EP 3
ANAK
EMAS
Maksud:
anak yang sangat di sayangi oleh ibu bapa.
Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Bella seperti biasa
jika di sumbat dengan makanan pasti senang melupakan apa yang dia fikirkan
sebelum itu. Aku yang sedang menjilat ice-cream paddle pop rainbow tiba-tiba
teringatkan seseorang yang sentiasa mencuit hati aku. Seseorang yang ada sahaja
pantang larang kerana dia adalah anak emas kepada ibu bapanya.
“Bella. Nak dengar satu
cerita?”
Bella yang sedang sibuk
menggigit pau ayam terus mengangguk laju.
Pada hari tersebut adalah
hari yang begitu banyak kali aku mengimbau kisah lama. Kisah mengenai seorang
jiran lama aku bernama Charlie ataupun di gelar sebagai Melayu Celup senantiasa menjadi memori indah buat aku. Nak tahu kenapa? Sebab aku
begitu bertuah dapat berkenalan dengan jejaka yang tidak tumpah seperti Chad
Michael Murray. Aku juga pernah berangan untuk berkahwin dengan mat saleh
supaya anak aku di kurniakan rambut perang seperti Charlie.
Ketika itu aku berusia 18
tahun dan baru sahaja selesai mengambil lesen keretaku.
Aku seperti biasa selalu
di tinggalkan seorang diri di dalam rumah selepas pukul 7 pagi. Kedua ibu
bapaku telah selamat berada di tempat kerja masing-masing ketika aku baru
mencelik mata aku untuk melihat dunia. Namun pada hari buat pertama kalinya berjumpa
dengan lelaki bernama Charlie, aku bangun terlebih..awal. Aku tidak tahu kenapa aku
tercelik pada pukul 7.30 pagi dan tidak boleh untuk melelapkan mata semula. Aku
beberapa kali memaksa badan aku supaya tidak bangun dari katil namun badan aku
seperti di panggil untuk bergerak keluar dari bilik aku. Aku terus membuka langsir bilik seawal pagi itu dan hampir mencarut apabila aku
melihat seseorang sedang sibuk bersenam dengan hanya menyarungkan sehelai singlet putih.
Dia terkejut dan aku juga
terkejut.
Aku terkejut kerana sejak
bila wujud manusia sekacak lelaki itu di kawasan perumahan aku?
Mungkin dia
pula terkejut kerana sibuk memikirkan bila pula gadis seselekeh aku berjiran
dengannya?
Aku terus menutup semula
langsir aku dan mencari telefon untuk menelefon ibuku. Selepas mendengar
penjelasan ibu, rupa-rupanya jiran aku, Puan Ema pernah berkahwin dengan
seorang lelaki dari Australia sebelum dia bercerai dan berkahwin dengan Encik
Ahmad. Ibu juga memarahi aku kerana tidak menyedari tentang kewujudan lelaki
tersebut setelah 5 hari dia datang menziarahi Puan Ema. Salah aku ke mamat tu
suka bangun pagi dan pagi aku pula pada pukul 11 pagi. Aku cuba mengintai untuk
melihat adakah dia masih lagi bersenam? Jikalau ya, boleh aku 'mencuci mata' yang
masih lagi di penuhi tahi mata. Dengan keadaan yang masih serabai, aku membuka langsir
aku sedikit demi sedikit. Hmm melepas. Dia dah tak ada.
Aku terus membuka langsir
aku dengan luasnya dan tiba-tiba, aku menjerit. Mat Saleh celup itu pun menjerit
sambil menutup badan dengan tangannya yang berketaq-ketaq.
Aku terduduk dan
tersandar di dinding.
Jantung aku berdegup pantas kerana itulah buat pertama kalinya....aku melihat badan seorang lelaki. Mat Saleh celup itu baru sahaja selesai mandi dan hanya bertuala pendek!! Aku terus masuk ke tandas dan menyimbah muka aku dengan air. Aku mula memarahi diri aku kerana telah memalukan diri sendiri dan juga ibu bapaku. Kalau si Mat Saleh celup tu report dekat mak dia, habislah satu taman tahu perangai anak Pn.Lisa dan En.Nizam. Aku terus meneguk laju air kosong yang senantiasa berada di sebelah katilku. Namun aku tersedak selepas mendengar bunyi loceng rumah. Aku berlari ke bawah dan mengintai di sebalik langsir yang berdekatan dengan pintu rumah. Melihat Mat Saleh celup itu tidak habis-habis menekan loceng rumah aku membuatkan aku menjerit dan terus menampar diri aku kerana menyebabkan lelaki itu tahu aku sudah berada di bawah. Mat Saleh celup itu masih lagi berdegil dan semakin laju dia menekan butang loceng di luar rumah. Aku yang melihat semakin gelisah. Aku akhirnya menarik nafas panjang dan membuka pintu rumah aku. Mat Saleh celup itu memandang aku dan dengan bahasa tangan dia menyuruh aku keluar. Aku terus keluar dari rumah dan berjalan perlahan-lahan ke arahnya.
Jantung aku berdegup pantas kerana itulah buat pertama kalinya....aku melihat badan seorang lelaki. Mat Saleh celup itu baru sahaja selesai mandi dan hanya bertuala pendek!! Aku terus masuk ke tandas dan menyimbah muka aku dengan air. Aku mula memarahi diri aku kerana telah memalukan diri sendiri dan juga ibu bapaku. Kalau si Mat Saleh celup tu report dekat mak dia, habislah satu taman tahu perangai anak Pn.Lisa dan En.Nizam. Aku terus meneguk laju air kosong yang senantiasa berada di sebelah katilku. Namun aku tersedak selepas mendengar bunyi loceng rumah. Aku berlari ke bawah dan mengintai di sebalik langsir yang berdekatan dengan pintu rumah. Melihat Mat Saleh celup itu tidak habis-habis menekan loceng rumah aku membuatkan aku menjerit dan terus menampar diri aku kerana menyebabkan lelaki itu tahu aku sudah berada di bawah. Mat Saleh celup itu masih lagi berdegil dan semakin laju dia menekan butang loceng di luar rumah. Aku yang melihat semakin gelisah. Aku akhirnya menarik nafas panjang dan membuka pintu rumah aku. Mat Saleh celup itu memandang aku dan dengan bahasa tangan dia menyuruh aku keluar. Aku terus keluar dari rumah dan berjalan perlahan-lahan ke arahnya.
Sememangnya dia iras-iras
Chad Michael Murray lah. Aku betul-betul terpaku namun aku tahu aku silap. Aku yang
tidak berapa fasih berbahasa Inggeris cuba berkomunikasi dengan lelaki itu.
“I’m sorry. I umm don’t
mean to see you..with towel. I just want to open my ‘langsir’ so sun shine
shine at me. Umm so my room will be ‘cerah’. You understand?”
Aku tiba-tiba mendengar
seperti kuda sedang menggelakkan aku. Aku mencari di sekeliling di mana pula
ada kuda sesat dan sebaik sahaja aku memandang lelaki itu semula, dialah
rupanya kuda itu. Mat Saleh celup itu menggelakkan aku sumpah seperti kuda. Aku
hanya tersenyum namun terdiam selepas dia membalas.
“Aku boleh cakap Bahasa Malaysia.”
BODOH! BODOH! BODOHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!
Muka aku betul-betul
merah dan hanya ingin berlari masuk ke rumah secepat mungkin.
Bunyi kuda itu seperti
semakin menjadi-jadi. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala tanda aku
menyesal cuba untuk berkomunikasi dengan Mat Saleh celup itu dengan Bahasa
Inggeris. Akhirnya bunyi kuda itu mula tidak kedengaran dan mula bersuara.
“Mak aku paksa aku belajar BM dekat Australia.”
Aku hanya mengangguk dan
perlahan-lahan cuba untuk memasuki rumah aku semula. Tiba-tiba Mat Saleh
celup itu menarik lengan baju aku.
“Sombongnya. Tak nak
perkenalkan diri ke?”
Eh
si kuda ni. Kalau aku dah mandi, muka tak serabai macamni, semangatlah sikit
aku nak memperkenalkan diri aku.
“Hi, nama aku Aira.”
Lelaki itu mengangguk
laju dan terus menghulurkan tangannya.
Aku hanya memandang lama
tangannya dan kerana terlalu lama aku perhatikan, dia terus menurunkan
tangannya sambil berkata.
“Aduh. Mak dah kata dekat
sini tak boleh salam perempuan. Sorry. Nama aku Charlie.”
Aku ketika itu
benar-benar ingin memasuki semula ke dalam rumah kerana keadaan aku yang masih
lagi menyarungkan baju tidur. Namun tidak berganjak selepas Charlie mula
menceritakan yang dia sudah 5 hari berada di Malaysia dan esok dia perlu pulang
ke Australia semula. Tiba-tiba, Charlie menanyakan aku sesuatu.
“Kau free harini? Boleh tak
teman aku cari makanan jauh sikit dari sini? Bosanlah duduk rumah
sorang-sorang. Mak dengan Uncle Ahmad selalu boleh bawak aku keluar lepas pukul
8 malam.”
Aku cuba mengelak namun
setelah mendengar betapa sadisnya ceritanya, aku menjadi serba salah.
“Okay. Tapi bagi aku 30
minit. Aku nak bersiap.”
Charlie mengangguk laju
sambil tersenyum lebar. Senyuman manis yang di lemparkan kepada aku telah
menyebabkan jantung aku berdegup dengan semakin pantas. Argh! Aku benci dengan
perasaan aku yang mudah terjatuh hati dengan senyuman manis seseorang.
Selepas sahaja 30 minit,
aku mendengar bunyi loceng rumah. Aku mula teringatkan seseorang yang begitu punctual. Aku mula teringatkan
dia..namun setelah beberapa kali loceng rumah membingitkan telinga aku, aku
terus berlari ke bawah dan membuka pintu.
Aku menghidupkan enjin
kereta sambil melihat Charlie masuk ke dalam kereta.
Sedapnya
bau! Perfume dia atau bau badan dia? Dah Aira dah! Kau ni kalau nak menggatal
pun bertempatlah!
Charlie terus memakai tali pinggang tanda dia sudah bersedia. Aku yang
sememangnya malas benar untuk memakai tali pinggang tiba-tiba di marahi oleh
Charlie. Dengan tiba-tiba, aku merasakan jantung aku bakal meletop!
Charlie dengan tiada pendahuluan untuk aku bersedia terus menarik tali pinggang
aku dan memasangkan untuk aku. Aku cuba menenangkan jiwa
aku yang meronta-ronta ingin menjerit kerana apa yang sedang terjadi hanyalah
terjadi di dalam drama.
Kenapa ianya sedang terjadi kepada aku?!!!!
Kenapa ianya sedang terjadi kepada aku?!!!!
Charlie yang berlagak
seperti tiada apa yang berlaku terus bertanya mengapa aku tiba-tiba
memberhentikan kereta. Aku cepat-cepat minum air kosong yang aku bawa sebentar
tadi dan terus menekan minyak. Aku cuba bercakap sendirian yang mungkin Charlie
masih lagi tidak biasa dengan budaya orang Malaysia yang begitu kaku jika
berada di dalam keadaan yang begitu. Mungkin budaya Charlie di Australia,
perkara tersebut adalah biasa. Aku cuba memujuk diri aku
dan terus fokus membawa kereta menuju ke Kelana Jaya. Sepanjang perjalanan di
dalam kereta, Charlie begitu petah bertanya. Aku sampai ketandusan idea untuk
menjawab segala persoalan.
Ada kala soalan tidak
masuk akal terpaksa aku jawab.
“Kenapa nasi lemak? Nasi is
rice. Lemak is fat? So?”
Aku mula menggaru-garu
kepala aku dan hanya hentam sahaja menjawab soalan pop quiz daripada Charlie.
“Sebab orang yang makan
nasi lemak tu ready untuk tambah lemak yang telah sedia ada dekat badan.”
Charlie hanya mengangguk
dan menerima semua jawapan aku.
“Haa dah sampai.”
Charlie terus
mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus menangkap gambar kedai tersebut. Aku
terus masuk ke kedai dan melihat Charlie sedang mengangkat tinggi telefon
bimbitnya untuk mengambil gambar.
Aku terpinga-pinga seketika.
Dia
buat apa tu?
Aku terus memanggil
Charlie dan mengajaknya untuk melihat pelbagai makanan yang terhidang di dalam
kedai tersebut. Aku terus membuat pesanan Char Kuey Teow yang sentiasa menjadi
pilihan nombor 1 aku. Charlie tidak habis-habis mengambil gambar dengan telefon
bimbitnya. Aku terus menarik lengan
baju Charlie dan menyuruh dia memilih sendiri apa yang ingin di telan di gerai
Yong Tau Foo. Charlie memilih semua
bahan mentah dengan kuantiti 1 sahaja. Dia cuma ingin merasai setiap bahan mentah yang ada
di gerai tersebut. Setelah siap semua
makanan di atas meja, aku terus ingin menyumbat makanan ke mulutku namun di
tepis oleh Charlie. Aku hampir mengamuk namun dia memberi alasan dia ingin
mengambil gambar makanan dahulu. Dia dengan tiba-tiba bangun dan bersedia
dengan telefon bimbitnya.
Orang sekeliling mula
memandang serong dan aku terus menarik laju tangan Charlie.
“Eh? Kau buat apa ni?’
“Ambil gambar makananlah.”
“Mana ada orang ambil
gambar makanan! Orang makan je makanan.”
Charlie tersenyum sinis
dan mendekatkan muka ke arah aku.
“Percayalah. One day,
semua orang akan buat macam apa aku buat sekarang ni.”
Pfttt.
Iyolah.
Selepas sahaja Charlie
menikmati ke semua makanan, aku membawa Charlie pulang dan singgah untuk
membeli ice-icream Paddle Pop rainbow untuk kami berdua. Keesokan harinya,
Charlie memberi aku sekeping nota. Dia mengucapkan terima kasih kepada aku
kerana memberi dia peluang untuk melakukan banyak perkara dalam sehari. Charlie barulah
memberitahu aku yang dia sebenarnya tidak dapat melakukan banyak perkara kerana ibu bapanya terlalu overprotective dan itulah kali pertama dia makan sebatang ice cream. Sejak aku mengetahui tentang perkara tersebut, nama gelaran Charlie semakin bertambah. Aku memanggilnya Charlie aka
Mat Saleh Celup aka kuda aka anak emas.
“So..itu ke ayah Bella?”
Aku baru tersedar mengapa aku suka benar mengusap rambut Bella.
Rambut Bella sememangnya cantik berwarna perang.
Rambut Bella sememangnya cantik berwarna perang.
xoxo,
AlianaRahim
Comments
Post a Comment