selama 4 tahun ni.

Abang Haqeem dengan tiba-tiba bersuara.

“Hannah jangan risau. Yang penting lelaki-lelaki tu bukan tiga budak lelaki tu. Itu tak boleh.”

Aku terus melepaskan tangan aku dengan kuat kerana mula nampak sisi Abang Haqeem yang overprotective bakal menyerabutkan kehidupan aku.

“Kejap. Sekarang ni, abang akan tapis semua lelaki yang bakal Hannah nak kenal ke ?”

Abang Haqeem laju mencekak pinggang dan menjawab.

“Eh! Of course lah. Dah tu takkan main pilih je.”

Aku semakin tidak puas hati dengan statement tersebut dan terus bertanya.

“Okay fine! But kenapa dah reject diaorang awal-awal ?”

Abang Haqeem tergelak mendengar pertanyaan aku sehingga membuatkan aku semakin bingung.

“Hannah, dieorang tu bukan lelaki biasa. Dieorang tu manusia aneh.”

Aku semakin tak faham kenapa abang anti sangat dengan tiga jejaka yang aku tak pernah sekalipun dapat lihat depan depan.

“Sorang tu, youtuber. Sibuk dengan patung-patung dia. The puppet master katanya.”

Ok..

“Sorang tu. Haih. Tak habis-habis dengan guitar dia. Nak jadi composer katanya.”

Interesting…

“Sorang lagi WAH paling abang tak suka. Dia penari! Hip hop dancer lagi. Tolonglah Hannah jangan.”

K…Interesting.

Aku mula memberikan senyuman busuk kepada abang kesayanganku sambil mengangkat tinggi kening aku. Abang Haqeem yang dah begitu masak dengan perangai aku mula mengeluh. Dia serba tahu yang semakin benci dia terhadap sesuatu, semakin kuat aku akan melakukannya.

Dan ketika itu, TING TONG.


Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 6- Gyeongbok Palace + Bukchon Hanok Village

28.3.2016 (Isnin) Post kali ni lebih kepada kecantikan South Korea sendiri :) Mungkin perlu jugak la kan some description but gambar pun kadang-kadang boleh berbicara sendiri ecewahhh haha. So, kalini kiteorang decide untuk pergi ke Gyeongbok Palace. Palace yang berada betul betul di tengah bandar Seoul! Perjalanan kami seperti biasa akan bermula dari Bong House Hyehwa Stt ->Dongdaemun Stt(T)->Jongno(3)Ga Stt(T) ->Gwanghwamun Stt (Gyeongbok Palace) *Yup banyak sikit Transfer Station dia. Bertahan yaaa* SO, sampai je dekat Gwanghwamun Stt, terus nampak ni! LOCATION BABY TOP I BERLAKON! Saranghae Top Oppa! Haha. Pandai tau tetiba letak besar besar Iris nih. Ye lah suatu ketika dahulu, cerita ni famous gilos kot! Dan ini pula, King Sejong yang di katakan di situ adalah King yang berjaya mencipta tulisan Hangeul mereka. Haaa kiranya memang di ingati oleh setiap Korean lah. Ini la bapa tulisan Hangeul mereka gituwww. And bila berjalan ke depan si...

EP 2 : Seperti Anjing Dengan Kucing (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 2 SEPERTI ANJING DENGAN KUCING Maksud: dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu.             Jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 2 petang. Bella yang sememangnya susah untuk melelapkan mata di dalam kenderaan mula tercelik. Aku yang baru sahaja menghirup air kosong dari botol brand Tupperware begitu terkejut di kala mata Bella terbuka dengan tiba-tiba. Tersedak di buatnya. Bella terus membetulkan rambutnya dan menepuk belakang aku dengan tangan kecilnya itu. Aku masih lagi terbatuk sambil tersenyum melihat betapa matangnya budak berusia 5 tahun ini. “Baiknya Bella. Pandai eh gosok belakang ibu bila ibu batuk.” Bella tersenyum sambil berkata. “Nenekkan selalu batuk. Atok yang ajar Bella suruh gosok belakang nenek.” Aku tiba-tiba terasa satu perasaan yang sebak. Pengorbanan dan kasih sayang di limpahkan oleh kedua ibu bapa sememangnya tidak boleh di sangkal lagi. Mereka pasti aka...