Skip to main content

Road Trip :)

Helloooo hihi dah hilang dah pace everyday nak update kan. Sorry la ya. Ada kawan kahwen la bruhh. Acano kan.

So macam biasa, IG tak sesuai sebenanya utk orang orang mcm I yang suka bebel nih. Nanti orang cakap bagi karangan kan~

Hahaha.

So, 23/4/2016 hari bersejarah untuk Suliana Haslan aka KOMUNIS BERSIRI hahahah. Sebelum kita perkenalkan siapa laaa sebenanya komunis nih hahaha, itewww nak post yang ni dulu.


Thank you Iman sebab sanggup offer diri nak tunggu aku balik office. Hahaha walaupun lambat gila kita sampai and sesat sesat sebab aku neves tengok waze hahaha, kau chill je. Eceh padahal dalam hati dah "aiii perempuan ni. Waze dah bagi direction pun boleh salah." HAHAHAH. I'm sorryyy sebab I'm not good with maps hahaha.

And kelajuan road trip dengan Joe Jonas nih, depends on cerita. Kalau cerita cerita deep sikit aku tengok mesti 100km/hr hahaha kalau tetiba dah habis cerita, terus 140km/hr kan hahaha.

So thx again. And ye laaaa, bak kata mak Suli, kau kan adik aku.. pftt! Tua ngat! HAHAHA.

Okay dah dah pasal Joe nih. Kita teruskan haha.

So, ini la diaaaaa Komunis Bersiri tu!

Tak komunis langsung kan muka dia! Kau tunggu dia bukak mulut hahaha. Satu dunia gegar wehhh hahaha. Dia la kawan Segamat aku yang aku rasa dia sangat pelik..masa awal awal Suli. Masa awal awal haha. Sebab dia nih dulu, roommate Siti. So masa induksi nampak la dia selalu dengan Siti and dia boleh tengah msg msg dengan pakwe dia, ttbe tertido. Lentuk dia bukan main chantekkk lagi dalam dewan tu hahaha.

And Suli nih, haihhh dia la orang paling positive walau ribut taufan melanda. Kau baling la kerusi, meja, batu, ke mende ke, dia tepis macam takde apa. Senang cerita dia, sangat tabah dan kental! Itu aku tabik sangat dekat Suli nih. And sangat business minded. Semua benda dia nampak as her opportunities and bagus tu Suli. Mana tahu di masa hadapan kelak ecehh kau akan menjadi businesswoman yang berjayaaa kat JB kann.

So, Suli. Aku harap kau dengan Wan sentiasaa dan sentiasa ada untuk each other. Macam mana korang sentiasa ada sepanjang korang kenal. And aku tahu Wan mampu lead kau dalam kehidupan baru kau walaupun kau komunis bersiri hahahaha.

And last word, take care and good luck okay:)

So ini la dia rupa bridesmaid acah acah wane PINK BELACAN! HAHAHHAA


 *Sorry laa. Ini pink belacan yang mampu aku dapatkan aahaha. Sampai sampai terus kena marah.."Mende kau nih Aliana. Kata nak pakai pink belacann. Ini peachhhh!" Ahahaha sorry sehhh.

*So ini rombongan penuh dari Shah Alam*


And sorry la Abang Cameraman. Abang nak kiteorang lari, sekor sekor heels macam hape. Sekat dalam tanah, jatuh, abang upload kat Beautifulnara hbes viral. Kesian kawan kawan saya ahhaha.


So hbes photoshoot, gerak ke Tanjung sajeww nak usha usha tempat. And balik terus bersiap nak pi makan besarrr punyaaaa tapi alaaa tak de gambar plak makanan kiteorang order.

Yang ingat dah habes masuk dalam perut. Hahha. Ada ikan alaaa fail ah nama ikan, udang celup tepunggg and tomyammm.

Berborak laa bukak cerita itu ini..termsuklaa bukak cerita pasal aku kat Korea. Aii suka Mrym suka hahaha. Okay la fair laa. Aku bukak cerita dulu kat Iman masa road trip dengan dia tu hahaha.

And highlight of the dayyy, waduhhh, habis je makan konyang konyang nih, ai seh mannn ajak karok la weh haha. Apa lagiiii kan haha.


Dalam bilik karaoke , mula mula semua bukan main malu lagi..tapi dah sampai part lagu favourite keluarrr, hmph buat konsert! Sampai ada yang menyanyi punya hayati sampai pandang dinding nak sampaikan notes tu ahhaha. Yes Hazim I'm talking about you! HAHAHAHA. Feeling dia pehhh tip top bruhh gua cakap sama luu. Haha dah dah tanak sambung apa apa lagi. Nanti create war plak dengan dia nih. Hihi gurau Hazim gurau.

And suara masing-masing alahai dapnyewww syahdu je iteww dengar. Part lagu menjerit seperti Helena, Mengapa dannn Romancinta pehhh itu palinggg hahaha aku tak akan lupa. Semua macam nak pecah anak tekak try tu nak sampaikan notes. Bravo people bravo!

So ini la diaaaaaa, merekaaaa

*Hazim...gigi kauu nampak macam..HAHAHAHA*


SOOOOOO, esknyaaa kiteorang nak balik la kan. Tapi pit stop alahaiii bukan main banyak lagiiii. Sampai nak pecah perut makan itu ini. Tapi baik hatinyaaaa, setiap pit stop tu, ada shj yang belanja anyonyonyoo mekasihh.

So ini la diaaa. Muka muka pelahap.




Dannnn ini post yang bawah ini harapnya banyak banyak bersabar dengan aksi aksi nya haha.

Pantai Klebang yang  fofularr dengan pasir pasir untuk gambar hipster nih, pada mulanya aku dah weh,asalll weh asalll. Pasir je kot. And perjalanan nak ke sana, kalau jalan kaki amek masa 25 min tau weh haha. So siapa yang tak larat tu bayo laa abang tu sorang rm3.

Dan sepanjang perjalanan tu, memang banyak laa pit stop pit stop kan..dan sesampainya je ke hujung dan daki laa pasir pasir tersebut.. weh memang tak menyesal. Lupakan laa keringat dekat ketiak tu sebab masa kiteorang sampai tu cantek je tengah sunset. So memang cantek laa gmbanya. And bila tengokk semua seronok pose sana pose sini, dengan 3 beruk lelaki dok main lari lari dari satu pasir ke satu pasir hahaha membuatkan aku rasa, ini kena pegi seh dengan kawan kawan. Lagi ramai lagi best la kau berlonggok rmai rmai kan haha.

So anyhow, ini laaa antara photoshoot yang terhasil. Dan mungkin akan menjadi ikutan ramai hahaha.

p/s: Miza kata lagi 2 bulan nak tutup haaaa so apa lagii. Mai pakat turun ramai ramai la yaaa haha.



 *AMER!!! Hahahahahha*




 *Dan boleh juga guling guling sampai lebam. Haha*

 *Ini la dia aktiviti 3 beruk tu haha*

 *Pastu penat semput hahaha*

 *Che Ta/ Yuna hahaha*



 *The key to make a hipster pose is acah acah tak pandang camera gituwwwww haha*









So itu la dia. Sebab nak patah balik tak larat, bayo laaa rm3 sorang. Tapi best! Hihi.

So, dalam 2 bulan ni, ada kesempatan, apa salahnya kannn. Ajak orang orang kampung buat riuh tempat tu haaa baru syiokk haha. Dah kawen nanti memboyot tak dapat pulak kan nak buat macamni haha. So muda hanya sekali dan enjoy :)



And reality is far more better than fantasy because of one reason. Because it's real :)

xoxo,
AlianaRahim

Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 4- Hongdae + Ewha Woman's University

26.3.2016(Sabtu) So, di sebabkan dah Sabtu, so kiteorang memang avoid untuk pergi tempat-tempat yang memerlukan tiket masuk. And di sebabkan ituuuuuu.. KAMI KE HONGDAE DAE DAEEEE hihi. Yang aku tahu, Hongdae di ibaratkan jalan anak anak muda la gituw. Dengar cerita memang akan penuh street performances  weheee. So sebab dah 3 hari berturut-turut kejar masa, kejar train dan sebagainya, untuk hari Sabtu ni, kami pun macam lalalalalala relax la sikit. Tak kejar apa apa just chill jalan Hongdae and bila spot anything, masuk kedai, ushaaaaa la sepuas hati kan haha.  *uuu uuu tengah nak siap siap*  *BANANA MILKKKK! I rindu dengan Youu! EHHH my baby pun terselit kat situuu..hihi siapa nampak siapa nampakk haha*  *Siti dari Everland lagi mintak nak makan cotton candyyy. Haaa dapat jugakkkk.*  *Kat situ kalau nak kenal fashion anak muda dieorang, haaa boleh la. Memang tak lari la dari apa yang nampak dalam drama. And ada jugak yang still pa...

Day 3 - Everland

25.3.2016 (Jumaat) YA AMPUN! Gelabah gelabah bangun terus siap siap keluar rumah dalam pukul 11..again. Aigoo. So, plan awal, kiteorang nak guna Deasung Tour yang bawa kiteorang naik bus dia seawal 9.30 pagi dah kena cacak depan train station. Tapi dah jadi macamni haha.. So... Naseb baik sebelum pergi memang dah pernah buat research macam mana nak pergi sendiri ke Everland. Tak susah. Serious. Lagi pun kalau pergi sendiri boleh la stay sampai malam. Kalau pkai tour, mostly pukul 7pm suruh kumpul dan balik. But kalau korang interested in using a tour, ye la mana tahu boleh exchange number dengan foreigners yang lain dalam bus tu kan, haha apa salahnya. Sila rujuk di laman web Everland ya. Penuh dengan pelbagai jenis tour yang boleh anda pilih gituwww. So, kalau menggunakan jalan hidup sendiri, ini diaaaa Hyehwa Stt -> Dongdaemun History(T)Stt ->Gangnam Stt Cari bus station belah kiri and tengok dekat situ, ada tak tulis perjalanan untuk bus #5002. Kalau ada, yes ...