Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

MINI NOVEL KEDUA 323 EPISODE 6 : MEREKA BERTUJUH SEPERTI BERJODOH

                      Sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, aku terus menuju ke dapur untuk menyiapkan segala persiapan untuk makan malam. Dan ketika itu, laju sahaja Johari datang membantu tanpa sebarang kata. Dia terus mengambil pinggan-pinggan yang masih di simpan di dalam kotak untuk di basuh. Mata aku laju pula memerhatikan Jefry yang ketika itu baru sahaja memasuki ke dalam rumah. Dia yang melihat Johari sudahpun menyibukkan diri di dapur, terus sahaja duduk di ruang tamu.  Sepertinya dia mengalah.  Aku sedikit lega dia bersikap sedemikian. Penat okay nak rasa nervous setiap kali diaorang mula tunjuk taring masing-masing. Dan sebaik sahaja dia selesai membasuh ke semua pinggan, Johari mula datang berdiri di sebelah aku. Aku masih mendiamkan diri kerana tidak tahu untuk berkata apa kepada dia. Yang pasti, aku tahu dia sepertinya ingin berkata sesuatu kepada aku. Namun, dengan tiba-tiba.. "Assalamualaikum, ...

MINI NOVEL KEDUA 323 EPISODE 5 : AKU, DIA DAN KENANGAN...

                         Aku sepertinya tersepit di tengah dua beradik yang bakal berentam tidak lama lagi. Renungan mata mereka ternyata memberikan aku satu signal yang tidak baik. Makanya sebelum apa-apa pergaduhan bakal terjadi di hadapan mata aku, aku terus sahaja memandang ke arah Johari sambil memegang buku nota kecil berwarna merah sambil berkata.. "Buku ni saya ambil." Dan dengan dengan ayat sependek itu telah membuatkan Johari tersenyum lebar. Seakan-akan terlupa terus dengan perasaan amarahnya kepada Jefry.           Melihat Johari sepertinya sudah tenang, aku terus memandang semula ke arah Jefry. Dari pandangan matanya, dia masih lagi tidak tenang. Aku hanya mampu mengeluh di dalam hati. Apalah nasib aku kena main guess & tell perasaan 2 orang lelaki nih. Dengan perasaan yang redha, aku membuka pintu kereta dan berdiri betul-betul di hadapannya. Aku memandang tepat pad...

MINI NOVEL KEDUA : 323 EPISODE 4 TIGA 'J'

  Lapan tahun aku dan dia terpisah. Sejak insiden di pondok sekolah yang menjadi tempat keramat kami di pertemukan dan juga tempat terakhir kami terpisah, aku terdiam melihat dia muncul kembali dalam hidup aku. Dia tampak masih lagi misteri di mata aku walaupun sudah 8 tahun berlalu.               Melihat Jefry berjalan dari motorbike hitamnya sambil memerhatikan aku membuatkan aku sepertinya hilang buat seketika. Adakah aku terpanah semula seperti dahulu kala di mana aku melihat dia sebagai seorang senior paling cool di sekolah? Adakah perasaan itu masih lagi wujud di dalam hati ini ? Tidak sempat aku ingin mencari kepastian dengan apa yang sedang terjadi, akhirnya Jefry sudah berada betul-betul di hadapan aku. Namun aku dengan tiba-tiba berkerut tatkala melihat dia mengerutkan dahinya dan berkata. “Susahkan orang je.” WHAT?! Setelah 8 tahun tak berjumpa, setelah 8 tahun tak berhubung walaupun sekali, itu...