Skip to main content

Day 1 -Bong House + Chenggyecheon Stream

22.3.2016 (Selasa)





Cerita dia, ada tiga ketul je sebab Ainil dah sampai Korea hari Isnin lepas lagi. Dia fly dulu berjalan seorang diri mengembara selama 2 hari. So, tiga ketul yang lain bergerak lambat seketika dengan perasaan yang bercampur aduk. Excited nombor satu tapi nervous pun ada. Of course lah first time travel jauh jauh macam ni dengan kawan and tambah pulak dekat negara yang memerlukan kita untuk memahami dan cuba untuk bercakap dalam bahasa dia.

Annyeonghaseyo...Annyeong.. Haaa itu je lah yang melekat.

Confident weh boleh la kot cakap sikit kat sana dengan ilmu tengok drama. Sekali hampeh! HAHAHA. Mula mula excited la mcam dgr orang tu cakap bahasa Korea laa. Tapi bila fkir balik, duhhhh dekat Korea, lepas tu expect dia cakap bahasa apa pulak kan? Haha tu la dah kata sorry awal awal haha. Sampai sana, rasa macam tengah tengok drama takde SUBS. Hahaha rasa macam aigooo aigoooo.

Anyway, perjalanan yang amek masa 6 jam 30 min, tak berapa nak rasa sebab penat gila. Balik kerja, terus siap siap lepas Isya' je, En Abd Rahim aka ayah tersayang dah menjerit..

"Aya! Beg mana beg?"

"Aya! Nape tak turun lagi?!"

Berpeluh ketiak. Daripada tak nervous, haaa terus menggelabah. Biasalah ayoh ayoh. Tapi selalunya mak mak kan. Tapi perasan gak ah kalau berkaitan dengan flights je, mesti Papa yang akan bising dulu.

But lagi gelabah tetiba kelua statement..

"Don't underestimate unexpected traffics."


Gulp.


Terus menggelabah pakai tudung hahaha. Dan kerana gelabah, hmmm tertinggal jam tangan itewww kat rumah arghhhhh.

So, selepas dah check in, peluk peluk mok ayoh, aduhhh terasa macam nak fly pergi belajar. Sebab family sendiri dah 3 orang, satu family Maryam and satu family Siti turun padangg hihi. Bagus semua sayanggggg kiteoranggg alololo haha.

Oh, iklan jap..


Farhan nak masuk blog. Okay Farhan, Aya dah upload okayyyy haha.


Dalam flight, tidur terus and dalam pkul 4 pagi tak silap, di kejutkan untuk makan breakfast. Dengan muka sememeh, makan laaaa makanan yang terhidang. Walaupun perut tak terasa lagi, tapi fikir eh ni sampai Korea comfirm payah dah nak makan ayam, haaaa pulun ayam tu sampai takde satu cebisan pun yang tertinggal haha.

EH dah laaa bila nak masuk pasal Korea nih haha.


Okay...let's begin.





23.3.2016 (Rabu)



Landed je, haihhh tak tahu la macam mana nak describe perasaan tu. Benda first yang nampak, Korean Air bersepah. Flight untuk ke Jeju pun belambak jugak. And nak ke imigresen, naik lah dulu train nih dulu. Dekat imigresen takyah buat hal lah nak ambil gambo. Diri dah start nervous sebab biasalah ada yang kena tahan dengan sebab sebab tertentu. Fikir macam macam dah haha. Tapi di sebalik menunggu dekat sejam nak melepasi imigresen tu, doa tak pernah henti.

Doa apa ya..

"Ya Allah. Tolong la ada sorang ke at least yang baru landed jugak."

Hahahaha dan hidup ni kena sentiasa tabah bila doa tak di makbulkan TAPIIIIII ada la bila tengok seberang sana, macam tinggi ala ala artis jeww tapi mungkin imaginasi sahaja.


Haihh.


Dan lepas je dari imigresen, benda pertama ialah untuk berangan macam artis-artis baru balik dari Oversea haha. Acah acah tolak trolley dengan gaya haha takkan lupa perasaan dalam diri tu aduhai. Banyak sangat tengok drama, maafkan lah daku haha. Tapi teruja woh bila ada satu cameraman depan gate arrival tu hehe. Ye laaa mana tahu dapat masuk news ke apa kan. Okayyy dah melalut!


So, benda pertama yang di cari adalah kaunter tiket nak beli tiket ke Busan and beli *T-money.

*T-money : sama fungsi macam Touch & Go. Boleh di topup di machine yang tersedia ada.


Nak di jadikan cerita, nak beli tiket ke Busan, beli 3 day pass memerlukan kad kredit. Cash tak terima. Alahai dah kenapaaaaa hmmm so kiteorang just biarkan dulu tiket Busan tu untuk di fikirkan kemudian.

Dan terus shaja, tadaaaaa


*Kad merah tu kad KTX dan yang tulis AREX tu la T-Money
Total = 8,900 won each.





Dan kemudiannya, kena la mencari gate ini untuk berjumpa dengan train KTX yang sama sahaja seperti ERL. Cuma yang ni memang direct terus ke Seoul Station la. Kalau ERL still ada stop stop lagi.

Okay nak fahamkan ini dia.

Ada beza. Express Train amek masa 43 min and All Stop Train 56 min. So ikutlah mana nak naik. 
Kalau sangat kesahkan duit, sebenanya boleh je naik All Stop Train sbab harga dia 4,150 won je instead of 8000 won untuk Express Train. Sampai je Seoul Station. So ikutla kalian ya.



Untuk hiburkan hati, jangan lupa bukak magazine dalam train tu!







:))))))



SAMPAI JE SEOUL STT, bermula lah pengembaraan yang sebenar. 

Topup dulu T-money yang kosong tu dengan ini.















Senang bukan? Jangan risau. Dia ada English version.













Dengan beg yang penuh dengan stok stok makanan, maka tolongla faham beg berat sangat okay! Masa tu lah terfikir kalau ada sekor laki ikut nih, memang aku buli dia dulu suruh angkat beg hahaha.

Tapi nak di jadikan cerita, dua kali, ada yang datang membantu dengan tiba-tiba. Mula-mula

"Eh!"
Memang terkejut beruk la tetiba pusing belakang masa nak naik tangga, ada orang lain tengah bawak beg, tapi bila tengok beg, ehhh macam kenal.

Terdetik kejap..

"Eh dia tengah curi beg bekalan untuk hidup ke APA NIHH?!"

Sekali sampai je atas, nampak dia letakkan je beg and terus blah!

WOW! Amazed kejap. Macam Superman datang dan pergi macam tu je. Nasib baik Ahjussi, kalau Oppa, ada aku kejar semata nak say Kamsahamnida, Saranghae! HAHAHA okay over.

Ini la rupa kepenatan kami.


Destinasi pertama : Bong House, Hyehwa. (Seoul Stt -> Hyehwa Stt)



Aliana biasalah dengan confident yang sentiasa tersemat, 

"Hmm takde apa la weh. Pakai map yang dia dah bg je weh."


SEKALI...SESAT! HAHAHA.

Last last, kena la tanya Ainil yang dah sampai dulu dekat Bong House untuk jemput kteorang. That's why dia Mommy kteorg hehe love you, Mommyyyy.

Sampai je Bong House, wowwww omeyyyyyy!














So, ini la tempat kami berteduh untuk 9 hari 8 malam :)

Bong House ni dia comel sebab apa tau. Dia buat style macam selalu tengok dalam drama pakai tilam tapi up sikit lah. Ada macam ruang kat bawah tu, tempat kau sumbat semua beg yang ada haha. Sangat nice! And baru tahu, Bong House ni agak famous untuk Malaysian. Bukti paling ketara, tengok dekat mesin basuh, ada sabun serbuk Fab haha.

Sebabkan waktu ni cuaca dia romantik, air cond tak pakai langsung, and first time dalam hidup pakai heater hahaha. Excited kejap bila duduk kat lantai..

"Uuuuuu lantai dia panas!"


So, kiteorang sampai tu dah pukul 2 petang tak silap so dah tak sempat nak pergi mana-mana sangat. And decided untuk berjalan je.






Masa ni la first time nak explore betul-betul nak naik train apa, tuka kat Station mana. Di situlah train map yang dah di amek kat airport di gunakan. But apa-apa pun, nak selamat, check jugak apps nak turun mana.


So nak di pendekkan, nak ke destinasi kami tu, Chenggyecheon Stream tu :

Hyehwa Stt-Dongdaemun Stt(T)-Jongno(3)Ga Stt














Cantek kan lighting diaa!! Ini kalau budak budak hipster, aku boleh cakap ada 2 jam je habis nak posing dekat sini haha. Nak lighting macamni, dalam pukul 5.30 ptg tak silap. So set la masa haha. Kalau hujan aaaa jangan salahkan mak yaa haha. Itu di luar kawalan.

Tapi..sebenarnyaa.. kami la hipster itu. HAHAHAHA. Tutupmukatanakmengaku.









Jauh jugak sebenarnya stream ni. Berjalan punya berjalan, langit makin gelap and tengok jam dah pukul 7.

And masa ni, Aliana tetiba ada kawan baruuu. Nak tahu apa?


Hotpack beli kat Daiso hahaha.

Untuk orang Malaysia yang waktu tu tengah panas sampai 37 degree, tiba-tiba sampai negara orang yang tengah 10 degree, manalah tak terkejut. Benda pertama yang terlintas bila tengok tangan sendiri merah macamtu, teringat tangan Woo Bin dalam The Heirs. Punya la aku pelik asal tangan dia merah gila! Haaa dapat dah jawapan diaaa. Memang sejuk wehhh. Tapi macam biasa la. Fefellling lagi bila dah bukak hotpack tu sebab dalam drama kan selalu je ada scene yang Hero akan acah acah tak kesah Heroin sejuk. Sekali suruh hulur tangan, letak hotpack. AUWWWWWW hahahhaha. Drama memang memberi impak kepada diriku ketika di sana haha.

Dah pukul 7 macam tu, kiteorang cepatkan langkah. Akhirnya jumpa jua.

 Chenggyecheon Stream


*Nampak tak bulan penuh kat belakang?! Cantek kan! 

Dah puas tengok Stream, semua dah tak tahan. 

"Kita masuk kedai ni kejap la. Minum Hot Choc share ramai-ramai."

Masuk je alahai perasaan minum Hot Choc dalam keadaan yang sejuk sebegitu! Romantik sangat haha. Tapi apa yang mataku perhati, orang dalam Coffee Shop tu termasuk la Oppa kat kaunter. Kenapa semua bisa membuatkan hatiku bergetar hahaha. 


Dan perjalanan kami untuk hari pertama berakhir la di situ dan balik ke Bong House dan masak lauk Brahim yang ada dengan beras 1 kg yang Siti bawak dan melantak.

Habes melantak, pengsan! Hahaha. Sangat la unhealthy.


So untuk hari ini, itu shj. Day 2 akan bersambung pada esok hari.



xoxo,
AlianaRahim.




Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 4- Hongdae + Ewha Woman's University

26.3.2016(Sabtu) So, di sebabkan dah Sabtu, so kiteorang memang avoid untuk pergi tempat-tempat yang memerlukan tiket masuk. And di sebabkan ituuuuuu.. KAMI KE HONGDAE DAE DAEEEE hihi. Yang aku tahu, Hongdae di ibaratkan jalan anak anak muda la gituw. Dengar cerita memang akan penuh street performances  weheee. So sebab dah 3 hari berturut-turut kejar masa, kejar train dan sebagainya, untuk hari Sabtu ni, kami pun macam lalalalalala relax la sikit. Tak kejar apa apa just chill jalan Hongdae and bila spot anything, masuk kedai, ushaaaaa la sepuas hati kan haha.  *uuu uuu tengah nak siap siap*  *BANANA MILKKKK! I rindu dengan Youu! EHHH my baby pun terselit kat situuu..hihi siapa nampak siapa nampakk haha*  *Siti dari Everland lagi mintak nak makan cotton candyyy. Haaa dapat jugakkkk.*  *Kat situ kalau nak kenal fashion anak muda dieorang, haaa boleh la. Memang tak lari la dari apa yang nampak dalam drama. And ada jugak yang still pa...

Day 3 - Everland

25.3.2016 (Jumaat) YA AMPUN! Gelabah gelabah bangun terus siap siap keluar rumah dalam pukul 11..again. Aigoo. So, plan awal, kiteorang nak guna Deasung Tour yang bawa kiteorang naik bus dia seawal 9.30 pagi dah kena cacak depan train station. Tapi dah jadi macamni haha.. So... Naseb baik sebelum pergi memang dah pernah buat research macam mana nak pergi sendiri ke Everland. Tak susah. Serious. Lagi pun kalau pergi sendiri boleh la stay sampai malam. Kalau pkai tour, mostly pukul 7pm suruh kumpul dan balik. But kalau korang interested in using a tour, ye la mana tahu boleh exchange number dengan foreigners yang lain dalam bus tu kan, haha apa salahnya. Sila rujuk di laman web Everland ya. Penuh dengan pelbagai jenis tour yang boleh anda pilih gituwww. So, kalau menggunakan jalan hidup sendiri, ini diaaaa Hyehwa Stt -> Dongdaemun History(T)Stt ->Gangnam Stt Cari bus station belah kiri and tengok dekat situ, ada tak tulis perjalanan untuk bus #5002. Kalau ada, yes ...