Skip to main content

EP 6 : Ayah Bella (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 6

AYAH BELLA



Beberapa langkah lagi aku bakal bertemu dengan lelaki yang memberi aku seribu sebab untuk tidak bersedih lagi apabila mendapat tahu berita daripada doktor yang aku tidak berupaya untuk mengandung. Lelaki yang memberi sepenuh kepercayaan kepada aku untuk menjaga anaknya tidak dapat aku lupakan. Ianya bermula apabila aku berlari keluar dari restoran milik Chef Emran yang panas baran dan terlanggar dengan seseorang yang sudah lama aku tidak bertemu.

“Charlie! Kau buat apa dekat sini?”

Kali terakhir aku bertemu dengan Charlie adalah sewaktu aku berumur 18 tahun dan semestinya ingatan aku masih lagi kuat..di kala dia hanya bertuala pendek. Charlie yang di kurniakan rupa paras seperti Chad Michael Murray sememangnya berjaya menyebabkan jantung aku ingin sekali meletop melihat rupa parasnya yang semakin menjadi-jadi. Charlie yang menyelamatkan aku dari Chef Emran memberi aku satu perasaan yang baru terhadap Charlie. Dia yang datang untuk berjumpa dengan ibunya dengan serta-merta mencari aku di restoran Chef Emran setelah di beritahu oleh ibu bapa aku.

“Kau sombongkan, Aira? Kenapa tak balas surat aku? Aku bagi alamat aku kan?”

Aku terus mencari alasan.

“Alaa. Mahallah setem nak pos sampai Australia.”

Charlie hanya tergelak besar dan terus memandang lama ke arah aku.

Aku seperti biasa akan cair apabila di tenung dengan sedemikian teruk. Jantung juga seperti biasa seakan-akan ingin meletop. Namun perasaan itu semua hilang apabila satu kad di hulurkan kepada aku.

“Nah. Jemput datang. Aku nak kahwin.”

Aku seperti mendengar kaca yang retak di dalam hati aku apabila Charlie menghulurkan kad tersebut. Tatkala aku melihat pula gambar bakal isteri kepada Charlie, aku tahu aku tiada tandingan. Dia sememangnya cantik bak bidadari. Mengapa aku perlu rasa sedih sedangkan aku tahu Charlie tidak pernah memandang aku lebih dari seorang kawan?

Majlis yang di jalankan di Australia di penuhi dengan rakan-rakan Charlie yang lain. Sebaik sahaja majlis tersebut berakhir, aku tiba-tiba di sapa oleh seseorang yang sentiasa menjadi lelaki paling misteri di dalam hidup aku. Lelaki yang sentiasa ada sahaja perkara yang ingin di bangkang dan lelaki yang tidak pernah tahu untuk berbudi bahasa.

Basyar.

“Dah kurus eh kau sekarang?”

Aku yang melihat Basyar di Negara yang begitu asing buat aku telah menyebabkan bulu roma aku meremang. Bagaimana dan mengapa dia boleh berada di tempat yang sama dengan aku? Basyar yang semakin lama semakin kacak menyebabkan aku terpaku sebentar. Kalau dulu mukanya seperti iras Yusry KRU ketika zaman muda, kini dia sudah berjambang dan seakan-akan seperti Aeril Zafrel! Oh tidak! Sememangnya kacak dan tampak misteri dengan jambang yang di simpan olehnya. Namun sebentar sahaja kerana Basyar sememangnya tidak pernah berubah.

 “Siapa bagi kau permission nak tatap badan aku?”

DIA MASIH LAGI TIDAK TAHU UNTUK BERBUDI BAHASA.

Arghhhh!

            Aku merendahkan ego aku untuk bertanya tentang dirinya. Walaupun menyakitkan hati dengan jawapan-jawapan yang di beri, aku masih lagi bersabar..kerana aku sememangnya ingin mengetahui tentang Basyar. Kerana apa?

Kerana aku telah lama menyimpan perasaan suka terhadap lelaki tersebut.

Kisah aku dan Basyar terhenti apabila Basyar masuk ke MRSM. Basyar adalah lelaki yang begitu penting dalam hidup aku kerana dialah aku mula bersungguh-sungguh untuk belajar. Kerana Basyar lah aku mula percaya yang aku sebenarnya tidak sebodoh yang orang selalu fikirkan. Dialah yang aku tunggu selama ini namun ternyata aku hanyalah bertepuk sebelah tangan kerana Basyar telahpun menjadi teman lelaki kepada seorang gadis yang dia kenali sewaktu di universiti. Berita itu telah menyebabkan aku hilang arah dan mula mencari makanan untuk melupakan segalanya. Aku mula rasa bodoh apabila membenarkan diri aku makan dengan tiada batasan sehingga berat badan aku boleh mencencah 85 kg! Aku sememangnya terhutang budi dengan semua orang yang menjadi sebahagian dalam hidup aku. Jika aku tidak begitu berani untuk mengikuti Dhamiri di Singapura, semestinya aku akan kekal sebagai manusia seberat 85 kg. Jika aku tidak berjumpa dengan Chef Emran, tidak pula aku akan berjumpa dengan Charlie yang membawa aku ke perkahwinannya di Australia. Perkahwinan itu pula dengan tidak sengaja menemukan aku kembali dengan Basyar. Aku ternyata tiada jawapan untuk segala aturan yang di lakukan olehNya. Aku telah di bawa jauh ke dalam kotak fikiran aku sehingga aku di jentik di bahu kanan aku…seperti yang selalu di lakukan oleh Basyar ketika mengajar aku.

“Kau ni dah umur 22 tahun pun tak reti nak berubah ke? Suka berangan.”

Aku tidak tahu mengapa tetapi aku tidak memarahi Basyar pada waktu itu. Aku dengan tidak sengaja memandang lama ke arah Basyar sambil tersenyum. Basyar dengan tiba-tiba menjentik lagi bahu aku.

“Oi! Berangan ke apa? Bangunlah gemuk!”

Setelah sekian lama aku tidak mendengari gelaran tersebut, aku terus terbangun dari lamunan aku dan teruk memarahi Basyar.

“KAU DAH KENAPA PANGGIL AKU GEMOK! Buta ke?! Tak nampak aku pakai apa ni? Dress! Ada cutting ikut badan lagi. Buta?”

Tiba-tiba, Basyar menanggalkan kot yang di sarung di badannya dan meletakkan kot tersebut di atas bahu aku. Dia sempat memandang tepat ke arah aku sambil melalukan that spontaneous move. Badan aku menjadi begitu kaku dan muka aku sememangnya menjadi panas tatkala mata kami bertentangan dengan jarak yang dekat.

“Tahulah dah kurus. Muka kau terpampang dekat gym yang baru bukak dekat area Uni aku. Tak payah nak tunjuk dekat semua orang sangatlah. Dari tadi aku perhati mat saleh dekat sini pandang badan kau. Tak takut?”

Aku mula memandang kiri dan kanan. Sah! Ramai yang memerhatikan aku dalam diam. Mungkin kerana dress yang aku sarung ketika itu begitu sendat dan begitu menarik perhatian mana-mana lelaki. Namun aku terbangun dari lamunan apabila betul-betul fokus dengan apa yang baru di sampaikan oleh Basyar.

“HUH! Muka aku terpampang dekat sini?! Jangan kata..”

Basyar tergelak kuat dan terus menunjukkan gambar selfie bersama poster yang di tampal di sebuah gym. Aku yang melihat nama Coach Dhamiri di sebalik gym tersebut sememangnya tidak tahu Dhamiri sudah melebarkan sayapnya sehingga ke Australia pula.

Aduh! Ada sahajalah si Dhamiri ni!

“Gemuk sangat kau! Asal? Kau frust sebab kena tinggal boyfriend ke?”

Aku tiba-tiba terdiam. Aku tidak tahu mengapa dan bagaimana aku boleh menjadi begitu berani namun semuanya sudah terlambat. Roh keberanian aku telah masuk ke dalam tubuh dan aku menjawab dengan penuh ketenangan.

“Aku gemuk sebab aku frust bila dapat tahu kau ada girlfriend.”

Basyar terdiam dan aku juga begitu. Basyar hanya memandang lama ke arah aku dengan riak muka yang begitu terkejut. Aku mula malu dan mula membelakangkan Basyar untuk beredar dari situ.

Tiba-tiba, Basyar menjentik bahu kanan aku sambil berkata.

“Asal lambat?”

Soalan itu…soalan yang sama di ajukan kepada aku pada 7 tahun yang lalu.

Aku memusingkan badan aku dan melihat Basyar melemparkan senyuman yang paling lebar kepada aku. Aku hanya mendiamkan diri dan dengan tiba-tiba, Basyar meluahkan sesuatu yang membuatkan jantung aku..benar-benar meletop!

“Asal lambat sangat bagitahu kau suka dekat aku?”

Aku hanya mampu mengerutkan dahi dan bertanya.

“Ada beza ke?”

“Ada.”

“Apanya?”

“Kalau aku tahu kau suka dekat aku, tak payahlah aku paksa diri untuk ada girlfriend.”

“Paksa?”

“Ya. Itulah pertama kali aku ada girlfriend dan kali terakhir aku ada. Susah nak cakap tapi pendek kata, aku tak jumpa lagi orang yang aku selesa berkawan selain dari kau, Aira.”

Aku terbangun dari memori lama apabila deringan telefon aku berbunyi. Aku yang melihat nama Basyar yang terpampang di skrin telefon telah menyebabkan aku tersenyum lebar.

“Hai sayang. Pukul berapa dekat London?”

“Sorrylah. Saya terlajak tidur tadi. Boss suruh teman client makan sampai lewat malam. Awak dah sampai ke?”

“Haa dah. Bella dah selamat dengan Charlie. Saya tengah tunggu dieorang beli makanan. Lepasni Charlie nak bawak Bella pergi ziarah kubur mak dia dekat sini. So, itu nanti saya ceritalah macam mana. Saya harap Charlie pandailah cerita kenapa dia tinggalkan Bella dengan kita sampai 5 tahun lamanya. Haih, saya sedihlah. Tapi..”

Basyar tiba-tiba terus memarahi aku.

“Awak janganlah sedih-sedih. Nanti baby dalam perut menangis sekali.”

Ternyata kuasa Ilahi sememangnya tiada tandingan. Walaupun aku telah di beritahu oleh doktor yang aku tidak berupaya untuk mengandung, aku di kejutkan dengan satu berita yang menyebabkan Basyar menangis untuk berhari-hari.

“Jangan nak melebih sangatlah. Baby baru nak masuk 3 bulan.”

“Degilnya lah si gemuk ni!”

“Diamlah! Dah dah. Charlie dah siap beli makanan dah ni. Nanti saya call balik.”

Basyar dengan tiba-tiba menjerit nama aku dengan kuat.

“AIRA!”

“Apa?!”

“Jangan menggatal. Dia bukan Chad Michael Murray. Dia Charlie, ayah kandung Bella! Ingat tu. Awak tu isteri kepada Basyar yang iras-iras Aeril Zafrel. Jangan menggatal!”

Aku menjawab pendek.

“Kalau saya nak menggatal jugak?”

Basyar hanya diam buat seketika dan menyebabkan aku pula serba salah.

"Saya gurau je lah. Dari dulu lagi saya tak pernah tunggu orang lain selain awak. Jumpa mana-mana lelaki pun mesti awak yang saya ingat. Saya memang sayang awak, cintakan awak, sanggup buat apa sahaja dengan awak. Takkanlah saya nak menggatal dengan orang lain."

Basyar hanya mendiamkan diri. 

Tiba-tiba aku mendengar bunyi flush dari sebelah talian.

" Haaa sorry. Saya kencing kejap. Awak cakap apa tadi?"

ARGHHHHHHHHHHHHHHH! Sesaat tak menyakitkan aku tak sah lah jantan ni! Tapi kerana perangainya yang sebegitulah sekacak mana lelaki yang pernah masuk ke dalam hidup aku, hati aku tetap pada Basyar. Terlalu setia ataupun terlalu bodoh adalah pertanyaan yang masih lagi bermain di dalam kotak fikiran aku. Namun aku tahu kesetiaan memberi aku kebahagiaan yang aku impikan selama ini. Ternyata hati dan perasaan memberi satu keberaniaan untuk membuat pilihan hidup dan perasaan yang utuh terhadap Basyar telah menemukan aku dengan cinta sejati.



xoxo,
AlianaRahim




Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 6- Gyeongbok Palace + Bukchon Hanok Village

28.3.2016 (Isnin) Post kali ni lebih kepada kecantikan South Korea sendiri :) Mungkin perlu jugak la kan some description but gambar pun kadang-kadang boleh berbicara sendiri ecewahhh haha. So, kalini kiteorang decide untuk pergi ke Gyeongbok Palace. Palace yang berada betul betul di tengah bandar Seoul! Perjalanan kami seperti biasa akan bermula dari Bong House Hyehwa Stt ->Dongdaemun Stt(T)->Jongno(3)Ga Stt(T) ->Gwanghwamun Stt (Gyeongbok Palace) *Yup banyak sikit Transfer Station dia. Bertahan yaaa* SO, sampai je dekat Gwanghwamun Stt, terus nampak ni! LOCATION BABY TOP I BERLAKON! Saranghae Top Oppa! Haha. Pandai tau tetiba letak besar besar Iris nih. Ye lah suatu ketika dahulu, cerita ni famous gilos kot! Dan ini pula, King Sejong yang di katakan di situ adalah King yang berjaya mencipta tulisan Hangeul mereka. Haaa kiranya memang di ingati oleh setiap Korean lah. Ini la bapa tulisan Hangeul mereka gituwww. And bila berjalan ke depan si...

EP 2 : Seperti Anjing Dengan Kucing (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 2 SEPERTI ANJING DENGAN KUCING Maksud: dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu.             Jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 2 petang. Bella yang sememangnya susah untuk melelapkan mata di dalam kenderaan mula tercelik. Aku yang baru sahaja menghirup air kosong dari botol brand Tupperware begitu terkejut di kala mata Bella terbuka dengan tiba-tiba. Tersedak di buatnya. Bella terus membetulkan rambutnya dan menepuk belakang aku dengan tangan kecilnya itu. Aku masih lagi terbatuk sambil tersenyum melihat betapa matangnya budak berusia 5 tahun ini. “Baiknya Bella. Pandai eh gosok belakang ibu bila ibu batuk.” Bella tersenyum sambil berkata. “Nenekkan selalu batuk. Atok yang ajar Bella suruh gosok belakang nenek.” Aku tiba-tiba terasa satu perasaan yang sebak. Pengorbanan dan kasih sayang di limpahkan oleh kedua ibu bapa sememangnya tidak boleh di sangkal lagi. Mereka pasti aka...