Skip to main content

MINI NOVEL KEDUA 323 EPISODE 6 : MEREKA BERTUJUH SEPERTI BERJODOH

        


         Sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, aku terus menuju ke dapur untuk menyiapkan segala persiapan untuk makan malam. Dan ketika itu, laju sahaja Johari datang membantu tanpa sebarang kata. Dia terus mengambil pinggan-pinggan yang masih di simpan di dalam kotak untuk di basuh. Mata aku laju pula memerhatikan Jefry yang ketika itu baru sahaja memasuki ke dalam rumah. Dia yang melihat Johari sudahpun menyibukkan diri di dapur, terus sahaja duduk di ruang tamu. 

Sepertinya dia mengalah. 

Aku sedikit lega dia bersikap sedemikian. Penat okay nak rasa nervous setiap kali diaorang mula tunjuk taring masing-masing.

Dan sebaik sahaja dia selesai membasuh ke semua pinggan, Johari mula datang berdiri di sebelah aku. Aku masih mendiamkan diri kerana tidak tahu untuk berkata apa kepada dia. Yang pasti, aku tahu dia sepertinya ingin berkata sesuatu kepada aku.

Namun, dengan tiba-tiba..

"Assalamualaikum, kami datang nak beraya."

Datanglah tiga ketui beruk yang seronok mengendap aku dan Jefry sebentar tadi. Pfttttt.

Nasib ada good sense. Aedy, Faliq dan Zaim tak datang dengan tangan yang kosong. Mereka datang dengan buah-buahan dan sebekas Tupperware berwarna merah.

Jaafar sebagai tuan rumah terus sahaja berlari ke pintu rumah untuk menyambut kedatangan jiran baharu mereka. Jefry juga ketika itu terus bangun dari kerusi dan menuju ke arah yang sama. Johari yang mendengar juga suara mereka bertiga, tanpa melengahkan masa, terus ke pintu hadapan juga.

Dan begitu juga, Abang Haqeem sebaik sahaja mendengar suara mereka bertiga.

        Mereka terus bersalam-salaman sambil memperkenalkan diri masing-masing. Melihat mereka bertujuh dari jauh, memberikan aku satu perasaan yang menyenangkan. Walaupun mereka adalah orang-orang yang baharu masuk ke dalam kehidupan aku, aku sepertinya tidak merasakan sebegitu.  

It's a very good feeling.

Dan ketika aku sibuk mengamati situasi yang menyenangkan itu, dengan tiba-tiba, mereka semua pusing untuk melihat aku.

Oh ya! Aku chef kan harini. 

Terus sahaja aku sibukkan diri untuk mengangkat ke semuanya untuk makan beramai-ramai di ruang tamu. Dan ketika itu, datang satu suara yang seperti biasa, menjengkelkan aku.

"Aduh kau ni. Meh lah aku tolong."

Aedy datang tanpa di suruh dan laju sahaja tangannya mengambil ke semua lauk, sayur-sayuran dan sos untuk di hidangkan. Sepertinya sudah biasa dia melakukan semua itu.

Mungkin inilah salah satu pekerjaan yang dia pernah lakukan sebelum ini...

Terus tak jadi marah.

Dan mata aku terus memerhatikan pada yang lain.

        Dek kerana, masih tiada sofa di rumah mereka, tiga beradik itu secepat mungkin menolak ke semua kerusi dan meja untuk membentangkan tikar getah bagi memuatkan semua untuk makan malam bersama. Walaupun sebentar tadi, Johari dan Jefry seperti anjing dan kucing...kini mereka nampak lebih tenang. Setiap arahan yang di berikan oleh abang mereka, mereka turutkan sahaja seperti mengangkat meja bersama. Langsung tidak merungut walaupun perlu bekerjasama ketika itu.

Aneh tetapi aku senang melihatnya. Mereka mampu ketepikan apa yang terbuku di hati dan hanya fokus pada arahan yang di berikan untuk kesenangan tetamu-tetamu mereka.

Dan mungkin kerana aku terlalu fokus melihat gerak geri setiap orang di dalam rumah tersebut, sehingga aku tidak menyedari Abang Haqeem sedang berdiri di sebelah aku. 

"Mata tu mata! Tak payah nak gatal sangat. Ingat abang tak nampak Hannah dok scan sorang sorang dari tadi?"

Mak aih. Kantoi!

"Mana ada scan!"

Abang Haqeem hanya tergelak dan sambung berkata.

"Okay abang percaya jelah Hannah tak scan....tapi tak apalah macam tu. Abang jelah tolong scan sorang-sorang untuk Hannah."

Mula dah.

"Setakat ni, abang berkenan dekat Johari dengan Fadli je."

EH EHHHHHH!

"Yang lain hmm...reject!"

Aku terus sahaja.

"Kenapa dengan yang lain?"

Abang Haqeem mula memandang serious pada aku dan mula membentangkan setiap sebab mengapa yang lain tidak termasuk dalam list lelaki yang layak buat aku.

"Zaim yang pertamanya. Semalam lagi dah menggatal nak pegang Hannah. Nak tolong sekalipun, tak payahlah nak pegang-pegang!"

Haih...

"Aedy tu pulak. Masa dia tolong abang sapu semua kaca dekat bilik Hannah tu, mulut dia, ya ampun, sama naik dengan tangan dia. Bising!'

Eh eh! Dia tak sedar ke dia tu pun sama?!

"Last sekali...si Jefry! Fuh paling tak boleh!!"

Aku kini terus sahaja bersuara apabila statement itu keluar dari mulut Abang Haqeem.

"Kenapa pulak?! Abang tak kenal pun dia lagi! Suka sangat judge orang sebelum betul-betul kenal. Nak kenal orang, kena ada masanya. Bukan sekali tengok orang tu, dah boleh tampal dekat dahi dia, haaa orang tu macam ni, orang tu macam tu."

Abang Haqeem terus memandang aku sambil memeluk tubuh.

Aku yang melihat Abang Haqeem sepertinya sudah merasai aku back up Jefry...mula menanyakan satu soalan kepadanya.

"Kejap. Kenapa Jaafar tak termasuk dalam mana-mana list? Dia pun lelaki jugak."

Kini Abang Haqeem tersenyum sinis dan mula memandang ke arah Jaafar.

"Jaafar abang punya."

WHATTTTTTT!

"Tak! Kau, Hannah, jangan buat muka macam tu eh. Bukanlah abang suka dia like suka dia. Abang anggap dia dah macam abang sendiri, faham? Abang tak nak jadikan dia adik ipar pulak. Awkward sangatlah."

Suka hati dia je kan nak tentukan semua ni untuk aku. Mana dia tak berkenan, kena reject. Mana dia rasa tak boleh sentuh, dia tolak tepi siap-siap. Ishhhh! Dasar abang yang overprotective tahap kena bawak pergi kaunseling please.

Dan ketika itu, mereka semua sudah siap duduk di atas tikar getah sambil menunggu aku dan Abang Haqeem yang masih tercegat di dapur.  Melihat muka mereka yang sudah seperti singa kelaparan sambil menghadap nasi ayam yang terhidang, kami berdua terus sahaja bergerak ke ruang tamu.

Sesampai sahaja aku di ruang tamu tersebut, Abang Haqeem laju duduk di sebelah Jaafar. Dan menyebabkan aku mempunyai satu ruang untuk duduk di mana di sebelah Johari dan juga Jefry.

Hati aku sedikit gementar untuk duduk di tengah antara mereka.

Dan dengan tiba-tiba, satu suara datang membantu aku.

"Duduklah sini."

Faliq menjadi penyelamat aku apabila dia menyuruh Aedy untuk membuka ruang untuk aku.

Fuh lega.

Sebaik sahaja aku duduk, wajah Jefry dan Johari tampak sedikit terganggu. Namun, bukan pada Abang Haqeem. Dia mula memberikan aku senyuman yang sinis kerana dia dapat melihat aku akan bergaul lebih dengan lelaki pilihannya, Faliq.

Argh! Annoying betul muka tuuuuu.

Makanya, kami pun mulalah menikmati juadah untuk makan malam. Dan pujian yang di berikan kepada aku begitu melambung sehingga aku tak tahu macam mana untuk menerima semuanya.

"Sedap gila!"

"Kenapa sedap sangat? Hannah letak apa dalam ni?"

"Hmm barulah nampak kau boleh buat sesuatu.."

"Untung siapa dapat Hannah."

Eh! Malulah itewwwwww.

Dan tiada ribut mahupun hujan, Abang Haqeem mula membuka mulutnya dan seperti apa yang di katakan di dapur tadi, dia benar-benar mahu mengenali dengan lebih dekat jejaka-jejaka pilihan yang berkenan di matanya dan bukan di mata aku!

"So, Johari, kau kata kau suka art kan?"

Johari yang ketika itu sedang meneguk air kosong, tersedak buat seketika apabila namanya di petik tanpa sebarang salam.

Aku terus memarahi Abang Haqeem.

"Orang tu tengah minum air kot. Tak payahlah nak tanya-tanya pulak."

Johari yang mendengar terus laju membalas.

"Eh! Takpe Hannah. Inilah peluang saya nak bagi abang awak kenal saya."

Satu rumah terdiam mendengar statement yang di berikan oleh Johari. Ternyata dia ni sememangnya orang yang sangat direct. Kalau Coway filter tu ada sampai 6 lapisan, mulut si Johari ni satu filter pun rasanya tak ada.

Dan ketika Johari sedang sibuk menceritakan serba serbi mengapa dia sukakan lukisan, Aedy dengan tiba-tiba berbisik dekat aku.

"Bukan yang tadi kau dating belakang rumah yang sebelah dia ni ke? Kenapa dia yang beria macam nak make good impression dekat abang kau pulak ni?"

Eh eh dia ni. Bukan setakat kuat bebel ya. Menjemah pun nombor satu! Zaim yang duduk di sebelah Aedy juga sibuk menempel dekat si Aedy untuk mendengar jawapan aku. Memang tak kena dengan wajah-wajah lelaki cool. Tetap suka bergossip.

Tak sempat aku ingin menjawab persoalan yang di berikan, Abang Haqeem dengan tiba-tiba memetik nama aku.

"Haa bolehlah nanti bawak Hannah sekali. Dia tu tengah tak tahu nak buat apa dekat rumah sambil cari-cari kerja. Manalah tahu sambil kau cari art kau tu, ada jumpa job mana-mana yang bagus."

Aku blur. Tapi untuk menjaga perasaan Johari, aku hanya mengangguk walaupun aku langsung tak dengar apa yang mereka bualkan.

Johari tersenyum lebar melihat aku mengangguk dan tertunduk malu.

Aku masih blur. Ni semua salah si Aedy tu! Langsung tak focus apa yang di bualkan oleh mereka.

Dan ketika itu, riak wajah Jefry tampak lain. Walaupun diam seribu bahasa, aku sebagai kawan lamanya, kenal benar dengan riak wajah tersebut. Dia sedang menahan marah..

Tak sempat aku ingin menarik nafas lega dengan persoalan dari Abang Haqeem kepada Johari dengan tiba-tiba, Jaafar mula bersuara. Dan dia sepertinya mengetahui lelaki yang di tujukan soalan itu adalah lelaki pilihan Abang Haqeem juga.

"Faliq! Kau single lagi kan?"

Ini lagi direct!

Namun, dalam diam, aku sepertinya menantikan juga jawapan daripada Faliq. Kan normal seronok seorang diri nak tahu tentang status orang hahaha.

"Oh. Single lagi. Kitaorang bertiga ni focus sangat kot cari duit. Sampai tak terkejar masa nak bercinta."

Bagus. Sampai ke Aedy dengan Zaim aku tahu status sekali.

Dan dengan tiba-tiba, Jefry yang sudah lama mendiamkan diri mula bersuara. 

"Zaim aku tahu dia Youtuber. Sebab anak saudara kitaorang ada tengok channel kau."

Mereka semua menjadi begitu excited apabila mengetahui tentang pekerjaan Zaim. Terus sahaja, di buka TV untuk melihat Zaim beraksi di Youtube. Masing-masing mula memuji Zaim setelah mengetahui berapa ramai yang telah menjadi followers Zaim dan berapa banyak like yang telah di berikan oleh penonton-penontonnya.

Ternyata Abang Haqeem juga tampak telah bertukar fikiran terhadap Zaim apabila dia juga mula memberikan pujian kepada Zaim. Pfttt.

Aedy pun tak terkecuali ya. Dia juga telah di puji dengan begitu baik sekali apabila Zaim memberitahu yang setiap music yang di mainkan di dalam channelnya itu adalah karya Aedy sendiri. Dia sememangnya mempunyai talent yang boleh di bawa jauh. Ternyata jika di lihat di ruang komen, ada sahaja pujian yang di berikan pada music yang telah di mainkan pada setiap episode.

Ketika mereka sibuk memuji masing-masing, Abang Haqeem mula menjerit apa terlihat jam dinding sudah menunjukkan pukul 8 malam. Terus sahaja di suruh untuk solat maghrib dan isya' berjemaah. Kerana aku masih lagi datang haid, aku terus meminta izin untuk pulang ke rumah buat sementara.

Sesudah sahaja aku mandi, telefon aku mula berdering. Nama yang terpampar di telefon bimbitku membuatkan aku tersenyum.

"Hi Kak Zarith."

Ya benar aku pernah mengatakan yang aku tidak mempunyai seorang kawan pun....tetapi Kak Zarith ni lain! Aku anggapnya sebagai kakak. Dan yang lebih seronoknya, Abang Haqeem ni takut benar dengan Kak Zarith. 

        Semuanya kerana Kak Zarith pernah menendang kuat kaki Abang Haqeem apabila tersalah faham ada lelaki yang cuba untuk menarik aku masuk ke dalam kereta. Ketika itu, aku sedang beratur ingin membeli Burger Ramly dan Abang Haqeem pula dengan tiba-tiba menyuruh aku untuk tunggu di dalam kereta ketika dia mula menyedari ada beberapa budak lelaki sedang memerhatikan aku dari jauh. Aku yang ketika itu berdegil terus sahaja berkeras untuk tidak masuk ke dalam kereta. Namun, di tarik kasar oleh Abang Haqeem ketika itu dan Kak Zarith yang sedang beratur terus sahaja menendang kuat kaki Abang Haqeem sehingga jatuh tersembam di jalan.

Selepas dia mengetahui cerita yang sebenar, semuanya sudah terlambat. Muka Abang Haqeem sudahpun tercalar dan kerana insiden itulah, kami mula berkawan. Sehingga kini, kadangkala Abang Haqeem ada sahaja bertanya kepada aku, sudahkah aku memutuskan talian persahabatan dengan Kak Zarith.

Punya teruk perangai abang aku ni.

Dan mengapa Kak Zarith dengan tiba-tiba menelefon aku adalah kerana rupanya ada brownies yang ingin di berikan kepada aku. Dan dia sedang pun menuju ke rumah untuk memberikan brownies tersebut.

Sebaik sahaja aku meletakkan telefon, aku terus menuju ke rumah sebelah semula.

Alangkah terkejutnya aku apabila mendengar bunyi music di pasang dengan agak kuat ya. Gamaknya nak ajak satu taman kot party sekali.

Sebelum aku mengetuk pintu, aku sengaja mengintai dahulu dari celah-celah tingkap yang terbuka kecil.

Aku menggosok-gosok mata aku kerana tidak percaya dengan apa yang aku lihat dan apa yang sedang aku dengari.

"Okay.  Yang macam Faliq mention tadi, start dari Johari jerit Lets go."

Kedengaran suara Johari tiba-tiba menjerit Let's go. Tanjat gugurl.

"Okay good. Then continue "Side step, right left to my beat", tangan kanan tolak rambut ke belakang, sambil kaki kanan keluar, lepas tu continue kaki kiri keluar."

Aku mula melihat satu per satu gaya yang di tonjolkan. Semua sepertinya memberi kerjasama yang baik apabila mendengar arahan daripada Faliq. Termasuk juga Abang Haqeem ya. Kemain eh abang aku tu! Pantang ada Jaafar kat sebelah. Ada je benda gila dia nak buat sekali. 

        Dan aku mula tergelak melihat gelagat Aedy yang sememangnya tampak terpaksa untuk melakukan semua yang mereka sedang lakukan. Mukanya sikit lagi macam nak bagi kaki dekat sorang-sorang tetapi apakan daya dekat rumah orang. Dia pun terpaksalah behave. Terhibur sungguh.

"Okay okay. Part baby tu, jangan lupa cium tangan."

Aku terus menutup laju mulut aku ketika aku melihat reaksi wajah Aedy ketika itu. Kerutan di mukanya begitu kelihatan sambil dia bersuara.

"Perlu ke?!"

Dan dia terus di pandang tajam oleh semua. Ternyata semua begitu mendalami tarian yang sedang cuba di ajar oleh choreographer yang tidak berbayar ini.

"Okay okay. Part "Let me show you cause talk is cheap", semua letak jari dekat mulut macam shhhh."

Semua dengan sekatanya meletakkan jari sambil mengeluarkan bunyi shhhh.

Faliq terus menjerit dan mengatakan tidak perlu pun keluarkan bunyi. Cuma tunjukkan sahaja gaya tersebut.

Aku yang melihat keadaan tersebut hampir terjatuh menggelakkan mereka semua. Tak padan dengan wajah abang-abang. Semuanya dah macam budak kecik yang di ajar macam mana nak practice menari untuk konsert tahunan.

"Okay part "Smooth like butter, cool shade stuner"...Abang Haqeem akan lead dekat tengah, semua jalan ke depan sambil free dance."

Part ni memang nak pecah perut aku melihat wajah Abang Haqeem fefelling macam dia salah seorang member BTS yang sedang menari untuk lagu Butter tersebut. Bukan aku tak tahu dance apa yang sedang di ajar oleh Faliq ini. Menang 'The Song of 2021" kot. Kemon takkan tak tahu.

"Okay last part susah sikit. Kita kena sharp. Setiap words dia akan ada step yang berlainan. Part 'Hotter' kaki kanan keluar sambil tangan kiri masuk dalam poket. Part 'Sweeter' jari macam pistol tunjukkan ke atas. Part 'Cooler', kaki kanan tu bawak ke depan buat 90 degree circle. And part 'Butter' tu, jari tadi tu wipe bibir masing-masing. Then last skali, pose dengan gaya yang paling cool sekali."

Dan ketika aku melihat gaya masing-masing membuat gaya yang paling cool bagi mereka, aku sekali menutup laju mulut aku kerana aku sememangnya bakal kantoi mengendap mereka menari. Dan selama 10 minit aku menantikan result terakhir, aku laju mengeluarkan telefon bimbit aku untuk merakam mereka semua.

"Let's go.

Side step, right left to my beat.

High like the moon, rock with me, babyyyy.

Know that I got that heat.

Let me show you cause talk is cheap.

A side step right left to my beat

Get it, let it roll.

Smooth like (butter), cool shade (stunner),

And you know we don't stop.

Hot like (summer), ain't no (bummer), You'll be like 'Oh my God',

We gonna make you rock, and you say (yeah)

We gonna make you bounce, and you say (yeah)

Hotter, sweeter, cooler, butter!

Get it, let it roll!"

WOAHHHHHH!

        Ternyata untuk dance practice selama sejam setengah lamanya boleh memberikan result yang sebegitu telah membuatkan aku begitu berbangga. Dan melihat wajah mereka yang tampak begitu gembira apabila berjaya menghabiskan dance tersebut, membuatkan aku terharu buat seketika. Aku dapat melihat Aedy yang sentiasa sahaja ingin merungut, hanya tergelak apabila berjaya menari sebentar tadi. Wajah Zaim yang penuh misteri terus bertukar riang. Dan saat Jaafar dan Abang Haqeem memeluk masing-masing apabila berjaya belajar tarian tersebut, membuatkan aku tersenyum lebar. Aku gembira apabila Abang Haqeem menikmati masa bersama yang lain tanpa sebarang kata-kata bebelannya. Dan semestinya aku gembira melihat Johari dan Jefry seakan-akan mula melemparkan senyuman kepada masing-masing sepertinya terlupa sebentar yang mereka ada menyimpan perasaan yang tidak baik terhadap masing-masing.

Aku tanpa melengahkan masa, terus sahaja berlari dan membuka pintu sambil menjerit..

"Hannah dah rakam semuanya!HAHAHAHAHHA"

Mereka semua tampak begitu terkejut sehingga Jefry dan Johari terduduk.

Semakin kuat gelakan aku sehingga aku terus seronok merakamkan wajah mereka semua satu per satu. Aku pasti video ini akan menjadi kenangan yang terindah buat mereka apabila melihat kembali apa yang telah mereka lakukan malam ini.

Dan tiba-tiba, suara Zaim kedengaran dari belakang aku.

"Zarith?!"





Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 6- Gyeongbok Palace + Bukchon Hanok Village

28.3.2016 (Isnin) Post kali ni lebih kepada kecantikan South Korea sendiri :) Mungkin perlu jugak la kan some description but gambar pun kadang-kadang boleh berbicara sendiri ecewahhh haha. So, kalini kiteorang decide untuk pergi ke Gyeongbok Palace. Palace yang berada betul betul di tengah bandar Seoul! Perjalanan kami seperti biasa akan bermula dari Bong House Hyehwa Stt ->Dongdaemun Stt(T)->Jongno(3)Ga Stt(T) ->Gwanghwamun Stt (Gyeongbok Palace) *Yup banyak sikit Transfer Station dia. Bertahan yaaa* SO, sampai je dekat Gwanghwamun Stt, terus nampak ni! LOCATION BABY TOP I BERLAKON! Saranghae Top Oppa! Haha. Pandai tau tetiba letak besar besar Iris nih. Ye lah suatu ketika dahulu, cerita ni famous gilos kot! Dan ini pula, King Sejong yang di katakan di situ adalah King yang berjaya mencipta tulisan Hangeul mereka. Haaa kiranya memang di ingati oleh setiap Korean lah. Ini la bapa tulisan Hangeul mereka gituwww. And bila berjalan ke depan si...

EP 2 : Seperti Anjing Dengan Kucing (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 2 SEPERTI ANJING DENGAN KUCING Maksud: dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu.             Jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 2 petang. Bella yang sememangnya susah untuk melelapkan mata di dalam kenderaan mula tercelik. Aku yang baru sahaja menghirup air kosong dari botol brand Tupperware begitu terkejut di kala mata Bella terbuka dengan tiba-tiba. Tersedak di buatnya. Bella terus membetulkan rambutnya dan menepuk belakang aku dengan tangan kecilnya itu. Aku masih lagi terbatuk sambil tersenyum melihat betapa matangnya budak berusia 5 tahun ini. “Baiknya Bella. Pandai eh gosok belakang ibu bila ibu batuk.” Bella tersenyum sambil berkata. “Nenekkan selalu batuk. Atok yang ajar Bella suruh gosok belakang nenek.” Aku tiba-tiba terasa satu perasaan yang sebak. Pengorbanan dan kasih sayang di limpahkan oleh kedua ibu bapa sememangnya tidak boleh di sangkal lagi. Mereka pasti aka...