Skip to main content

Day 5- Namdaemun + Myeongdong

27.3.2016 (Ahad)

Haluuuuu apa khabar semuanyaaa hihi.

Cerita untuk harini maybe certain orang akan alooooo, ada orang akan yeayyyy haha.

But apa apa pun, nak cerita gak. Harini adalah hari kami shoppinggggg wehehehe.

And masa nilah hidup dah serba kekurangan aduhai.

So, plan kiteorang sebenanya nak cover SEMUA market yang ada tapi rancangan hanya rancangan haha faham tak maksudnya tu haha. Rasa lepasni kena lantik sorang jd time keeper and bawak alarm clock rumah paling annoying sekali letak kat beg biar satu market dengar haha. Takde la. Tahu la perempuan bila dah nampak itu murah ini murah. Jadi macam ish cukup ni, berbaloi ni, eh kat Malaysia takde ni haha. Haaaa last-last

"Weh kenapa duit aku tinggal nih?"

Kenapaaaa di persoalkan pulakkk kan haha.


So, ini la diaaaa, NAMDAEMUN Market.

Hyehwa Stt->Hoehyun Stt

*Haaa nak pegi Namdaemun Market, turun dekat Hoehyun Stt yaa kanak-kanak. Kalau cari stt Namdaemun sampai ke sudah tak jumpa tau! Memang tak wujud Namdaemun Stt ke apa. Turun Hoehyun Stt kayyy.*

So, ini diaaa. TADAAAAAA









Aku dah pasang niat nak bawak balik satu seluar Ahjumma yang selalu Running Man dok pakai tu. Nak try kalau pakai boleh jadi macam fashion or disaster haha. Of course la disaster kan haha. And dekat sini, tahan je la semua yang ada. Memang terasa nak borong semua. Sebab masa ni la kita akan teringat orang tercinta dekat Malaysia. Banyak benda boleh bawak balik bagi orang. Sebab tu jadi lama sebab fikir satu satu nak beli apa untuk siapa. Thats why laa haha alasan.

So dekat sini, aku borong bookmark banyaakkk gila untuk jdikan souvenir. Selain tu ehewhewhew, iteww beli calendar So Ji Sub satu, file So Ji Sub dan tak di lupakannnn, Top punya card holder oh yeah!

Masa nak bayar tu, aiii betul ke ni. Yelah total untuk 3 benda tu dah 12,500 won. Aii ini boleh tahan gak ni. Boleh dapat 12 stokin nih haha tapiii fikirkan takpe Aliana, kat "MALAYSIA TAKDE" punya konsep, MEMANG TAK INGAT LAAAA DUIT KEPERLUAN HIDUP TU KANN . Haaa ingat balik geram dekat diri sendiri kejap haha. Tapi takpe. I guna jewww dekat office. Setiap hari So Ji Sub tenung I masa buat kerja. Setiap hari dia menemani diriku yang ada kalanya kesunyian pehhh ini merapu apa nih haha. Okay proceed!



 *Haaa rasanya ianya sejenis serangga tapi tak dapat identify apa. Nampak dekat variety shows je. Tapi memang tak la beli kan. Baik aku beli lagi satu calendar Big Bang ke apa kan haha okay okay tak.*





 *HAAA lupa nak cakap. Sampai sini, jangan terkejut bila orang Korea sendiri pandai cakap Melayu. Bukan main terkejut la kan bila dia

"Masuk masuk. Kalau mahal, saya boleh bagi murah."

Pehhh bravo! I suka taktik you berniaga..dan sebab tu jugak aku masuk kedai dia and spend tak ingat dunia. Tapi takpe. Demi orang Malaysia, tutup mata sikit la bayar haha.

TAPI, apa yang nak ku sembangkan adalah mengenai abang di bawah iniiii. Ceit terus panggil abang & tanak cakap dia Oppa kan hahaha.


So, abang ni, bagi aku lagi DAEBAK! Dia boleh cakap bahasa kita dengan terang dan nyata. Bukan setakat tu. The reason kenapa aku tertarik untuk pergi dekat dia sebab

"Haaa mari mari. Qu Puteh Qu Puteh baru la putihhh."

AKU DAH HUHHHH. MANA KAU TAHU TAGLINE FOFULAR TU LA SEHH. Orang Malaysia je kot yang tahu pun. Tetiba, dia buat aku terkejut lagi..

"Mari sini adik. Abang sado di sini."

Aku dah wehhh " Abang Sado" tu memang tak kelaka haha. Asal kau tahu kan. So memang dah stuck la dekat situ sebab keep on amazed dgn dia. Yang tersangkut sekali, Mommy Ainil haha. So kiteorang dua pun tengok la apa yang dia nak buat nih. Dia sejenis kuih tradisi Korea. Dari serbuk madu yang di sembur air and jadi keras. But dia tetiba keep on tarik madu tu and tetibaaa fehhhh madu yang keras tu, jadi macam rambut. Alaa susah nak explain but serbuk dah tuka keras, jadi lembut balik and jadi halus macam rambut! Haaa macam tu la kan bayangan dia.

So, belilah 2 kotak sorang and sbb kiteorang mengada mintak murah andddd lama gila nak decide haha, so dia bagi satu kotak free hahaha. Sekotak bersamaan 5000 won. OH! Lupa DIA CAKAP DIA MICHAEL ANG! hahaha itu aku gelak betul sebab...macam ada iras Hahahaha. But serious, memang ada iras.And last-last tu aku tanya la mana tahu semua tu. Qu Puteh la Abang Sado la.


Dia jawab yang dia sendiri nak belaja everything pasal Malaysia. Dia akan belajar tak kesah sependek mana pun ayat tu. And dia siap tunjuk buku yang penuh dengan bahasa kita yang dia tengah belaja. Ada yang dia study dekat u-tube. So I was like, WOW kagum! Memang la salah satu cara dia berniaga, but at the same time, bagus lah dia ada initiative nak belajar bahasa kita.

So, Abang Sado, sila berniaga dengan penuh senyuman itu ya :)

Jadinyaaa, bila dah habis shopping di sini, marila kita berkunjung ke mana..

KE MYEONDONG!!!

Hoehyeon Stt->Myeondong Stt

Kalau Namdaemun Market lebih kepada barang-barang untuk di bawa Malaysia, market yang seterusnya tak jauh jugak bezanya.
So, untuk the next market, which is Myeondong Stt, adalah market yang penuhhhhhhhhhhhh dengan barang kecantikannn gituww! Kalau bawak lelaki memang jenuhhhhh nak tunggu perempuan habis shopping dekat sini. Good luck la ya kalau agak-agak ttbe dah sampai hari

"Okay Abang. Jom kita pergi Myeondong!"

Hahaha cakap awal-awal boleh bawak buku kot nak tunggu habis pilih barang apa nak buat stok haha. So ini diaaaa, Myeondongggg!


So, bila dekat sini, spend la cukup cukup sebab memang murah gila nak cakap apa lagi kan. Dah memang dekat Korea, jual barang dia, hmph tak payah la. Memang murah haha. So datang Korea,letak tepi siap-siap berapa korang nak spend dekat cosmetics semua tu kay. Jangan dok rakus sangat dekat Namdaemun lepastu sampai Myeondong, nangis sorang-sorang bila duit dah sikit haha. But takpela. Naseb baik jenis bukan membeli barang makeup. So takde rasa sangat pun la hihi.


Oh! Okay! Dekat Myeondong, boleh tumpang solat :)

Di Saffron Restaurant dalam Ibis Hotel. Dia memang kedai makan tapi mungkin niat dia untuk beri kemudahan untuk orang nak solat kan. Sebab memang luas jugaklah space untuk solat tu. Rasa ada toilet dekat kedai tu. Tu la tak berapa sure sebab kiteorang amek wudhu' dekat toilet lain sebelum sampai. Sesat jugakla sebenanya cari si Saffron ni. Bayangkan dengan ramai orang, nak jaga wudhu', jaga la elok elok daripada tersentuh orang kan. And nak tahan lagi satu benda dari terbatal haha pun mencabar jugak. Ye la bukan main jauh jugak tersasar mencari haha. So nasihat, Ibis Hotel dia berdekataan dengan Lotte Department Store. So kalau dah nampak Lotte depan mata, cuba cari Ibis Hotel and masuk kay. Dalam tu akan jumpa Saffron. And anddd kalau korang memang nak mencari makanan berat yang halal, haaa boleh la makan terus dekat Saffron Restaurant tu. Naseb baik dia memahami perempuan 4 ketul ni tak berduit kan hihi. Mekasih bagi tumpang solat :)




So, dekat Myeondong ni, makan tak susah. Alaaa macam dekat ig HanisZalikha pun korang boleh tahu kan mostly makanan yang dia post kat Myeondong. Sebab memang banyak tanda halal dekat situ. So sila la try. Bila lagi kan :)





 Must try! Sedap woh Croissant nih! Gua pilih perisa sweet potato tak silap. Wehh sejuk sejuk makan benda panas yang gebu gebu penuh sweet potato, alahaiiii dapnyeww. HAAA INI LA ANTARA SEBAB TAKBOLEH NAK MOVE ON! Aigooo.






HAAA! Selalu dengar kan Nanta Show yang famous tu! Nampak tak dekat gambar bawah ni. Ada tertulis Nanta? Haaa dekat sini rupanya tempat tu. Alahai senang sangat nak cari haha. Memang betul-betul bersebelahan H&M. If ada duit yang lebih, pergi la woi! Orang kata memang best. Tapi tu la. Tix dia memang budak hingusan smua tak mampu nak allocate kan hihi. So siapa yang berkemampuan tu, lai lai lai pi tengok Nanta show.



So, bila dah tengok semua kedai dah mula tutup, kami pun beredar la juga. And nak balik tu, nampak pula Namsan Tower heheh. Antek :)




* So ini dia jalan masuk dan keluar dari Myeondong. Turun station memang terus sampai. So takde masalah insyaAllah,*

Jadinya, kami pun pulang laa sebab time tu memang sejuk tak terkata and perut macam biasa la dah lapaaaar gila sebab harini tak pack lunch pulak, Just alas perut dengan makan benda-benda kecik tu la.

p/s: kat sini la ada owner kebab , aaa Korean pls bg business card dia. Kenapa laa aku takde business card nih! Kalau tak dah boleh terus... haha. Ini dapat dekat aku, memang tak jadi apa la kan. So, sesiapa yang interested dengan single Oppa yang jual kebab, sila la cari gerai dia berdekatan dengan area Ibis Hotel tu . Bak kata staff dia dekat situ, He is single, nice and rich! :)

Selamat maju jaya mencari Oppa tu ya haha.

So, itu shj untuk harini.

Episode 6 akan bersambung dan bertahan la dengan gambar-gambar yang bakal di letak sebab esoknya sememangnya hari photoshoot kami hahaha.

So, good night :)

xoxo,
AlianaRahim

Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 6- Gyeongbok Palace + Bukchon Hanok Village

28.3.2016 (Isnin) Post kali ni lebih kepada kecantikan South Korea sendiri :) Mungkin perlu jugak la kan some description but gambar pun kadang-kadang boleh berbicara sendiri ecewahhh haha. So, kalini kiteorang decide untuk pergi ke Gyeongbok Palace. Palace yang berada betul betul di tengah bandar Seoul! Perjalanan kami seperti biasa akan bermula dari Bong House Hyehwa Stt ->Dongdaemun Stt(T)->Jongno(3)Ga Stt(T) ->Gwanghwamun Stt (Gyeongbok Palace) *Yup banyak sikit Transfer Station dia. Bertahan yaaa* SO, sampai je dekat Gwanghwamun Stt, terus nampak ni! LOCATION BABY TOP I BERLAKON! Saranghae Top Oppa! Haha. Pandai tau tetiba letak besar besar Iris nih. Ye lah suatu ketika dahulu, cerita ni famous gilos kot! Dan ini pula, King Sejong yang di katakan di situ adalah King yang berjaya mencipta tulisan Hangeul mereka. Haaa kiranya memang di ingati oleh setiap Korean lah. Ini la bapa tulisan Hangeul mereka gituwww. And bila berjalan ke depan si...

EP 2 : Seperti Anjing Dengan Kucing (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 2 SEPERTI ANJING DENGAN KUCING Maksud: dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu.             Jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 2 petang. Bella yang sememangnya susah untuk melelapkan mata di dalam kenderaan mula tercelik. Aku yang baru sahaja menghirup air kosong dari botol brand Tupperware begitu terkejut di kala mata Bella terbuka dengan tiba-tiba. Tersedak di buatnya. Bella terus membetulkan rambutnya dan menepuk belakang aku dengan tangan kecilnya itu. Aku masih lagi terbatuk sambil tersenyum melihat betapa matangnya budak berusia 5 tahun ini. “Baiknya Bella. Pandai eh gosok belakang ibu bila ibu batuk.” Bella tersenyum sambil berkata. “Nenekkan selalu batuk. Atok yang ajar Bella suruh gosok belakang nenek.” Aku tiba-tiba terasa satu perasaan yang sebak. Pengorbanan dan kasih sayang di limpahkan oleh kedua ibu bapa sememangnya tidak boleh di sangkal lagi. Mereka pasti aka...