Skip to main content

MINI NOVEL KEDUA : 323 EPISODE 3 TIGA SEKAWAN PART 2

          



   Dalam keadaan terdesak, aku menantikan sahaja jawapan daripada mereka. Ternyata mereka agak terkejut kerana of course. Semalam baru sahaja melalui satu drama yang agak besar sehingga di halau keluar dari rumah dan kini, terpacaknya aku ingin meminta bantuan dalam keadaan yang sangat mengejut.

              Zaim yang masih terpacak di hadapan aku seperti tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Namun, dengan tiba-tiba, suara Aedy kedengaran dari belakang. Seperti biasa, bebelan dia menjadi mukadimah untuk semua ini.

“Kau terpacak dekat luar macamtu, sekadar cakap ‘tolong saya’, kitaorang tak tahu tau kau nak apa sebenarnya ni.”

Haih.

Mula rasa menyesal datang untuk meminta tolong. Mungkin salah aku juga datang menyergah mereka di awal pagi. Dengan emosi yang tak berapa nak stabil, aku terus memusingkan badan untuk pulang ke rumah semula. Dan ketika itu, kedengaran pula suara dari dalam rumah yang semakin lama semakin dekat dengan aku.

“Eh eh eh. Janganlah pergi macam tu je. Aedy ni memang macamni. Dia cakap main lepas je tapi dia tak bermaksud apa-apa pun.”

Kalau ikutkan hati, aku nak sahaja menjadi berdikari dan tidak mengharapkan bantuan mereka. Tetapi, aku sepertinya tidak percaya pada diri sendiri yang aku boleh mencari Abang Haqeem seorang diri. Akhirnya, aku memusing badanku semula dan melihat mereka bertiga sudahpun terpacak di hadapan pintu.

Aku menarik nafas panjang dan berkata.

“Abang Haqeem lari rumah.”

Riak wajah mereka bertiga terus berubah. Sepertinya mereka mula merasakan semua ini terjadi kerana mereka. Zaim mula mengeluh panjang dan menyebabkan aku tanpa sedar menundukkan kepala aku. Aku tahu semua ini terjadi bukan keseluruhannya salah dia. He’s just being considerate. Tapi nak buat macam mana. Tidak semua kebaikkan kita akan nampak sama di mata orang lain.

Dan ketika itu..

“Jom cari.”

Zaim mula bersuara.

Aku mula tersenyum.

              Mereka bertiga terus masuk ke dalam rumah untuk mengambil apa yang patut. Aku juga begitu. Terus bergerak masuk ke dalam rumah untuk mengambil apa yang perlu. Sebaik sahaja aku menutup pintu rumah, mereka bertiga sudah menunggu aku di hadapan kereta Toyota Yaris berwarna merah. Melihat mereka dari jauh, ternyata masing-masing mempunyai character dan fashion style yang berbeza.

              Fashion Aedy ternyata simple. Hanya memakai t-shirt berwarna hitam, seluar track dan selipar berwarna merah. Hmm kenalah dengan perangai dia. Mata aku mula memerhati lelaki yang masih lagi aku tak tahu namanya. Sangkaan aku yang mengatakan dialah The Hip Hop Dancer menjadi lebih kuat apabila melihat fashionnya. Menyarungkan hoodie berwarna mustard, seluar pendek berwarna hitam dan memadankan pula dengan kasut berwarna putih, sah! Gaya dancer!

Mata aku laju pula memerhati pada Zaim. Dia nampaknya seperti seorang yang suka menggayakan neat fashion. Baju t-shirt collar berwarna brown di pasangkan dengan seluar slim fit berwarna light brown membuatkan dia kelihatan begitu kemas. Dan mata aku sepertinya lama memerhatikan Zaim tatkala dia dengan tiba-tiba memakai topi berwarna hitam sebaik sahaja aku mula mendekati kereta mereka.

Namun wajah Zaim nampak seperti muram. Adakah dia masih lagi serba salah dengan semua ini ?

Dan ketika itu…

“Hannah, Faliq nak start drive ke mana eh?”

Mata aku terus memandang lelaki yang baru aku tahu namanya. Membahasakan dirinya ‘Faliq’ sepertinya membuatkan aku terasa selesa dengan dia. Dari semalam lagi, dialah yang menenangkan keadaan dan pada pagi ini, dia masih juga begitu. Aku hanya melemparkan senyuman dan terus berkata..

“Kubur.”

Mereka bertiga terus memandang wajah masing-masing dengan penuh tanda tanya.

              Namun, sepanjang perjalanan, mereka langsung tidak mengeluarkan sebarang kata. Faliq hanya mengikut sahaja setiap arah yang di tunjukkan kepadanya. Aedy yang aku sangkakan akan menyambung bebelannya di dalam kereta juga diam seribu bahasa. Dan Zaim yang duduk di sebelah aku, hanya termenung jauh melihat langit di luar tingkap.

              Sebaik sahaja sampai di kubur aku terus menyarungkan tudung berwarna hitam. Faliq ketika itu terus sahaja membuka bonet kereta untuk mengambil sesuatu. Aku masih terpinga namun tatkala dia menutup bonet, dia sudahpun menyarungkan kain pelikat sambil memegang sebotol air.

Aku terdiam.

              Dia bukan sahaja tidak menanyakan apa-apa apabila di ajak ke kubur, malah mempunyai satu sikap yang menyenangkan aku. Dia datang menghampiri aku sambil tersenyum. Aku hanya mampu melemparkan senyuman semula sambil membawa mereka semua ke kubur ibu bapaku. Mata aku mula mencari kelibat Abang Haqeem. Walaupun Abang Haqeem jarang menyebut perkataan mak dan ayah, itu tidak bermaksud dia melupakan mereka. Aku seringkali ternampak dia pulang dengan Yaasin di tangan. Dan kerana itulah aku merasakan dia mungkin ada di sini.

Namun, tiada.

              Aku sudah tidak tahu lagi ingin mencari dia di mana. Tidak sempat aku ingin mengatakan apa-apa, mereka bertiga dengan tiba-tiba terus duduk di situ dan laju mengeluarkan telefon bimbit masing-masing. Dan mulut mereka mula terkumat-kamit membacakan Yaasin.

Aku sekali lagi terdiam tetapi dalam waktu yang sama, terharu.

              Abang Haqeem ternyata salah dalam menghakimi mereka sebelum mengenali mereka terlebih dahulu. Ternyata mereka tidak aneh. Mereka baik orangnya. Hati aku tenang melihat mereka bertiga. Sebaik sahaja kami semua habis membacakan Yaasin, berjalanlah kami ke arah kereta. Aedy jauh sudah ke hadapan dan Zaim pula jauh di belakang. Menyebabkan aku dan Faliq berjalan bersebelahan. Dan ketika itu, Faliq mula menceritakan serba sedikit tentang mereka.

“Kitaorang semua anak yatim piatu.”

Aku terus memandang laju pada wajah Faliq apabila terdengar mukadimah yang sebegitu.

“Membesar sama-sama dekat rumah anak yatim. Aedy paling tua. Faliq dengan Zaim sebaya. Walaupun Hannah nampak Aedy tu macamtu, dia baik sebenarnya. Sebabkan dia tua 2 tahun daripada kitaorang, dia banyak tolong kitaorang sebenarnya. Lagi-lagi bila kitaorang berdua kena keluar dari rumah anak yatim. Selama 2 tahun tu, macam-macam kerja dia buat untuk kumpul duit. Dari siang sampai malam, tak kenal hujan panas, dia cari jugak duit. Semuanya untuk kitaorang. Dia tak nak kitaorang susah macam dia bila keluar nanti.”

Aku tertunduk malu.

Ternyata aku juga tidak tumpah seperti Abang Haqeem. Mudah menghakimi orang.

“Tapi tulah. Mulut dia memang macam tu. Nak buat macam manakan ? Manusia tak perfect.”

Aku hanya mengangguk.

“Zaim tu pulak, sensitive orangnya. Banyak pendam. Banyaklah benda yang bermain dalam otak dia tu. Tapi semua benda tak nak cerita.”

Aku terus menoleh kebelakang untuk melihat Zaim.

Ternyata ya, dia ada ciri-ciri tersebut.

Faliq sambung lagi.

“Zaim tu ada adik kembar perempuan. Tapi terpisah masa keluar rumah anak yatim tu. Adik dia nak hidup berdikari. Bergaduh besar jugak dengan Zaim tapi dia hilang macamtu je. Nak dekat 9 tahun dah diaorang terpisah. Jadi, sebenarnya Faliq tahu, semalam tu, mungkin dia nampak Hannah macam adik dia. Dia cuma nak tolong je. Dia bukan pervert pun.”

Aku tahu dan sememangnya pasti dia bukan orang yang sebegitu.

              Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, tak sempat sesiapa untuk berkata, terdengar bunyi sesuatu yang begitu kuat. Mata terus sahaja memandang laju ke arah Aedy. Bunyi perut kemain kuat macam tak makan setahun!

Aedy seperti biasa…

“Dah budak ni ajak kita keluar sebelum breakfast, mana tak meragam perut aku.”

Mendengar ayat yang keluar sebegitu membuatkan aku tergelak.

Aku merasakan aku dah boleh adapt dengan sikapnya yang seakan-akan Abang Haqeem. Kuat bebel.

“Sorry sorry. Nak pergi mamak ke?”

Zaim dan Faliq laju mengangguk namun Aedy dengan tiba-tiba..

“Eh sabar. Balik dulu. Aku nak berak.”

EH TAK SENONOHLAH DIA NI! Kalau si Faliq tu tak cerita sisi dia yang baik hati tu, aku sampai bila-bilalah banned dia dari hidup aku. ARGH!

              Sesampai sahaja di rumah, aku tunggu sahaja di dalam kereta. Mereka bertiga terus naik ke rumah bersama. Rupa-rupanya mereka bertiga mempunyai hajat yang sama. Cuma si Aedy tu je berlaku jujur. Ceit!

Namun, dari 5 minit bertukar ke 10 minit.

Sakit sangat perut tu.

Aku terus sahaja mematikan enjin kereta dan menunggu sahaja mereka di luar.

Tanpa sengaja, aku ternampak kotak-kotak begitu banyak di luar rumah sebelah kanan kami yang tidak pernah ada penghuninya. Dengan penuh tanda tanya, aku terus sahaja mendekati rumah tersebut. Ya! Sah! Ada jiran baharu nak masuk rumah. Curiosity aku semakin menjadi-jadi sehingga aku sudah berada betul-betul di hadapan pintu pagar rumah tersebut.

Dan dengan tiba-tiba.

“Cik?”

Suara itu membuatkan aku menoleh laju sehingga hilang imbangan badan. Tanpa aku sedar, aku hampir terjatuh namun laju seseorang memegang bahu aku bagi menghalang perkara yang tidak di ingini berlaku.

Melihat jejaka yang tinggi memakai cermin mata sedang memegang bahu aku dengan jarak yang begitu dekat membuatkan aku terus membetulkan posisi aku serta merta.

Ini kalau Abang Haqeem nampak, tambah lagi seminggu kot dia larikan diri.

Jejaka itu terus sahaja..

“Cik okay?”

Wow. Bercik cik dengan aku.

“Oh. Okay okay.”

Dia hanya tersenyum sebelum bertanya lagi.

“Cik cari siapa ya ?”

Tak selesanya orang bahasakan cik cik nih.

“Oh tak. Saya tinggal dekat sebelah ni. Rumah ni tak pernah ada orang. So saya nak tengok siapa yang masuk rumah ni sebab nampak banyak kotak dekat depan pintu.”

Lelaki itu terus tersenyum lebar mendengar apa yang aku katakan sehingga terkeluar lesung pipitnya di sebelah kiri.

Pertama kali aku melihat lesung pipit sedalam itu. Manis sungguh.

EH APA KAU NI HANNAH!

Dan apa yang lebih mengejutkan apabila mendengar apa yang di katakan oleh jejaka tersebut.

“Oh. Kita berjiranlah ni?”

HUH?

“Ni rumah saya. Duduk dengan abang dan adik. Kami baru pindah pagi ni.”

Aku mula merasakan, hidup aku dengan tiba-tiba di penuhi dengan lelaki. Selama ni, aku begitu aman menjalani kehidupan yang tenang tanpa sebarang drama, tetapi kini, kenapa ya ? Kenapa sejak arwah mak ingin aku mencari pasangan hidup, datang bertubi-tubi calon-calonnya….

Mungkin terlalu lama aku mendiamkan diri, sehingga dia memperkenalkan diri dahulu.

“Saya Johari. Umur 28 tahun. Kerja sebagai cikgu tuition.”

Eh ? Sampai macamtu sekali ke perkenalkan diri…jadi aku pun kena…

“Oh. Saya Hannah. Umur 23 tahun. Baru habis belajar..hmm tak kerja lagi.”

Macam tengah interview.

“Oh Hannah. Eh kejap?! Hannah? Eh ye lahhh. Awak kata awak duduk sebelah ni kan?”

Eh eh ? Kenapa macamtu dia tanya….

“Awak ke yang hilang tu? Abang awak Haqeem kan?”

Mata aku terbeliak besar dan terus bertanya.

“Mana awak tahu? Eh kenapa awak cakap saya hilang? Saya tak hilang. Abang saya yang hilang.”

Johari tergelak besar mendengar apa yang keluar dari mulut aku. Aku benar-benar mula tidak memahami apa yang sedang terjadi.

“So korang berdua ni, cari each other lah ?”

Aku masih terdiam menunggu apa lagi yang dia tahu.

“Abang awak tak hilang. Dia keluar kejap je tadi sebab kitaorang tak jumpa rumah. Jadi, Haqeem keluar untuk tunjukkan jalan. Lepastu, bila balik, dia cari awak, awak dah tak ada. Telefon awak tapi awak tak angkat.”

Aku terus keluarkan telefon bimbit aku dan terus menepuk kuat dahi aku. Bateri habis rupanya.

Johari yang melihat aku merenung lama pada telefon bimbit aku terus mengeluarkan sesuatu dari tas tangan kecilnya.

“Nah. Powerbank.”

Aku yang sepertinya menjadi anak kecil yang melihat sesuatu yang begitu di inginkan laju mengambil powerbank tersebut sehingga terpegang pergelangan tangannya.

WOI HANNAH! Itu tangan dia lahhh!

Tanpa aku sedari, aku terus terpandang pada Johari. Dia juga begitu. Lama dia menenung pada wajah aku sehingga aku yang malu sendiri.

“Oh. Sorry sorry sorry sorry.”

Johari terus terbatuk kecil sambil membetulkan rambutnya dengan tiba-tiba.

Aku hanya mampu menunduk bawah sambil menyambung powerbank tersebut pada telefon  bimbitku. Sepanjang menunggu telefon aku untuk hidup kembali, aku teruskan sahaja memandang bawah. Tapi aku dapat rasakan Johari yang begitu tinggi itu sedang memandang aku dari atas.

Terasa panahan.

Dan sebaik sahaja telefon aku akhirnya kembali hidup, aku melihat missed call sebanyak 20 kali daripada Abang Haqeem.

Damn.

Tak sempat aku ingin telefon kembali, kereta Abang Haqeem mula kelihatan dari jauh. Aku ketika itu, tidak tahu ingin membuat apa. Aku semestinya takut dan tak tahu apalah yang bakal di marahi oleh Abang Haqeem.

Sebaik sahaja Abang Haqeem turun daripada kereta, telinga aku sudah bersiap sedia untuk di tadah. Muka Abang Haqeem ketika itu nampak begitu merah sehingga aku hanya mampu berdoa.

Namun lain pula jadinya.

              Abang Haqeem terus memeluk kuat aku sehingga aku hampir lemas dalam dakapannya. Begitu kuat sehingga aku nampaknya seperti lempeng yang sudah di lenyek. Aku terus meminta bantuan daripada Johari yang hanya berdiri terpacak di situ. Johari sepertinya begitu blur ya. Dia hanya tergelak dan seronok melihat aku menjadi lempeng.

Dan ketika itu, kedengaran pula satu suara daripada belakang.

“Ya Allah Haqeem. Adik kau dah macam lempeng dah aku tengok.”

Abang Haqeem terus melepaskan aku dari dakapan dan terus memegang muka aku sambil berkata.

“Hannah pergi mana? Hannah marah abang ke sampai lari rumah ?”

Aku tak tahu nak menangis ke nak gelak. Bagus sangatlah tu. Aku ingat dia yang lari rumah. Dia pun ingat aku lari rumah. Haaa bagus baguss.

“Haqeem dahlah tu.”

Jejaka yang rambutnya begitu kemas dan mempunyai charismanya yang tersendiri, mula membuatkan Abang Haqeem kembali tenang. Abang Haqeem sepertinya menjadi seorang yang begitu menurut kata apabila lelaki itu bersuara dan terus menjawab dalam nada yang sopan.

“Takdelah Jaafar. Aku risau je.”

Aku mula merasakan ‘Jaafar’ ini bakal memberi impak yang baik dalam menundukkan abang aku. Interesting….

Dan ketika itu, tiga sekawan itu pun sudah siap melabur dan berkumpullah satu kampung di situ. Melihat 6 orang lelaki yang terpacak di hadapan aku sebegitu rupa membuatkan aku tertanya dengan kehidupan baharu yang aku bakal jalani ini. Tak sempat aku ingin hadam dengan semua itu, kedengaran pula bunyi motor besar berwarna hitam. Mata semua tertumpu padanya dan melihat penunggang itu serba hitam dari atas sampai bawah, benar-benar mengingatkan aku terhadap seseorag.

Dan tatkala dia membuka helmetnya, aku ternganga.

Jejaka ini…

“Jefry?”

 

 

 

Comments

  1. Replies
    1. Thank you Anonymous! Stay tune for more 😚

      Delete
  2. Wah menarik, suka tengok watak masing2 unik dan menarik, especially Aedy yg ala2 tsundere, nampak garang di luar tapi sebenarnya caring. Patutla nama abangnya Haqeem sebab cepat meng'haqeem'i orang lol. Tak sabar nak tengok watak Jefry pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awwwwww 🥰 thank youuuu! Hahaha kann betuui sangat dengan nama Haqeem tu 😂 yes yes do stay for character terakhir , Jefry yang bakal di ceritakan in ep 4 💜

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 4- Hongdae + Ewha Woman's University

26.3.2016(Sabtu) So, di sebabkan dah Sabtu, so kiteorang memang avoid untuk pergi tempat-tempat yang memerlukan tiket masuk. And di sebabkan ituuuuuu.. KAMI KE HONGDAE DAE DAEEEE hihi. Yang aku tahu, Hongdae di ibaratkan jalan anak anak muda la gituw. Dengar cerita memang akan penuh street performances  weheee. So sebab dah 3 hari berturut-turut kejar masa, kejar train dan sebagainya, untuk hari Sabtu ni, kami pun macam lalalalalala relax la sikit. Tak kejar apa apa just chill jalan Hongdae and bila spot anything, masuk kedai, ushaaaaa la sepuas hati kan haha.  *uuu uuu tengah nak siap siap*  *BANANA MILKKKK! I rindu dengan Youu! EHHH my baby pun terselit kat situuu..hihi siapa nampak siapa nampakk haha*  *Siti dari Everland lagi mintak nak makan cotton candyyy. Haaa dapat jugakkkk.*  *Kat situ kalau nak kenal fashion anak muda dieorang, haaa boleh la. Memang tak lari la dari apa yang nampak dalam drama. And ada jugak yang still pa...

Day 3 - Everland

25.3.2016 (Jumaat) YA AMPUN! Gelabah gelabah bangun terus siap siap keluar rumah dalam pukul 11..again. Aigoo. So, plan awal, kiteorang nak guna Deasung Tour yang bawa kiteorang naik bus dia seawal 9.30 pagi dah kena cacak depan train station. Tapi dah jadi macamni haha.. So... Naseb baik sebelum pergi memang dah pernah buat research macam mana nak pergi sendiri ke Everland. Tak susah. Serious. Lagi pun kalau pergi sendiri boleh la stay sampai malam. Kalau pkai tour, mostly pukul 7pm suruh kumpul dan balik. But kalau korang interested in using a tour, ye la mana tahu boleh exchange number dengan foreigners yang lain dalam bus tu kan, haha apa salahnya. Sila rujuk di laman web Everland ya. Penuh dengan pelbagai jenis tour yang boleh anda pilih gituwww. So, kalau menggunakan jalan hidup sendiri, ini diaaaa Hyehwa Stt -> Dongdaemun History(T)Stt ->Gangnam Stt Cari bus station belah kiri and tengok dekat situ, ada tak tulis perjalanan untuk bus #5002. Kalau ada, yes ...