Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

EP 6 : Ayah Bella (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 6 AYAH BELLA Beberapa langkah lagi aku bakal bertemu dengan lelaki yang memberi aku seribu sebab untuk tidak bersedih lagi apabila mendapat tahu berita daripada doktor yang aku tidak berupaya untuk mengandung. Lelaki yang memberi sepenuh kepercayaan kepada aku untuk menjaga anaknya tidak dapat aku lupakan. Ianya bermula apabila aku berlari keluar dari restoran milik Chef Emran yang panas baran dan terlanggar dengan seseorang yang sudah lama aku tidak bertemu. “Charlie! Kau buat apa dekat sini?” Kali terakhir aku bertemu dengan Charlie adalah sewaktu aku berumur 18 tahun dan semestinya ingatan aku masih lagi kuat..di kala dia hanya bertuala pendek. Charlie yang di kurniakan rupa paras seperti Chad Michael Murray sememangnya berjaya menyebabkan jantung aku ingin sekali meletop melihat rupa parasnya yang semakin menjadi-jadi. Charlie yang menyelamatkan aku dari Chef Emran memberi aku satu perasaan yang baru terhadap Charlie. Dia yang datang untuk berjumpa dengan ...

EP 5 : Indah Khabar Dari Rupa (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 5 INDAH KHABAR DARI RUPA Maksud: berita yang berlebih-lebihan sedangkan hakikatnya berlainan.             Jam sudah menunjukkan 5 petang. Bella sudah mula meragam kerana terlalu lama berada di dalam bas tersebut. Aku yang melihat Bella semakin tidak keruan terus membuka luas zip beg Doraemon yang di isi ke semua makanan kecemasan di kala Bella membuat hal. Namun apa yang memeranjatkan aku, kesemua makanan yang aku bawa dan juga makanan yang aku beli di RnR telahpun habis. Aku semakin gelisah dan Bella pula juga begitu. Dia tiba-tiba mula menyatakan dia ingin bangun dari kerusi dan berjalan di sekitar bas. Aku mula buntu kerana perangai kanak-kanak memang tidak boleh di jangka. Di kala aku kegelisahan, tiba-tiba seorang wanita yang duduk dua kerusi di hadapan aku bangun dan menghulurkan sebekas Spaghetti Carbonara yang aku tidak pernah memberikan pada Bella. Bukannya aku tidak mahu namun aku mempunyai memori pahit ten...

EP 4 : Gila Bayang (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 4 GILA BAYANG Maksud: orang yang ingin sesuatu tetapi tidak mungkin tercapai. “Sekarang dah pukul 4 petang Mia. Mungkin lagi 2 jam sampailah kot.” Bella termenung jauh di luar jendela yang terus mengingatkan aku pada seseorang. “Mia, kau ingat lagi tak Dhamiri?” Mia yang berada di sebelah talian tergelak besar sehingga kedengaran suara Ariz yang menegur isterinya itu. Gelak si Mia saing-saing si Neelofa lah. Muka ayu betul tapi gelak ya Rabbi, Tuhan sahaja yang tahu. “Padan muka kau. Kan Ariz dah marah. Kau ingatkan si Dhamiri tu? Apa jadilah dekat dia. Setiap kali aku teringat pasal dia, aku rasa macam nak timbus muka aku dalam tanah hahaha.” Ketika itu aku berusia 21 tahun dan sedang cuti semester. Mia pula sudahpun bekerja di Johor Bahru dan semestinya apabila sudah berada di Johor Bahru, jangan lupa bawa passport untuk ke Singapura! Wuhuu. Aku dan Mia ingat benar bagaimana pertemuan kami berdua dengan jejaka tampan sumpah mirip Zayn Malik. A...

EP 3 : Anak Emas (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 3 ANAK EMAS Maksud: anak yang sangat di sayangi oleh ibu bapa.                         Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Bella seperti biasa jika di sumbat dengan makanan pasti senang melupakan apa yang dia fikirkan sebelum itu. Aku yang sedang menjilat ice-cream paddle pop rainbow tiba-tiba teringatkan seseorang yang sentiasa mencuit hati aku. Seseorang yang ada sahaja pantang larang kerana dia adalah anak emas kepada ibu bapanya. “Bella. Nak dengar satu cerita?” Bella yang sedang sibuk menggigit pau ayam terus mengangguk laju.              Pada hari tersebut adalah hari yang begitu banyak kali aku mengimbau kisah lama. Kisah mengenai seorang jiran lama aku bernama Charlie ataupun di gelar sebagai Melayu Celup senantiasa menjadi memori indah buat aku. Nak tahu kenapa? Sebab aku begitu bertuah dapat berkena...