Skip to main content

Day 4- Hongdae + Ewha Woman's University

26.3.2016(Sabtu)

So, di sebabkan dah Sabtu, so kiteorang memang avoid untuk pergi tempat-tempat yang memerlukan tiket masuk.

And di sebabkan ituuuuuu..

KAMI KE HONGDAE DAE DAEEEE hihi.

Yang aku tahu, Hongdae di ibaratkan jalan anak anak muda la gituw. Dengar cerita memang akan penuh street performances  weheee. So sebab dah 3 hari berturut-turut kejar masa, kejar train dan sebagainya, untuk hari Sabtu ni, kami pun macam lalalalalala relax la sikit. Tak kejar apa apa just chill jalan Hongdae and bila spot anything, masuk kedai, ushaaaaa la sepuas hati kan haha.

 *uuu uuu tengah nak siap siap*


 *BANANA MILKKKK! I rindu dengan Youu! EHHH my baby pun terselit kat situuu..hihi siapa nampak siapa nampakk haha*


 *Siti dari Everland lagi mintak nak makan cotton candyyy. Haaa dapat jugakkkk.*


 *Kat situ kalau nak kenal fashion anak muda dieorang, haaa boleh la. Memang tak lari la dari apa yang nampak dalam drama. And ada jugak yang still pakai baju samaa macam Reply 1988 weh! Omeyy je dengan rambut pendek macam Deok Sun*


 *Oh ya! Penuh foreigners jugak sini.*








 *Kat sini laa aku dengan Siti terputus hubungan dengan Kak Mary&Mommy Ainil. Aku tengah sibuk kumpul kumpul brochure kat dalam Tourist Info Station yang wane putih belah kiri tu. Sekali keluar, wehhh mana weh manaa.Nak jalan ke depan takut lagi jauh terputus. Smpai pergi masuk balik dalam Tourist Info tu tanya " Umm where exactly the road that you told them to go to?" Kesian staff dekat situ kena pulak bagi lagi satu map, explain pulak dekat aku, jalan yang dia tunjuk dekat dieorang. Hahaha ye la mana tahu menonong dah ke depan so cam okay la boleh la trace. Tapi rasa tak sedap hati. Nak ke tak ni jalan ke depan. Wiyo(internetbergerak) ada dekat Siti je. Macam mana nih? Tiba-tiba, nampak laaa dua mak cik turun dari tangga New Balance. Pi usha kasut rupanyaaa la haiii haha. Nebes okayyy terputus macamtu! Kang sorang ke depan, sorang ke belakang. Tak jumpa sampai ke sudah haha*





 * Ni spec tepi jalan jual 10,000 won cam dalam rm35 la. Not bad spec dia. Mommy Ainil beli kot! Nyesal gua tak beli. Sampai ke sudah wehh gua cam wehhh asal Aliana ASALLLL!*



So, bila lalu lalu, cammm eh cop cop cop. First thing yang nampak of course Oppa suit belah kiri tu. Ni asal ni ada mamat handsome tetibe nih haha. Tengok tengok rupanya dia kena tarik dengan si rambut kuning tu haha untuk tlg dia buat magic. Omey je dia malu malu bila kena buli. Si kuning tu suruh Oppa suit menari Gangnam Style baru jadi magic dia hahaha. Melayan je la kan Oppa pun. PEHHHH CAKAP MACAM KENAL SI OPPA NIH hahaha. But anyhow datang dekat Hongdae, just have some fun untuk tengok dieorang perform la. Sebab pelbagai.


Seeee. Banyak jenis performance ada dekat Hongdae. Yang bawah bawah ni semua antaranya. Yang kalau dance performance tu la cam ramai orang kerumun. Lagi lagi bila ada yang menari lagu Big Bang. Sampai kiteorang pun stuck dari awal lagu sampai habis haha.








So, dekat sini kiteorang makan dekat Istanbul Kebab. 5000 won untuk mix kebab&lamb kebab. Chicken kebab 4000 won tak silap.

Oh cara aku kira fikir pasal duit senang je. 1000 won dalam rm3. 5000 won dalam rm15. 10,000 won dalam rm35. Haaa so lepas ni bila sebut dalam Won, boleh tahu la ya agak agak spend berapa hihi.


 *Seolhyun ni famous betul lah! Merata muka dia shj. Like seriously! Pagi pagi keluar rumah nampak dia. Naik train nampak dia. Turun train lagi nampak diaaa. Asyuk ahh dia. Bagus bagus.*



*Oh Korean kuat pergi tilik nasib. Interested tengok signature siapa yang pernah datang je haha. But betul rasanya. Sebab merata ada tukang tilik nasib. Siap dekat Everland haritu pun ada sebenanya.*




Dan pabila wanita sampai ke tempat sebegini, Aliana start main camera hahaha. Takde la cuma focus tak berapa nak spend dekat makeup ni. Nak cari biasa biasa je hihi. So dalam kedai ni, ada satu cerita! Sebenarnya jumpa artis Thailand dekat siniiiiii! YAAAA ahaha tapi..tak tahu siapa hahaha. Aliana kot. Boleh rasa aura orang orang handsome ni. 

Bila toleh belakang, haaa kan betul! Terus cucuk Maryam 
" Weh aku rasa dia artis lah." 

Maryam layan tak layan sebab dia tengah aim satu liptickkk ni haha Kak Mary dan lipticknyaaa. Aku teruskan perjuangan nak tahu siapa dia nih. And lamaa cam tengok dia dari jauh, macam stalker haha tetiba, ada dua orang Korean approach dia, and mintak amek gamba! 

Dalam hati macam nak menjerit " KAN BETUL DIA BUKAN ORANG BIASA!" Sebab dia pakai memang ada gaya, tinggi dengan spec hitam dia tu. Tapi tu la cerita Thailand tak berapa nak ikut sangat. So tak dapat la identify siapa dia nih. Sampai ke hari ni eh tak tahu siapa haha. So sebab aku takde apa nak tengok dalam kedai ni (haha no offence kepada peminat kedai ni ehhh), aku pun start stalk dia HAHAHAHA tapi tarik sekali Kak Mary yang tak bersalah haha. Sebab tak puas hati tak tahu dia siapa. Oh yang tahu dia Thai pun sbb dgr orang yg slalu sblh dia cakap Thai. So cam ohhhhhh. Bila ikut dia tu, adalaaa sekali kiteorang jalan sebelah sebelah. Alahai handsome..tapi still tak tahu siapa.. pfftttttt!

So, ini la dia Style Nanda. Bak kata dieorang, concept macam FashionValet la. Kumpul satu tempat gituww.




So, masa ni kiteorang ni tak biasa lagi nak cari tempat solat dekat mana-mana yang sesuai. So nak jugak la cari tempat solat yang proper. Tempat dia bukan dekat Hongdae la. Kena amek train pergi Sinchon Station nak mencari 'Sinchon Masjid & Islamic Centre'. Cari punya cari ikut map yang di beri, tak jumpa. And tiba-tiba datang Noona nih dengan anak dan mak dia. Kiteorang approach dia agak agak dia tahu nama jalan tu dekat mana. Walaupun English dia tak berapa kan, dia still nak tolong jugak. Baik sangat . So bila dia tengok jalan tu dia macam confident but tiba-tiba dia bawak kiteorang dekat satu kedai ni. Gambar yang tertera di bawah ni la tempatnya. Rupanya dia pun tak sure mana tempat tu. And tanya la Ahjumma pulak dalam tu. Serba salah bila Ahjumma tu tiba-tiba keluar dari kedai nak bawak ke tempat tu. Dah la tempat tu berbukit. Dah cakap "Gwaenchanayo." Ecewahh haha tapi nak jugak kan tunjuk haihh baik sungguh.



Dan dengan jasa baik mereka semua, kami jumpa jugak Sichon Masjid nih! Tapi alangkah sedih bila ianya tutup. And Unni ni terus " Aaaaa mianhaeyo. Ottakae?" Aku boleh tangkap yang tu je la kan haha. Dia siap offer call kan number yang ada but off pula handphonenya. And dia terus lagi " Mianhae. Ottokae?" Kiteorang dah serba salah pulak dekat Unni nih. So siap berulang "Gwaenchanayo, Kamsahamnida" sampai lebam hahaha. Thank You, Sinchon citizen. Saranghae :)

 *Bukti Unni keep on rasa bersalah haha dan bukti Kak Mary tak hbes hbes Gwanchanayo, Kamsahamnida"

Jadinya, kami terus menuju ke Ewha Women's Uni untuk mencari juga tempat solat. IYEEE KITEORANG TAK BIASA LAGIII haha. Sebab ada baca yang Ewha Uni ada sediakan multi-religion room and biasanya Muslim guna. So cari la dekat mana but tak jumpa.

Tetiba aku confident " Weh ni ke?"

So, kiteorang pun naik la kan tempat yang bertulis "Prayer Room" tak silap. Ya ampun tak sure pulak nama dia. So confident la kan nak solat dekat situ. Sekali bukak pintu, EH?

Mommy Ainil terus jenguk and " Okay ni tak boleh. Bukan bukan."

Tempat Christian berdoa pula uhuhu. Punya confident hahaha.

So dah alang-alang tempat tu macam agak jauh dari semua orang, kiteorang solat je dekat area situ. And start dari haritu la kiteorang belaja untuk solat di mana sahaja yang bisa untuk mendirikan solat. Yang penting, sempurnakan tuuu. Gituwww.

So, ini la dia rupa Ewha Woman University :)





Dan cerita sedih bermula..

DAKU TERTINGGAL BEG MAKEUP KU DI SINI SELAMA-LAMANYAAAA :((((((

I'm soooo sorryyyyy Ameerah Amran aka my cousin yang tak putusputus menyokong iteww tulis blog dari jauh huhu. Sebab beg Harrods yang dia hadiahkan tu laaa yang hilanggg. Ya ampun gua nangis dalam hati tu teruk weh bila perasan esoknya makeup dah takde. Beg Harrods dah takde.


Sesiapa yang mana tahu pergi ke Ewha Uni ni ke kan, agak-agak mencari jugak ke Prayer Room tu hihi kalau nampak beg Harrods wane hijau .. OKAY DAH ALIANA DAH. Terima kenyataan di mana ianya sudah terkubur di tanah Korea selama-lamanyaaa.

So, episode 5 akan bersambung.
Nak masuk tidur nangis dalam hati sebab teringat balik kat beg huhu.

xoxo,
AlianaRahim.


Comments

  1. awak maksudkan solat depan tmpt prayer room ewha tu kan? boleh kan? dorang tak halaukan? blh tak awk email sy ttg prayer room tu thanks. or g kat sitinurzubaidahmf.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry ya saya baru terbaca comment awak. Saya tak solat depan prayer room tu tapi saya solat dekat tempat kosong yang ada dekat level tu jugak. Tak ada yang menghalau sebab waktu tu pun dah malam so mungkin dah habis kelas.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 3 - Everland

25.3.2016 (Jumaat) YA AMPUN! Gelabah gelabah bangun terus siap siap keluar rumah dalam pukul 11..again. Aigoo. So, plan awal, kiteorang nak guna Deasung Tour yang bawa kiteorang naik bus dia seawal 9.30 pagi dah kena cacak depan train station. Tapi dah jadi macamni haha.. So... Naseb baik sebelum pergi memang dah pernah buat research macam mana nak pergi sendiri ke Everland. Tak susah. Serious. Lagi pun kalau pergi sendiri boleh la stay sampai malam. Kalau pkai tour, mostly pukul 7pm suruh kumpul dan balik. But kalau korang interested in using a tour, ye la mana tahu boleh exchange number dengan foreigners yang lain dalam bus tu kan, haha apa salahnya. Sila rujuk di laman web Everland ya. Penuh dengan pelbagai jenis tour yang boleh anda pilih gituwww. So, kalau menggunakan jalan hidup sendiri, ini diaaaa Hyehwa Stt -> Dongdaemun History(T)Stt ->Gangnam Stt Cari bus station belah kiri and tengok dekat situ, ada tak tulis perjalanan untuk bus #5002. Kalau ada, yes ...