EP 4
GILA
BAYANG
Maksud:
orang yang ingin sesuatu tetapi tidak mungkin tercapai.
“Sekarang dah pukul 4
petang Mia. Mungkin lagi 2 jam sampailah kot.”
Bella termenung jauh di
luar jendela yang terus mengingatkan aku pada seseorang.
“Mia, kau ingat lagi tak
Dhamiri?”
Mia yang berada di
sebelah talian tergelak besar sehingga kedengaran suara Ariz yang menegur
isterinya itu. Gelak si Mia saing-saing si Neelofa lah. Muka ayu betul tapi
gelak ya Rabbi, Tuhan sahaja yang tahu.
“Padan muka kau. Kan Ariz
dah marah. Kau ingatkan si Dhamiri tu? Apa jadilah dekat dia. Setiap kali aku
teringat pasal dia, aku rasa macam nak timbus muka aku dalam tanah hahaha.”
Ketika
itu aku berusia 21 tahun dan sedang cuti semester. Mia pula sudahpun
bekerja di Johor Bahru dan semestinya apabila sudah berada di Johor Bahru,
jangan lupa bawa passport untuk ke Singapura! Wuhuu. Aku dan Mia ingat benar
bagaimana pertemuan kami berdua dengan jejaka tampan sumpah mirip Zayn Malik.
Aku dan Mia seperti biasa jika di berikan peluang untuk berjalan-jalan, mulalah
menggatal. Aku ni halal lah kalau nak menggatal sebab tak ada siapa nak dekat
aku. Si Mia tu dah ada pacar sekacak Ariz pun kadang-kadang buat hal. Haih
kesian Ariz. Tulah siapa suruh tak suka dekat aku haha.
Sebaik
sahaja kami sampai ke imigresen, kami ternampak seorang lelaki yang tinggi
lampai berkaca mata hitam sedang berdiri di hadapan kami. Dia sedang sibuk
mencari sesuatu di dalam beg dan tiba-tiba sekeping kad jatuh dari beg
tersebut. Aku terus tunduk untuk mengambil kad tersebut dan apa yang aku ingat
adalah satu hentakan di kepalaku. Lelaki itu juga sedang mengambil kad yang
sama dan menyebabkan terjadinya pelanggaran tidak sengaja. Aku terus memandang
wajah lelaki tersebut dan dia juga memandang aku. Tatkala mata bertentangan
mata bersama si dia, dia telah melemparkan senyuman kepada aku sehingga aku
terasa begitu panas. Jarak muka dia dan aku begitu dekat! Dan senyuman yang
terukir telah menerukkan lagi keadaan. Aku mula berpeluh dan tiba-tiba lelaki
tersebut mengelap peluh aku dengan lengan bajunya. Keringat peluh di dahi
semakin menjadi-jadi dan aku mula panik. Lelaki itu terus sahaja memberi aku
sehelai tisu sebelum dia bangun dan beredar.
Mia yang melihat aku
masih lagi tercangkung seperti mahu membuang air besar, terus menarik kuat
tangan aku.
“Woi! Kau buat apa tu
gila?!”
Aku
masih lagi tidak boleh bergerak. Aku menjadi begitu kaku sehinggalah Mia
mencubit lemak di perutku. Pegawai imigresen mula memarahi kami kerana membuat
kecoh dan menyebabkan kami mendiamkan diri buat seketika. Menakutkan juga
tempat imigresen tersebut. Namun itu tidak membantutkan aku mengeluarkan
satu idea gila untuk di lakukan pada hari tersebut. Setelah aku memberitahu Mia
tentang pelan aku, dia tergelak besar dan terus mengatakan aku hilang akal. Aku
ternyata tidak hilang akal kerana aku hanyalah gila bayang. Gila bayang
terhadap lelaki kacukan Arab yang mirip seperti Zayn Malik. Senyumannya yang
begitu manis telah mencairkan lagi hati aku yang begitu keras kerana tiada
siapa yang menghuni hati tersebut setelah sekian lama. Pehhh!
Akhirnya Mia bersetuju dengan cadangan aku kerana Mia
sudah beberapa kali memasuki Negara tersebut sehingga sudah muak! Cadangan yang
aku berikan tidaklah begitu ekstrem, cumanya agak gila. Cadangan yang aku
berikan kepada Mia adalah untuk mengekori lelaki tersebut dan cuba untuk
mengambil gambar dengan lelaki itu. Aku seperti biasa sentiasa merasakan apa
yang aku lakukan itu adalah perkara yang terbaik untuk di lakukan. Aku dan Mia
terus sahaja menaiki bas yang di naiki oleh lelaki tersebut. Lelaki itu tidak menyedari kewujudan kami kerana dia sedang mendengar lagu yang di
cucuk pada telefon bimbitnya. Aku dan Mia sudah seperti dua peminat yang sedang
mengekori seorang artis. Sekejap kami tertunduk dan sekejap lagi kami menutup
muka menggunakan majalah yang di beli oleh Mia.
Aku yang hanya melihat kepalanya dari belakang sudahpun
terasa degupan jantung yang begitu pantas. Inikan pula jika berjaya misi aku
untuk bergambar dengannya. Aku mula termenung dan tiba-tiba Mia mencuit aku.
“Dia dah turun bas.”
Aku dan Mia terus sahaja
berlari turun dan kami sudahpun berada di hadapan Universal Studio.
Kaki aku dan Mia terus
terberhenti kerana tahu misi kami tidak dapat di teruskan lagi. Walaupun aku
ingin benar mengekori Zayn Malik celup, aku sememangnya tidak menukar Singapore
Dollar yang banyak. Aku akhirnya menarik tangan Mia dan berjalan dengan hati
yang lara. Namun tidak sampai beberapa langkah, tiba-tiba aku terasa seperti di
sentuh di bahu. Aku terus memusing ke belakang dan terus menjerit kecil!
“I nampak korang berdua
dari dalam bas lagi.”
Aku dan Mia hanya menahan
malu dengan menundukkan kepala. Lelaki tersebut terus sahaja tergelak besar
sambil mencekak pinggang.
“It’s okay. I dah selalu
kena ikut sebab orang ingat I Zayn Malik. Tapi nama sebenar Dhamiri.”
Aku dan Mia memberanikan diri untuk memandang atas dan hanya tersenyum lebar kerana dia sudah biasa dengan
perempuan gila cuba untuk mengekorinya.
“Saya, Aira dan ini Mia.”
Dhamiri hanya mengangguk
dan dengan tiba-tiba dia bertanya.
“Korang tak nak masuk
ke?”
Sememangnya soalan itu adalah soalan perangkap buat aku.
Jikalau di tanya beberapa kali, mungkin aku boleh termakan dengan ajakan
tersebut. Nasib aku baik kerana Mia ada di sisi. Dia yang menolak ajakan
tersebut.
“Eh, tak apa. Saya nak
bawak Aira pergi tempat lain.”
Mia laju sahaja menarik
tangan aku untuk membawa aku jauh daripada Dhamiri namun dengan tiba-tiba
Dhamiri menghalang kami dari meninggalkannya.
“Janganlah pergi dulu. I
belanja korang tiket Universal Studio nak? Jangan risau. Tiket ni I dapat free.”
Aku yang pantang sekali
mendengar perkataan FREE terus sahaja mengangguk laju. Mia dengan tiba-tiba
menarik aku dan terus membisikkan sesuatu.
“Aira, aku dah mula syak tak baiklah pasal si jambang ni. Kita pergi tempat lainlah eh.”
Aku adalah manusia yang tidak pernah ingin mendengar
kata-kata orang. Kedegilan yang melampau bakal memakan diri aku dan sememangnya
aku menerima padah yang besar. Aku memujuk Mia sehabis baik untuk menerima
ajakan Dhamiri dan akhirnya Mia termakan dengan ajakan aku. Sememangnya aku dan
Mia begitu seronok apabila Dhamiri menghulurkan tiket dan bertambah
seronok apabila dia melepaskan kami seperti anak-anak kecil di taman permainan.
Sepanjang perjalanan, aku hanya memikirkan yang mungkin Dhamiri tersuka pada
aku..mungkin. Sebab dia kerap kali memandang wajah aku dan kadangkala melihat
juga tubuh aku. Walaupun menakutkan juga apabila dia melihat setiap inci pada
tubuh aku, aku hanya terus bermain semua permainan yang ada di sana.
Pada pukul 4 petang, Dhamiri mengajak kami untuk melihat
satu persembahan yang menjadi salah satu acara yang di nantikan oleh semua
orang di sana. Aku dan Mia terus sahaja mengambil tempat duduk dan menunggu
untuk persembahan yang bakal di tunjukkan. Di kala aku menantikan persembahan
tersebut, aku merenung lama ke arah Dhamiri. Sememangnya dia begitu kacak!
Tiada satu cacat cela pun pada mukanya. Tiba-tiba Dhamiri memusingkan kepalanya
pada aku dan melemparkan senyuman yang begitu lebar. Aku hanya mampu
mengipaskan muka yang menjadi panas dengan kipas yang di beli oleh Mia di
Johor Bahru.
Persembahan bermula dan kami bertiga begitu terpukau melihat tarian yang di persembahkan
oleh seorang wanita yang begitu cantik untuk di tatap. Setiap pergerakannya
begitu tersusun dan kemas! Aku sebagai seorang wanita pun mengatakan wanita
tersebut bak bidadari, inikan pula lelaki-lelaki yang melihat wanita tersebut.
Aku mula memandang sekeliling dan ternyata lelaki seperti Dhamiri juga tidak
ketinggalan dari terpesona dengan wanita tersebut. Walaupun aku tahu lelaki
seperti Dhamiri tidak akan memandang wanita seperti aku, aku masih lagi berani
untuk mempunyai perasaan cemburu.
Persembahan tersebut berakhir dengan tepukan yang begitu gemuruh dan tidak
terkecuali Dhamiri. Aku mula memuncungkan mulut dan hanya menepuk tangan
seperti orang lain.
Aku terus bangun untuk
bergerak dari tempat itu namun di tahan oleh Dhamiri.
“Umm sekejap ya. I nak
kenalkan seseorang dekat awak berdua.”
Aku
dan Mia mula memandang masing-masing dengan dahi yang berkerut. Dhamiri
ternyata mengenali penari sebentar tadi kerana dia sedang memegang tangan
wanita tersebut sambil menarik wanita itu ke arah kami. Aku terlopong dan
begitu juga Mia. Namun apa yang lebih memeranjatkan kami apabila Dhamiri
memperkenalkan wanita tersebut kepada kami.
“Kenalkan isteri I,
Tasha.”
Tiba-tiba aku seperti di
tarik-tarik dan melihat Bella sudah memuncungkan bibirnya kerana aku terlalu
lama bergayut di dalam telefon bersama Mia. Aku terus memberikan Bella sekotak
coklat dan dia mula tersenyum.
“Mia, tolonglah jangan
cakap kau simpan lagi gambar aku dengan si Dhamiri tu.”
“AAHAHAHAAH gila aku tak
simpan?! Aku hampir jadikan hadiah kahwin kau.”
Apabila teringatkan
kembali tujuan sebenar Dhamiri begitu baik melayan kami berdua di Universal
Studio, aku sememangnya begitu malu!
Dhamiri yang sedang
berjinak untuk membuka sebuah gym di Singapura di samping isteri tercantik di
dunia persis model Victoria Secret melihat aku sebagai pelanggan pertama untuk
di latih bagi mendapatkan berat badan ideal.
Oh ya!
Aku lupa ingin
memberitahu yang pada waktu itu adalah waktu aku begitu gempal sehingga
mencecah 85kg. Selepas aku memberitahu ibu bapa aku tentang pelawaan Dhamiri, mereka terus bersetuju untuk aku mengikuti kelas mereka. Ibu bapa aku sanggup bayar semahal macam mana pun kerana terlalu risaukan aku yang saban hari seperti di pam oleh angin yang tidak henti. Enam bulan kemudian, aku berjaya menurunkan berat badan sehingga 56kg.
“Akhirnya kau dapat
jugakkan bergambar dengan si Dhamiri tu? Itu yang kau nak kan? Hahahaha.”
“Diamlah. Memalukan ada
lah! Habis badan sebelum dan selepas aku terpampang dekat Singapore! Argh!”
Tiba-tiba, Mia mengambil
nafas dan sambung berkata.
“..tapi kau jangan lupa
sebab flyers tulah suami kau jumpa
dengan kau. Kau tak ingat?”
Aku hanya tersenyum dan
kembali melihat Bella yang masih lagi sibuk memakan coklat.
xoxo,
AlianaRahim
Comments
Post a Comment