Skip to main content

MINI NOVEL KEDUA : 323 EPISODE 4 TIGA 'J'

 


Lapan tahun aku dan dia terpisah. Sejak insiden di pondok sekolah yang menjadi tempat keramat kami di pertemukan dan juga tempat terakhir kami terpisah, aku terdiam melihat dia muncul kembali dalam hidup aku.

Dia tampak masih lagi misteri di mata aku walaupun sudah 8 tahun berlalu.

              Melihat Jefry berjalan dari motorbike hitamnya sambil memerhatikan aku membuatkan aku sepertinya hilang buat seketika. Adakah aku terpanah semula seperti dahulu kala di mana aku melihat dia sebagai seorang senior paling cool di sekolah? Adakah perasaan itu masih lagi wujud di dalam hati ini ?

Tidak sempat aku ingin mencari kepastian dengan apa yang sedang terjadi, akhirnya Jefry sudah berada betul-betul di hadapan aku. Namun aku dengan tiba-tiba berkerut tatkala melihat dia mengerutkan dahinya dan berkata.

“Susahkan orang je.”

WHAT?!

Setelah 8 tahun tak berjumpa, setelah 8 tahun tak berhubung walaupun sekali, itu yang di katanya!

Aku terbatuk kuat kerana tidak sangka sependek ayat itu boleh membuatkan aku terasa seperti anak kecil yang di marahi oleh Abang Long Fadhil. Dia punya gangster tu tak boleh spontan lagi ke.

Namun, Jefry mungkin tidak tahu yang 8 tahun lepas, Abang Haqeem bukan Abang Haqeem yang kini. Dan semestinya, setelah dia mendengar ayat tersebut di lemparkan kepada adik kesayangannya, mula datang drama kedua.

“Excuse me? Kau cakap apa dekat adik aku?”

Mula dah.

Jefry ketika itu masih lagi memandang aku tanpa menghiraukan langsung dengan apa yang di katakan oleh Abang Haqeem. Mata aku laju memerhatikan sekeliling dan melihat semua sepertinya sudah seperti kucing ketakutan. Takut kena marah sekali gamaknya. Dan mata aku kembali memerhatikan Jefry dan dia masih lagi menenung tajam pada aku sehingga aku sendiri tak tahu untuk menjawab apa dengan ayat yang di lemparkan.

Abang Haqeem mula menunjukkan sisi amarah dia apabila tiada respons yang di berikan oleh Jefry. Namun, tidak sempat Abang Haqeem ingin berkata lebih, Jefry dengan tiba-tiba terus berlalu pergi dan masuk ke dalam rumahnya. Aku terus memusingkan badan dan melihat dia sudah naik ke tingkat 2.

Drama kedua ini terjadi dengan terlalu pantas sehingga aku masih lagi terdiam di situ. Dan yang masih lagi tak boleh mempercayai apa yang sedang terjadi semestinya Abang Haqeem. Dia mula bercekak pinggang sambil mengambil nafas yang panjang untuk menenangkan hati apabila dirinya di abaikan begitu sahaja. Dek kerana keadaan menjadi sedikit tegang, ternyata aku mula nampak ciri-ciri pada seorang lelaki yang bakal menyelamatkan aku dalam segala keadaan.

“Sorrylah Haqeem. Adik aku tu memang macamtu. Aku pun dah penat dah layan perangai dia. Kau ignore je la eh.”

Aku terus laju menunggu reaction apa yang bakal di berikan oleh Abang Haqeem.

Ternyata aku akan lebih mendekati jejaka bernama Jaafar ini kerana dengan ayat dia itu sahaja, Abang Haqeem hanya mampu menganggukkan kepalanya.

AMAZING!

Sedang aku memerhatikan Jaafar dari jauh kerana menjadi penyelamat keadaan ketika itu, aku terasa pergelangan baju aku di tarik. Melihat Johari yang sedang melakukan perkara tersebut, aku terus memandangnya. Dia dengan tiba-tiba menundukkan badannya untuk berbisik di telingaku.

“Garangnya abang awak. Macam singa.”

Dan tak tahu kenapa, aku terhibur dengan ayat yang keluar dari mulut Johari sehingga aku tergelak besar. Mungkin aku tak sangka, lelaki setinggi dia yang tampak begitu gah, boleh gerun dengan Abang Haqeem. Dan ketika itu, mata Abang Haqeem laju memandang aku dan Johari.

Aku tertelan air liur. Tolonglah jangan drama ketiga pulak! PENATLAH WOI!

Dan ternyata, Johari ini nampak lebih matang apabila dia dengan serta merta menjawab pada pandangan tajam yang di lemparkan kepadanya.

“Sorry bro. Aku…gurau je dengan dia.”

Impressive. Dia berani jujur.

Dan ketika itu, Jaafar datang sekali lagi untuk membantu kami semua.

“Haqeem, adik aku si Johari kau jangan risau. Benda paling utama dalam hidup dia adalah buku. So, adik kau selamat. Okay?”

Muka Abang Haqeem tampak begitu lega. Dan melihat dirinya tenang, aku juga tenang.

              Dan ketika itu, aku baru teringat akan tiga sekawan yang banyak membantu aku hari ini. Aku terus melemparkan senyuman yang paling besar kepada mereka bertiga. Mereka juga melemparkan kembali senyuman aku termasuklah Aedy yang kuat bebel tu. Aku tahu jiran baharu aku ini baik-baik belaka. Aku ingin benar membawa mereka makan mamak seperti yang di janjikan namun, seperti biasa, ada sahaja yang tidak kena apabila Abang Haqeem di situ.

“Yang korang bertiga dekat sini kenapa eh?’

Mereka bertiga tampak terus takut untuk berkata apa. Namun, aku tahu aku tak boleh lagi berdiam diri. Mereka telah membantu aku untuk mencari Abang Haqeem tanpa bertanya lebih walaupun aku mengajak mereka ke kubur di awal pagi. Aku dengan kudrat yang ada, mempertahankan mereka kerana aku tahu mereka layak di pertahankan.

“Aedy, Faliq dengan Zaim tolong Hannah tadi. Kalau tak ada diaorang, Hannah mungkin dah pergi naik grab cari abang. Dan mungkin, tak balik ke rumah lagi sebab diaorang…”

Mereka bertiga terus laju menggelengkan kepala tidak mahu aku memberitahu butiran yang tidak perlu di huraikan pun. Aku benar-benar terhibur dan mula merasakan mereka bertiga ini sememangnya tiga kawan yang bakal menghiburkan hati aku. Aku terus memandang semula Abang Haqeem dan mengajaknya masuk ke rumah semula. Abang Haqeem ikutkan sahaja tanpa bertanya lebih. Sejurus sahaja aku masuk ke bilik, laju sahaja aku baring di atas katil yang begitu empuk. Aku mula membayangkan apa yang bakal terjadi dalam hidup aku dengan kehadiran 6 jejaka baharu yang sepertinya bakal memberi impak dalam hidup aku. Dek kerana mungkin aku terlalu penat dengan segala yang terjadi, tanpa aku sedar, aku melelapkan mata aku buat seketika.

Namun, tidak lama aku melelapkan mata, kedengaran bunyi dari sebelah rumah yang begitu kuat membuatkan aku terus terbangun dari tidur. Bunyi ketukan, dentuman dan segala bunyi yang begitu kuat semuanya kedengaran seperti tiada noktah. Aku terus keluar dari bilik untuk mencari Abang Haqeem.

Tiada.

Aku kini tidak lagi memikirkan dia melarikan rumah dan terus keluar untuk ke rumah jiran baharu kami. Pasti dia ada di situ.

Ya.

Ternyata dialah antara manusia yang menganggu tidur aku ketika itu. Melihat Abang Haqeem yang bertungkus lumus membantu Jaafar dalam menyusun segala perabot yang ada di dalam rumah tersebut membuatkan aku tersenyum. Abang Haqeem tampak gembira ketika menolong Jaafar yang masih aku tidak tahu asal usulnya dan mengapa Abang Haqeem nampak seperti begitu menjaga percakapan ketika bersamanya.

Dan tiba-tiba…

“Orang tua kata kalau mengendap orang, nanti keluar ketumbit dekat mata.”

Johari.

Senyumannya yang lebar selepas mengejutkan aku dari belakang membuatkan aku sekali lagi terlihat lesung pipitnya yang begitu manis untuk di tatap.

Aku yang tidak mahu Abang Haqeem mengetahui dengan kehadiran aku di situ terus sahaja ingin keluar dari perkarangan rumah tersebut. Namun, Johari sepertinya anak kucing yang ingin sahaja mendekati aku. Aku biarkan sahaja dia mengikuti aku tanpa berkata apa.

Namun sebaik sahaja aku ingin membuka pintu pagar rumahku, dia akhirnya berkata.

“Teman saya beli barang boleh?”

Aku terus memusingkan badan aku sambil berkerut.

Johari yang melihat reaksi aku yang sebegitu terus sahaja jujur.

“Saya tak ada lesen.”

Benarlah kata orang. Jangan cepat menghakimi orang dari luaran. Aku secara jujurnya melihat Johari ini sepertinya seorang yang begitu sempurna. Tinggi, tampak gagah, cara pertuturannya juga baik-baik sahaja, kerjanya seorang cikgu pula tu.

Namun….boleh eh tak ada lesen?

Aku tanpa sengaja tergelak sehingga dia pulak tampak seperti kecil hati dengan gelakan aku. Melihat mukanya mula muram, aku terus sahaja menjawab..

“Okay jom.”

Seperti biasa, lesung pipitnya kelihatan begitu manis di mata aku.

Dasar lemah dengan lesung pipit.

Aku terus sahaja masuk ke dalam rumah dan mengambil kunci kereta Abang Haqeem.

              Sepanjang perjalanan, aku hanya mendiamkan diri. Bukan kerana aku tidak mahu berbual dengan jiran baharu aku. Itu semua kerana aku sedang memandu kereta Abang Haqeem! Aku bakal di humban ke dalam perigi lama sekiranya terjadi apa-apa pada kereta baharunya itu. Johari ada sahaja attempt untuk berbual dengan aku tetapi mungkin dia nampak betapa fokusnya aku ketika memandu, membantutkan dia untuk berbual. Sesampai sahaja aku ke kedai yang ingin dia tuju, aku terus berkata.

“Okay saya tunggu dalam kereta eh.”

Namun tiada respons. Aku terus memandang pada Johari dan melihat dia hanya memandang ke hadapan membuatkan aku mula risau.

Dia ni……okay ke tak okay ?

Tiba-tiba, dia terus memandang ke arah aku. Dari 5 saat ke 10 saat.

Dia ni dah KENAPA?!

Namun, apa yang keluar dari mulut dia membuatkan aku tidak mampu menahan lagi.

“Saya tak kenal mana satu daun bawang.”

AHAHAHHAHAHA.

Apa punya perangailah si Johari ni. Apa yang sebenarnya dia tahu? Kata suka buku. Takkanlah buku-buku tentang sayur dia tak baca.

Namun, aku tak mahu menjadi seperti Abang Haqeem yang suka merendah-rendahkan orang dan cuba untuk memahami dirinya yang serba kekurangan. Makanya, masuklah aku dan dia ke dalam kedai tersebut untuk membeli barang dapur. Melihat segala barang-barang yang sudah tertulis di dalam kertas, memudahkan aku untuk pergi dan mencari setiap barang yang ingin di beli. Dalam pada masa yang sama, aku menyuruh Johari untuk dekat dengan aku supaya senang untuk aku memperkenalkan dia pada setiap sayur-sayuran yang ada.

Nampaklah dia ni pandai orangnya.

“Okay ni apa?”

“Sawi.”

“Okay ni?”

“Kucai.”

Semua soalan aku dia dapat jawab dengan mudah.  Impressive.

Setelah 30 minit kami membeli segala barang dan dalam pada yang sama, menjadi sesi perkenalan kepada sayur-sayuran di pasaraya, kami pun menujulah ke kaunter untuk membayar segala barang di dalam troli.

Dan ketika kami di kaunter…

“Ini hadiah untuk harini ya. Sempena setahun pasaraya ini di buka.”

Aku mengambil barang tersebut dan terus memandang pada Johari. Dia juga memandang aku semula dengan senyuman yang begitu lebar.

Ternyata Johari sememangnya gilakan buku.

Dua buku nota kecil berwarna merah dan biru yang di berikan itu tampak simple namun mungkin tidak kepada jejaka seperti Johari yang benar-benar gilakan buku seperti apa yang di katakan oleh abangnya. Melihat dia sebegitu gembira, aku terus memberikan kedua-dua buku tersebut kepada.

“Nah. Ambillah dua-dua.”

Muka Johari tampak terkejut dan dahinya terus berkerut.

Melihat reaksinya sebegitu terus membuatkan aku bertanya.

“Eh? Kenapa? Saya bagi dua-dua sebab awakkan suka buku.”

Johari seakan-akan ingin mengatakan sesuatu namun terbantut apabila cashier di hadapan kami meminta wang untuk di bayar.

              Sejurus sahaja selesai semuanya di kaunter cashier, Johari dengan tiba-tiba mengangkat barang-barang dengan begitu laju. Dia terus menuju ke arah kereta meninggalkan aku sendirian di belakangnya.

Aku mula musykil dengan sikap dia ni. Ada sahaja yang tak kena. Susah aku nak baca apa yang bermain dalam fikiran dia ni.

              Sebaik sahaja dia meletakkan barang di dalam kereta, Johari terus sahaja masuk ke dalam kereta dan diam seribu bahasa. Aku cuba untuk menjelingnya dengan begitu berhati-hati.

SAH!

Ada benda dah terjadi.Kerutan di dahinya begitu kelihatan. Matanya hanya memandang ke hadapan dan mulutnya terkunci dengan begitu ketat.

Akhirnya aku memberanikan diri untuk bersuara.

“Saya ada buat salah ke?”

Dia masih diamkan diri. Langsung tiada satu kata yang keluar dari mulutnya.

Ini kali pertama aku di perlakukan sebegini. Aku benar-benar musykil kesalahan apa yang telah aku lakukan? Aku dah cukup baik memberikan dia class ‘Kenali Sayur’ pada hari ini. Apa lagi yang tak kena? Kerana masa pun tak mengizinkan dan sebelum Abang Haqeem sedar yang kereta baharunya di bawa oleh adiknya itu, aku kembali menjadi bisu di dalam kereta untuk 100% fokus ketika memandu.

Makanya, sepanjang perjalanan, kami berdua diam seribu bahasa.

Sesampai sahaja aku di hadapan rumah, aku sekali lagi cuba untuk mengetahui apa yang sedang terjadi. Belum sempat aku ingin memulakan bicara, akhirnya, Johari bersuara.

“Awak tak sudi nak ambil buku tu ke?”

HUH?!

“Tu kan kenangan kita first time keluar berdua.”

HUHHHHHHHHHHHH?! APA YANG SEDANG TERJADI NI?

Johari dengan tiba-tiba mengambil buku nota kecil berwarna merah dan meletakkan buku tersebut di atas peha aku sambil berkata.

“Saya suka awak.”

WHUTTTTTTTTT!?

Kalau aku sedang minum air, rasanya kesemua air boleh tersembur dari mulut dan juga hidung. Apa yang telah terjadi sehingga dia boleh meluahkan perasaan dia dengan begitu cepat? Dan insiden mana yang boleh membuatkan dia terus suka pada aku?

Otak aku mula bekerja.

Insiden aku hampir terjatuh ? Insiden pergelangan tangan ? Insiden mengendap ? Atau insiden kelas ‘Kenali Sayur’?

Aku masih memandang wajahnya. Nampak wajahnya begitu menantikan jawapan daripada aku. Namun tiba-tiba wajahnya terus berubah. Sepanjang 6 jam baru mengetahui tentang kewujudan Johari, ini pertama kali aku melihat wajahnya yang agak bengis. Dia melihat sesuatu dia belakang aku seperti melihat satu bayangan hitam.

Eh? Dia ni dah kenapa pulak ni?

Aku terus memandang ke belakang dan alangkah terkejutnya aku apabila Jefry berdiri di luar pintu kereta. Dan wajahnya juga tampak begitu bengis melihat pada abangnya, Johari.

Melihat cara pandangan mereka berdua, aku tahu ada benda yang tak kena antara mereka.

 

 


Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 4- Hongdae + Ewha Woman's University

26.3.2016(Sabtu) So, di sebabkan dah Sabtu, so kiteorang memang avoid untuk pergi tempat-tempat yang memerlukan tiket masuk. And di sebabkan ituuuuuu.. KAMI KE HONGDAE DAE DAEEEE hihi. Yang aku tahu, Hongdae di ibaratkan jalan anak anak muda la gituw. Dengar cerita memang akan penuh street performances  weheee. So sebab dah 3 hari berturut-turut kejar masa, kejar train dan sebagainya, untuk hari Sabtu ni, kami pun macam lalalalalala relax la sikit. Tak kejar apa apa just chill jalan Hongdae and bila spot anything, masuk kedai, ushaaaaa la sepuas hati kan haha.  *uuu uuu tengah nak siap siap*  *BANANA MILKKKK! I rindu dengan Youu! EHHH my baby pun terselit kat situuu..hihi siapa nampak siapa nampakk haha*  *Siti dari Everland lagi mintak nak makan cotton candyyy. Haaa dapat jugakkkk.*  *Kat situ kalau nak kenal fashion anak muda dieorang, haaa boleh la. Memang tak lari la dari apa yang nampak dalam drama. And ada jugak yang still pa...

Day 3 - Everland

25.3.2016 (Jumaat) YA AMPUN! Gelabah gelabah bangun terus siap siap keluar rumah dalam pukul 11..again. Aigoo. So, plan awal, kiteorang nak guna Deasung Tour yang bawa kiteorang naik bus dia seawal 9.30 pagi dah kena cacak depan train station. Tapi dah jadi macamni haha.. So... Naseb baik sebelum pergi memang dah pernah buat research macam mana nak pergi sendiri ke Everland. Tak susah. Serious. Lagi pun kalau pergi sendiri boleh la stay sampai malam. Kalau pkai tour, mostly pukul 7pm suruh kumpul dan balik. But kalau korang interested in using a tour, ye la mana tahu boleh exchange number dengan foreigners yang lain dalam bus tu kan, haha apa salahnya. Sila rujuk di laman web Everland ya. Penuh dengan pelbagai jenis tour yang boleh anda pilih gituwww. So, kalau menggunakan jalan hidup sendiri, ini diaaaa Hyehwa Stt -> Dongdaemun History(T)Stt ->Gangnam Stt Cari bus station belah kiri and tengok dekat situ, ada tak tulis perjalanan untuk bus #5002. Kalau ada, yes ...