Skip to main content

Day 3 - Everland

25.3.2016 (Jumaat)

YA AMPUN! Gelabah gelabah bangun terus siap siap keluar rumah dalam pukul 11..again. Aigoo.

So, plan awal, kiteorang nak guna Deasung Tour yang bawa kiteorang naik bus dia seawal 9.30 pagi dah kena cacak depan train station. Tapi dah jadi macamni haha..

So...

Naseb baik sebelum pergi memang dah pernah buat research macam mana nak pergi sendiri ke Everland. Tak susah. Serious. Lagi pun kalau pergi sendiri boleh la stay sampai malam. Kalau pkai tour, mostly pukul 7pm suruh kumpul dan balik. But kalau korang interested in using a tour, ye la mana tahu boleh exchange number dengan foreigners yang lain dalam bus tu kan, haha apa salahnya. Sila rujuk di laman web Everland ya. Penuh dengan pelbagai jenis tour yang boleh anda pilih gituwww.

So, kalau menggunakan jalan hidup sendiri, ini diaaaa

Hyehwa Stt -> Dongdaemun History(T)Stt ->Gangnam Stt

Cari bus station belah kiri and tengok dekat situ, ada tak tulis perjalanan untuk bus #5002. Kalau ada, yes sister brother, you're in the right track!






*so nanti nampak bus ni, naik okay! Nak pastikan, haa nampak tak dia tulis Everland ats tu. Haa selamat dah tu.*

And sesampai shj di sini, anda kena ready kan duit entrance and ada discount for foreigners juga. Dan kali ni, kena rajin sikit eh. Pergi main website Everland and tunjuk dia discount pass tu kay. And with that, entrance for sang foreigners 36,000 won daripada 52,000 won. Banyak tu beza!

So dalam Everland, menjadi gila la kan. Haha sebelum apa apa pun, decide untuk naik ride apa. Di sebabkan Everland ni cukup seimbang untuk adults and children, so boleh la pilih ikut siapa yang dengan kita. Di sebabkan kami semua ehem adults hihi so of course focus extreme ride. And yang paling di nantikan : T-express. But before that, ini la diaaaaa EVERLAND, SOUTH KOREA.

















OH! Kalau korang pencinta bunga macam Siti, mesti korang sukaaaaa gila tengok bunga-bunga dekat sini. Sebab nampak la betapa excitednya Siti mintak amek tu amek ni haha. Okay Siti aku tahu kau cintakan bunga bunga tersebut hahaha. Kalau orangnya macam Aliana, lalu tepi bunga " Oh cantek." HAHAHA itu je mampu cakap. Tkdela memang cantik tapi..okay dah dah. Siti kau baca ni jangan marah aku kayyy. Aku tak kata apa pun pasal bunga-bunga kau hihi. So ini lah dia hasil tangkapan bunga-bunga tersebut.

















 *Siti dan bunganya...*





 *siapa nak mengorat Siti, pastikan bawak dia dekat taman bunga. Comfirm suka hahaha jangan kecam aku Siti kihkihkih.*


*Sampai Mommy pun terjebak! HAHAHA*


So, misi mencari T-Express wohoooooaa! Dengar pasal T-Express ni antara roller coaster yang patut try lah. And apa aku boleh cakap haihh jap eh. Nak amek mood ingat balik perasaan tu. 

*map sememangnya payah sikit nak memahami hahaha. Eh pls pls Everland ni besar okayy. Pftt alasan hihi*

Dan akhirnyaaaa!










*T-Express*

Okay dah ingat dah perasaan try benda ni. Satu benda yang boleh aku ingat ialah : MACAM KENA BULIIII! nak nangisssss hahaha. Ini serious weh! Kiteorang pergi masa tu cuaca agak sejuk sebab dia kan dalam hutan sikit Everland ni. Tu satu, cuaca dia memang dah sejuk masa kiteorang tengah beratur nak main ni pun. Oh masa ni, kiteorang beratur dalam satu jam jugak lah. 

Fun fact about T-Express :

Height56 m (184 ft)
Drop46 m (151 ft)
Length1,641 m (5,384 ft)
Speed104 km/h (65 mph)
Inversions0
Duration3:12 (riding time)
*Fun fact sangat kan hahaha. Kau rasa apa perasaan masa naik tu hahaha.*

Okay tak muda mudi la kan tak cuba. So memang naik lah. Pengalaman naik roller coaster semua akan ada .. alahai susahnya nak explain. Okay jap.

 Haaa ada strap dekat satu bdan kita!

Tapi yang si T-Express nih.. dia macam ni je!


Ya Allah. Dah la the fourth steepest wooden roller coaster in the world. Lepas tu KAU BUAT SEAT KAU MACAMNIIII. Trauma weh trauma hahahaa. Tapi aku rasa, aku je yang macamtu. Dieorang semua suka je. Korean depan aku tu siap boleh angkat tangan wehhh alahaiii. Aku nak angkat muka pun dah tak boleh wehh. Laju gilaaa alahai ingat balik terasa kena buli tu datang balik ahhaha. Tapi apa-apa pun, recommended lah! Rugi la masuk Everland mahal mahal tak try benda ni. And kalau korang nak muka korang di record, ada one booth before masuk untuk beratur tu. Sorry tak sempat tengok berapa pulak price nak suruh dia record muka kita tu. Tapi aku tak menyesal pun tak beli video tu ahahah sebab alahai boleh jadi bahan bukti pengecut sangat haha. Video tu nanti dengar

"Ya Allah. Ya Allah!"

HAHAHAHAHAHA. Alahai gua rasa gua dah tua la. TAKKK TAKKK bukan sebab aku tua ke apa. Sebab seat dia macam tu!!! Kalau biasa punya, gua takde hal sebab boleh pegang kuat kuat dekat besi tu. Ini tak tahu nak pegang mana and bila masa nak turun tu, aku ingat lagi, kaki tangan semua dah ready ketatkan dekat mana-mana yang boleh, sekaliiii bila dia turun, semua kaki tangan macam nak terkeluar dari seat tu wehhh! HAHAHAHA. Tolong la jangan ingat kembali rasa dia tu. Nk tengok sndri video T-Express ni macammna, haaa pi kat utube, belambak! 

Nasihat : Hadapi dengan penuh ketenangan okayyy. Be strong! Kita muda sekali je haha.


*T-Express : checked :)

So lepas kena torture, cari ride lain jadi macam susah la. Sebab kau dah naik paling takut lepas tu baru try yang lain kan. So cam ecehhh berlagak betul bunyi! Ride lain pun boleh tahan takut jugak tak tipu. Cuma tu la kan, penangan T-Express, buatkan diri jadi berani la bila nak try ride lain. Haa sebab tu kena try. Lawan rasa takut dalam diri. 














And don't worry sini pun ada prayer room yang lengkap dengan ambil wudhu'. Cumanya dia campur lelaki perempuan, so pandai-pandai la hidup ya hihi. Cerita dalam prayer room biar kami berempat je tahu hahaha.


Oh! Kiteorang stay dekat Everland ni sampai malam sebab nak jugak habeskan ride yang ada. Satu benda yang macam alaaa huhu tak sempat nak jumpa kawan lama dekat Zootopia hahaha. Tapi memang orang kaa Zootopia dia best ah! Jangan underestimate a Zoo pls ishhh.

So, nasihat dan pengajaran, untuk pergi Everland, sila bangun seawal yang boleh dan sampai tepat masa dia buka ya! Baru sempat..insyaAllah. Nak selamat, plan pergi weekdays okay. Weekend tu haa tahu je la kan macammna.

And, sebab stay sampai malam, sepanjang dekat Korea, malamtu la paling sejuk sekali pernah rasa. Sampai tangan tak rasa dah. Ini cerita betul. Masa Maryam mintak tolong bukak zip beg dia, weh macam kena toreh huaaaa sejuk sangat. Dekat Malaysia punya panas masa ni, kiteorang sampai kena duduk dalam satu hut yang penuh dengan heater hahaha. Punya tak tahan. But, it was so memorable and malam-malam nampak la siapa je yang tinggal. Of course la couple! 

Ada lagi cerita pasal couple haha tapi kalini just nak kata boyfriend dia handsome gila tu je hahaha. Nampak macho and cam gah la kan, tapi alahai baiknyaa layan awek dia. Tapi tu la. Itu memang Korean Guy la rasanya. Memang dieorang tak kesah layan awek dieorang sebaik tu. Tak kesah sebab takde orang pandang semacam pun. Sebab semua lebih kurang sama. So, yang kami ni, mampu layan je la drama dieorang dalam hut tu haha.

And kiteorang termissed fireworks sebab tak tahu pun ada show dekat bawah. Dalam internet kata every weekend je ada so tak expect apa-apa. Sekali dah nampak fireworks and cepat-cepat naik cable car nak turun. Sekali turun..weh dah habes! Pftttttttt so patah lah balik jalan kaki naik ke atas. Masa tu tak tipu terasa macam daki Everest! Hahahah okay tipu la kan. Tapi serious, masa tu 0 celcius tau. Dengan bekalan hotpack dah hbes, daki bukit nak keluar dari Everland. Haihhh memang tercungap la jugak and memang masa tu teringat je dekat pendaki gunung yang sedia ada. Aliana bangga dengan korang. Daebak!

So balik tu, amek bus #5002 balik and insiden terjadi. Kad T-Money tak jumpa letak mana! Siti dengan Mrym dah selamat naik. Naseb baik Ainil sebelah aku tunggu aku and tiba-tiba bas tu bergerak. Aku punya "WAIT WAIT!" 

Haaa Ahjussi tu dah marah marah la nape tak naik kan. So bila aku duduk tu, sibuk lagi mencari alaaa mana pulak kad nihhh! Ahjussi dah suruh aku tap T-money sekarang sekarang! Aduhhh aku makin basah ketiak kena marah macamtu.

So, dengan pertolongan Ilahi, akhirnya jumpaaa! Fuhhhhhh. Selamat.


Jadinya, nasihat dari saya, kau keluarkan dulu T-Money before nak naik bus okay! Kang free free Ahjussi bagi lecture hahaha. Mianhaeyo, Ahjussi!

So sampai di situ sahaja pengalaman dan cerita di Everland.

Episode 4..akan bersambung.

xoxo,
AlianaRahim.

Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 4- Hongdae + Ewha Woman's University

26.3.2016(Sabtu) So, di sebabkan dah Sabtu, so kiteorang memang avoid untuk pergi tempat-tempat yang memerlukan tiket masuk. And di sebabkan ituuuuuu.. KAMI KE HONGDAE DAE DAEEEE hihi. Yang aku tahu, Hongdae di ibaratkan jalan anak anak muda la gituw. Dengar cerita memang akan penuh street performances  weheee. So sebab dah 3 hari berturut-turut kejar masa, kejar train dan sebagainya, untuk hari Sabtu ni, kami pun macam lalalalalala relax la sikit. Tak kejar apa apa just chill jalan Hongdae and bila spot anything, masuk kedai, ushaaaaa la sepuas hati kan haha.  *uuu uuu tengah nak siap siap*  *BANANA MILKKKK! I rindu dengan Youu! EHHH my baby pun terselit kat situuu..hihi siapa nampak siapa nampakk haha*  *Siti dari Everland lagi mintak nak makan cotton candyyy. Haaa dapat jugakkkk.*  *Kat situ kalau nak kenal fashion anak muda dieorang, haaa boleh la. Memang tak lari la dari apa yang nampak dalam drama. And ada jugak yang still pa...