Skip to main content

MINI NOVEL KEDUA 323 EPISODE 5 : AKU, DIA DAN KENANGAN...

        


            Aku sepertinya tersepit di tengah dua beradik yang bakal berentam tidak lama lagi. Renungan mata mereka ternyata memberikan aku satu signal yang tidak baik. Makanya sebelum apa-apa pergaduhan bakal terjadi di hadapan mata aku, aku terus sahaja memandang ke arah Johari sambil memegang buku nota kecil berwarna merah sambil berkata..

"Buku ni saya ambil."

Dan dengan dengan ayat sependek itu telah membuatkan Johari tersenyum lebar. Seakan-akan terlupa terus dengan perasaan amarahnya kepada Jefry. 

        Melihat Johari sepertinya sudah tenang, aku terus memandang semula ke arah Jefry. Dari pandangan matanya, dia masih lagi tidak tenang. Aku hanya mampu mengeluh di dalam hati. Apalah nasib aku kena main guess & tell perasaan 2 orang lelaki nih. Dengan perasaan yang redha, aku membuka pintu kereta dan berdiri betul-betul di hadapannya. Aku memandang tepat pada matanya dan diam seribu bahasa untuk memberi ruang padanya untuk berkata. Dia sepertinya ingin mengatakan sesuatu namun terbantut apabila suara dari dalam rumah mula kedengaran.

"Hannah! Drive kereta abang ke?"

GULP!

        Aku mula melihat Abang Haqeem berlari anak dan terus pusing satu kereta untuk melihat ada apa-apa yang terjadi kepada kereta baharunya itu. Ceit! Ini dah masuk tahun ke 3 sejak aku ambil lesen. Dah 3 tahun pun masih tak percayakan adik sendiri. Tapi apakan daya. Kereta orang~

Dan, seperti biasa, datang seorang insan yang menyelamatkan aku.

"Aduh kau ni Haqeem. Adik kau sendiri yang drive. Bukan orang lain. Percayalah sikit dekat dia."

OMG! THANK YOU! Itulah yang aku nak orang bagitahu dekat Abang Haqeem ni. Trust me please! Ishhh.

Tak sempat aku ingin memberitahu mengapa aku menggunakan keretanya, Johari seperti biasa, menjadi lelaki yang gentleman, terus datang ke hadapan dan berkata.

"Aku tak ada lesen. Aku mintak Hannah drive untuk beli barang-barang dapur."

Abang Haqeem ketika itu hanya memandang pada aku. Sepertinya dia tiada pilihan untuk menerima kenyataan yang aku tidak bersalah dalam keadaan ketika itu. Dan dia terus meminta kunci kereta untuk dia betulkan posisi kereta ketika itu.

"Lain kali jangan parking dekat sini. Dekat sangat dengan dahan pokok tu. Nanti tercalar."

Sempat lagi dia selit bebelan sebelum dia betulkan kereta. Tak sahkan kalau sehari tu tak bebel...

Dan sementara menunggu Abang Haqeem membetulkan kereta, Jaafar buat pertama kali bercakap dengan aku.

"Terima kasih Hannah temankan Johari pergi kedai. Tak tahu pulak dia mintak tolong. Selalunya pandai je dia naik grab."

Dan tiba-tiba, kedengaran bunyi sumbang dari belakang.

"Ye la tu."

Kami bertiga terus menoleh belakang dengan serentak.

Aku sehingga terlupa sebentar dengan kehadiran Jefry yang ketika itu sedang berpeluk tubuh sambil memandang ke bawah.

        Mata aku laju memerhatikan Johari dan ternyata riak wajahnya bertukar semula menjadi seperti singa kelaparan. Namun, tidak sempat apa-apa pun, Jaafar yang ternyata sudah masak dengan perangai adik-adiknya terus berkata.

"Korang berdua nak bergaduh, silakan. Aku nak jemput masuk Hannah ke dapur. Nak test sikit skill memasak dia."

AIK?! Nama aku pulak kena petik...

Dan ketika itu, kelihatan Jefry terus memandang ke arah abangnya dan begitu juga Johari. Bila di fikirkan kembali, apa salahnya kan ? Jiran jemput masuk rumah baharu. Tak salah pun. Makanya, aku...

"Nak rasa Nasi Ayam air tangan saya?"

        Kini, mereka bertiga pula memandang laju ke arah aku dengan senyuman yang begitu lebar. Seakan-akan begitu teruja mendengar perkataan 'Nasi Ayam' yang keluar dari mulut aku. Kini, aku pula nervous apabila melihat betapa mereka menantikan masakan aku. Tetapi, aku percaya, dengan resepi arwah ayah, aku boleh melakukannya!

"So, boleh saya masuk sekarang?"

        Jaafar dengan penuh rasa hormat, memberi aku ruang untuk aku berjalan masuk ke dalam rumah. Aku yang di layan seperti itu, membuatkan aku senang dengan kehadiran Jaafar. Aku terasa seperti seorang abang yang prihatin sedang melayan aku. Dan sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, ternyata, masih penuh dengan kotak, plastik dan seangkatan. 

Dan ketika itu...

"Awak nak saya tolong apa-apa dekat dapur?"

Johari yang baru sahaja meluahkan rasa suka kepada aku, membuatkan aku menipu diri aku untuk memberikan senyuman kepadanya dan menganggukkan sahaja. Ikutkan hati, sememangnya sangat awkward untuk dia bersama aku selepas meluahkan perasaannya sebegitu. 

        Namun, dengan tiba-tiba, kedengaran bunyi plastik-plastik di buka dari belakang. Jefry yang sememangnya suka melakukan satu perkara yang di luar jangkaan, mula mengeluarkan segala barang yang telah di beli sebentar tadi. Dia mula sibuk menyusun ke semua sayur mengikut kategori. Ketika itu juga, aku cuba untuk melihat reaksi Johari. Melihat dari riak wajahnya....aku tahu...tahap kesabarannya sudah teruji.

"Kau ni kenapa?! Kau tak dengar aku cakap aku nak tolong Hannah."

Jefry seperti biasa, tidak menghiraukan langsung sambil meneruskan perjuangannya untuk menyusun sayur-sayur yang sudah di beli itu. Johari terus mencekakkan pinggangnya sambil memerhatikan Jefry dan terus berkata.

"Kau pekak?"

Dan ketika itu, Jefry dengan tiba-tiba berhenti dari menyusun sayur dan terus memandang tajam pada Johari. Aku yang melihat apa yang sedang terjadi ketika itu mula datang rasa takut. Pisau sudah cantik tersusun di tepi sink. Takut pula kalau-kalau, ada yang di rasuk hantu.

Ketika itu, Jaafar yang baru sahaja keluar dari stor untuk menghulurkan aku periuk nasi terus sahaja menjerit.

"KORANG BERDUA KELUAR DARI DAPUR TU SEKARANG!"

Aku hanya mampu menelan air liur mendengar jeritan tersebut. Muka Jaafar yang selama ini tampak begitu tenang, mula bertukar merah. Kesabarannya juga sepertinya telah teruji melihat perangai kedua-dua adiknya itu yang tak tumpah seperti anjing dengan kucing.

Johari sepertinya tidak berpuas hati apabila di suruh keluar dari dapur dan dia mula membalas.

"Bukan salah aku. Si Jefry ni buat pekak dari tadi."

Walaupun Jefry tidak mengeluarkan sebarang kata, matanya sahaja sudah berjaya menyampaikan mesej yang terpendam dalam hatinya.

Marah.

Dan ketika itu, datang Abang Haqeem dari belakang.

"Siapa kata korang boleh tolong adik aku?"

        Dan ketika itu, Johari dan Jefry tampak terkejut dan terus tertunduk. Mereka mungkin terlupa buat sementara yang Hannah Sofea ini mempunyai seorang abang yang begitu protective. Buat pertama kali seumur hidup aku, aku bersyukur Abang Haqeem menjadi dirinya dalam keadaan itu. Tak sia-sia aku bersabar selamani. Datang jugak faedahnya sehingga boleh meleraikan satu pergaduhan yang besar.

Muka Jaafar juga tampak lebih tenang apabila Abang Haqeem berjaya menyelesaikan drama yang sedang terjadi.

Makanya, tinggallah aku, Abang Haqeem dan Jaafar di dapur.

Johari mula mengambil buku-buku di dalam kotak dan terus sibuk menyusun di almari buku yang terletak di sudut ruang tamu. Jefry pula kini sedang membersihkan belakang rumah sambil memekakkan dirinya dengan ear pod. Sambil-sambil memasak, sempat sahaja aku memerhatikan mereka berdua. 

Takutlah! Apa-apa jadi lagi haih. Pantang berjumpa!

         Sudah hampir sejam aku menyiapkan Nasi Ayam sambil di bantu oleh Jaafar dan Abang Haqeem, aku meminta mereka berdua untuk memotong tomato, timun dan salad kerana aku sudah kepenatan. Dan ketika aku sedang meneguk segelas air, air hampir terkeluar dari hidung apabila aku terlihat Jefry sedang memandang aku dari luar tingkap. Tak sempat aku ingin mengeluarkan kata keji kerana memeranjatkan aku sebegitu rupa, Jefry terus membuat isyarat jari supaya aku pergi ke arahnya. Melihat sekeliling, di mana semua masih sibuk dengan perkara yang sedang mereka lakukan, aku dengan berhati-hati keluar dari pintu belakang untuk pergi ke arah Jefry.

Jefry terus tersenyum apabila melihat aku mula datang mendekati. Dan dia berkata...

"Susah betul nak cakap dengan You ni."

Wait? Otak aku mula bekerja. Oh ya! Betul. Sememangnya kami membahasakan I You dengan each other.
Mula datang rasa janggal kerana dah lama betul aku tak membahasakan I You dengan lelaki.

Aku masih mendiamkan diri sebab aku benar-benar tak tahu mengapa jantung aku berdegup agak pantas selepas teringatkan kembali memori yang pernah tercipta 8 tahun lalu.

"Sihat?"

Pendek soalannya tapi cukup bermakna.

"Sihat. You?"

KYAKKKKKKKKK! Aku berasa begitu janggal!

"Hmmm baru sedar harini macam terlebih sihat lepas tahu You jiran I."

Hati....kuatkan please. 

        Memori aku mula datang kembali dan mengingatkan aku mengapa aku boleh mempunyai perasaan dengan Jefry. Ayat-ayat yang keluar daripada mulutnya semuanya manis untuk di dengari. Aku sedaya upaya menahan perasaan aku daripada terpancar dengan melemparkan senyuman kambing yang paling fake! Mungkin kerana terlalu obvious senyuman paksa itu, Jefry terus tergelak sehingga mengingatkan aku mengapa aku lemah apabila dia tertawa. Begitu comel apabila matanya mula tidak kelihatan dan gigi arnabnya mula membuat kemunculan.

"Bukan I dah ajar ke macam mana nak buat fake smile tapi tak nampak macam fake smile."

Wow. Dia ingat...

Dan dengan tiba-tiba, senyuman Jefry mula hilang tatkala dia memandang serious ke arah aku. Dia nampak berhati-hati untuk berkata dan akhirnya, dia bersuara..

"Sorry tadi I marah You. I panic bila abang You tunjuk gambar adik dia yang hilang tu is You. Dah 8 tahun kita apart and di takdirkan kita berjiran. So the thought that You akan hilang lagi...it's too hard for me to accept that. So that's why. Sorry."

Wajahnya nampak begitu ikhlas meminta maaf atas kelakuannya tadi. Matanya nampak begitu kesal dan aku yang sememangnya lemah dengan pandangan tersebut terus mengangguk tanda aku memaafkannya.

Melihat senyuman Jefry mula kembali terukir, aku terus berkata..

"Tapi berani You ignore Abang Haqeem eh?"

Dan ketika itu, wajah Jefry terus berubah dan laju berkata.

"Sejak bila abang You jadi macam tu? Seingat I, dia tak macamtu."

Haih rasa macam nak bentang tikar meluahkan perasaan dekat dia. 

        Walaupun aku ada perasaan suka padanya, aku juga memandang Jefry sebagai kawan aku. Kami di pertemukan dengan satu insiden yang sangat tragis dan berpisah juga dengan satu insiden yang sama. Pertama kali, kami di pertemukan adalah apabila aku menangkap Jefry ingin menghisap rokok di pondok sekolah yang terletak jauh sedikit dari perkarangan sekolah. Ketika itu sekolah hampir kosong kerana sudah hampir maghrib dan di takdirkan ketika itu, aku masih tidak pulang dari sesi kokurikulum di petang hari kerana arwah ayah lewat pulang dari kerja.

        Aku yang begitu pantang dengan orang yang menghisap rokok melihat kelibat seorang lelaki sedang cuba merokok terus sahaja datang dan memarahinya. Dia tampak terkejut namun tidak menyuarakan apa-apa walaupun aku laju memberi bebelan kepadanya. Dan persabahatan kami mula terbina apabila Jefry dengan tiba-tiba menangis di hadapan aku. Semuanya di sebabkan dia mengetahui rahsia ayahnya yang sudah mencurangi ibunya sendiri selama 2 tahun. Aku mengetahuinya itu pun setelah beberapa bulan berkawan dengan Jefry. Dan kerana itulah, perasaan aku terhadap Jefry masih berbekas kerana aku sudah melihat sisinya yang lain. Bagi aku...special kerana mungkin orang-orang yang terdekat pun belum pasti pernah melihat sisinya yang sebegitu.

Namun, durasi persahabatan kami begitu pendek.

        Kami terpisah pada pertengahan tahun kerana ibu dan ayah Jefry memutuskan untuk bercerai. Dan Jefry perlu mengikut ibunya pulang ke kampung dan sambung belajar di sana. Di pondok itu jugalah menjadi tempat perpisahan kami. Dan ketika itu, pertama kali jugalah, aku menangis di hadapannya. Aku sememangnya seorang yang tidak reti untuk bergaul apatah lagi untuk berkawan. Jadi, apabila aku dapat seorang kawan yang baik seperti Jefry, hati mana yang dapat menerima kenyataan tersebut.

        Dan semestinya ketika aku kehilangan kedua ibu bapaku 4 tahun yang lalu, orang pertama yang aku doakan untuk di pertemukan semula adalah Jefry. Ternyata doa aku di makbulkan hari ini. Aku benar-benar terkejut doa aku di jawab tapi dalam masa yang sama, cuba untuk berpijak di bumi yang nyata kerana selama 8 tahun terpisah, begitu banyak perkara boleh berlaku. 

Mungkin dia juga sudah berubah?

"Hannah?"

Wow! Dah sampai mana aku mengimbau kenangan lama ni?

Dan tidak sempat aku ingin berkata apa-apa, kedengaran suara sumbang dari atas.

"Wuuuu dating ke tu?!"

Aku terus laju mencari suara sumbang mana yang buat hal di petang hari. Melihat tiga kelibat lelaki dari rumah sebelah, aku mula menepuk dahi dengan kuat.

Aedy, Faliq dan Zaim seronok menjadi tiga beruk mengendap aku dengan Jefry di bawah.

Argh! Macam mana aku boleh terlupa dengan kewujudan jiran baharu aku yang tiga orang tu!

Dan ternyata suara sumbang mereka, menyebabkan suara Abang Haqeem pula kedengaran dari dalam rumah.

"DATING?! Siapa dating?!"

Arghhh sudah!

Kini, Abang Haqeem, Jaafar dan Johari sudah keluar dari rumah dan berkumpul sekali lagi semua orang di situ. Aku terus memandang tajam pada tiga ekor beruk itu. Ishh!

Namun, ternyata, Jaafar menyelamatkan keadaan dengan serta merta apabila dia mula menjerit dari bawah.

"Korang bertiga jom makan sekali. Hannah masak Nasi Ayam."

Aku sekali lagi menepuk dahi aku kerana memikirkan apalah yang bakal terjadi apabila ketujuh-tujuh mereka semua berkumpul di satu rumah.

Ghisau.




        








Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 4- Hongdae + Ewha Woman's University

26.3.2016(Sabtu) So, di sebabkan dah Sabtu, so kiteorang memang avoid untuk pergi tempat-tempat yang memerlukan tiket masuk. And di sebabkan ituuuuuu.. KAMI KE HONGDAE DAE DAEEEE hihi. Yang aku tahu, Hongdae di ibaratkan jalan anak anak muda la gituw. Dengar cerita memang akan penuh street performances  weheee. So sebab dah 3 hari berturut-turut kejar masa, kejar train dan sebagainya, untuk hari Sabtu ni, kami pun macam lalalalalala relax la sikit. Tak kejar apa apa just chill jalan Hongdae and bila spot anything, masuk kedai, ushaaaaa la sepuas hati kan haha.  *uuu uuu tengah nak siap siap*  *BANANA MILKKKK! I rindu dengan Youu! EHHH my baby pun terselit kat situuu..hihi siapa nampak siapa nampakk haha*  *Siti dari Everland lagi mintak nak makan cotton candyyy. Haaa dapat jugakkkk.*  *Kat situ kalau nak kenal fashion anak muda dieorang, haaa boleh la. Memang tak lari la dari apa yang nampak dalam drama. And ada jugak yang still pa...

Day 3 - Everland

25.3.2016 (Jumaat) YA AMPUN! Gelabah gelabah bangun terus siap siap keluar rumah dalam pukul 11..again. Aigoo. So, plan awal, kiteorang nak guna Deasung Tour yang bawa kiteorang naik bus dia seawal 9.30 pagi dah kena cacak depan train station. Tapi dah jadi macamni haha.. So... Naseb baik sebelum pergi memang dah pernah buat research macam mana nak pergi sendiri ke Everland. Tak susah. Serious. Lagi pun kalau pergi sendiri boleh la stay sampai malam. Kalau pkai tour, mostly pukul 7pm suruh kumpul dan balik. But kalau korang interested in using a tour, ye la mana tahu boleh exchange number dengan foreigners yang lain dalam bus tu kan, haha apa salahnya. Sila rujuk di laman web Everland ya. Penuh dengan pelbagai jenis tour yang boleh anda pilih gituwww. So, kalau menggunakan jalan hidup sendiri, ini diaaaa Hyehwa Stt -> Dongdaemun History(T)Stt ->Gangnam Stt Cari bus station belah kiri and tengok dekat situ, ada tak tulis perjalanan untuk bus #5002. Kalau ada, yes ...