Skip to main content

EP 5 : Indah Khabar Dari Rupa (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 5
INDAH KHABAR DARI RUPA
Maksud: berita yang berlebih-lebihan sedangkan hakikatnya berlainan.


            Jam sudah menunjukkan 5 petang. Bella sudah mula meragam kerana terlalu lama berada di dalam bas tersebut. Aku yang melihat Bella semakin tidak keruan terus membuka luas zip beg Doraemon yang di isi ke semua makanan kecemasan di kala Bella membuat hal. Namun apa yang memeranjatkan aku, kesemua makanan yang aku bawa dan juga makanan yang aku beli di RnR telahpun habis. Aku semakin gelisah dan Bella pula juga begitu. Dia tiba-tiba mula menyatakan dia ingin bangun dari kerusi dan berjalan di sekitar bas. Aku mula buntu kerana perangai kanak-kanak memang tidak boleh di jangka. Di kala aku kegelisahan, tiba-tiba seorang wanita yang duduk dua kerusi di hadapan aku bangun dan menghulurkan sebekas Spaghetti Carbonara yang aku tidak pernah memberikan pada Bella. Bukannya aku tidak mahu namun aku mempunyai memori pahit tentang Spaghetti Carbonara. Aku sebagai ibu yang terdesak, hanya mampu mengucapkan terima kasih dan terus memberikan kepada Bella.

Bella seperti biasa, menjadi tenang semula.

Aku terhutang budi dengan wanita itu. Tidak sempat untuk aku bangun dan mengucapkan kata-kata terima kasih sekali lagi kepada wanita itu, Bella mula menarik bajuku.

“Ibu..siapa ayah Bella? Kenapa ibu dari tadi tak nak jawab soalan Bella.”

Begitu sayu aku mendengar soalan tersebut. Jika sesuatu itu begitu mudah untuk aku luahkan, sudah lama aku memberitahu tentang ayah kandung Bella. Aku menarik nafas panjang dan melemparkan senyuman yang begitu lebar buat Bella.

“Tengok Bella makan Spaghetti, teringat betul macam mana ibu jumpa dengan ayah Bella.”

Ketika itu adalah tahun aku bertemu kembali dengan suamiku setelah sekian lama.

Aku berusia 22 tahun.

            Jikalau Taylor Swift pun boleh mengeluarkan sebuah lagu dengan tajuk ‘22’, aku tahu benar umur 22 adalah umur yang terbaik untuk aku mencapai impian aku iaitu untuk mendapatkan teman lelaki. Aku begitu terhutang budi dengan Dhamiri dan isterinya Tasha kerana berjaya menurunkan berat badan aku yang begitu melampau. Bantuan yang mereka berikan kepada aku walaupun agak memalukan di sebabkan insiden Dhamiri, tidak pernah aku lupakan. Kerana dia, aku mula di pandang oleh lelaki yang sebelum ini tidak pernah menoleh di kala aku gempal. Ternyata lelaki-lelaki tersebut hanya memandang rupa dan tidak melihat apa yang tersembunyi di sebalik badanku yang gempal.

 Pada waktu itu, aku begitu bosan dengan cuti semester aku. Aku mula memandu di kawasan kedai berdekatan dengan rumahku untuk mencari makanan. Setelah 10 minit merayau dan mencari makanan, aku akhirnya berhenti di sebuah restoran yang di penuhi oleh ramai wanita. Aku mula curiga dan terus turun dari kereta untuk memasuki restoran tersebut. Aku mula mengambil tempat duduk sambil memerhati wanita-wanita lain yang sedang sibuk memerhatikan seseorang di dapur. Aku memanjangkan leher ke kanan dan ke kiri untuk melihat apa sebenarnya yang sedang terjadi.

Tiba-tiba kedengaran jeritan kecil beberapa budak sekolah yang juga berada di kawasan yang di penuhi dengan wanita-wanita tersebut. Aku yang mulanya duduk di kerusi mula bangun dan pergi ke arah mereka. Aku tidak mampu lagi untuk menahan perasaan ingin tahu terhadap apa yang sedang terjadi. Aku mula menolak tepi wanita-wanita tersebut dan akhirnya aku sudah berjaya untuk melihat apa yang sedang terjadi. Barulah aku faham mengapa begitu ramai wanita di sana apabila melihat seorang chef yang rupa parasnya seperti Zoey Rahman. Lelaki tersebut yang di kurniakan raut wajah tanpa cacat cela dan di tambah pula dengan badannya yang sado telah menjadi jawapan mengapa restoran itu di penuhi dengan ramai wanita. Aku yang setelah 6 bulan berada di gym untuk menurunkan berat badan aku, telah menyebabkan aku sudah muak melihat lelaki kacak dengan badan yang menawan. Aku menjadi tidak kisah dan hanya menganggap mereka hanyalah insan biasa seperti orang lain. Cuma badan cantik naw untuk di tatap.

Aira! Kau patut behave.

 Aku dengan serta merta duduk kembali ke tempat asal sambil menunggu pelayan untuk mengambil pesanan aku. Aku mula memusing ke kanan dan ke kiri untuk mencari pelayan yang bekerja di situ. Aku ternyata terkejut apabila melihat hanya ada seorang sahaja pelayan di dalam restoran tersebut dan kerana terlalu lama aku menunggu, aku mengambil sahaja satu ready-made ice blended yang di letak di dalam sebuah peti sejuk. Aku yang sememangnya tiada kerja untuk di buat, hanya perhatikan sahaja show percuma yang tidak habis-habis dari tadi. Aku semakin terhibur dengan bunyi-bunyi yang keluar daripada wanita-wanita tersebut setiap kali chef sado masak sehingga mengeluarkan api. Setelah beberapa minit aku menghiburkan hati aku, aku mendapat panggilan daripada ayah supaya pulang ke rumah. Aku yang menunggu begitu lama di kaunter untuk membayar, terus meletakkan sekeping 10 ringgit Malaysia di atas kaunter. Pada malam tersebut baru aku tersedar ready-made ice blended  tersebut berharga 15 Ringgit.

Keesokan harinya, seawal 10 pagi aku terus menuju ke restoran tersebut sebelum wanita-wanita gila mula datang ke restoran tersebut. Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di sana, lelaki yang menjadi penyebab mengapa ramai wanita di restoran itu datang menghampiri aku.

“Maaf cik. Saya terpaksa tutup kedai saya hari ni. Pekerja saya lari. Saya tak boleh manage kedai saya sorang-sorang.”

Hati kecil aku mula berbisik sendirian.

Mana tak lari! Kedekut sangat nak bayar gaji untuk dua tiga pelayan ke apa?

Aku terus sahaja mengeluarkan dompet aku dan menghulurkan 5 Ringgit kepada lelaki tersebut.

Tiba-tiba aku mendengar suara ramai wanita di belakang aku. Aku yang ketika itu memakai baju seakan-akan apron di sebalik t-shirt putih tiba-tiba di panggil oleh wanita-wanita tersebut untuk mengambil pesanan. Aku hampir mengamuk kerana mereka seperti memperlekehkan fesyen aku! Mereka yang buta fesyen. Nak kata aku pelayan pula. Tapi apabila memikirkan balik, sememangnya baju aku seakan-akan seperti Belle di dalam cerita Beauty and The Beast.

            Tidak sempat aku pergi ke arah mereka untuk menjadi gangster jalanan, aku di tarik kuat oleh chef sado itu. Aku yang melihat lelaki tersebut dengan lebih dekat baru menyedari namanya sudahpun terukir di bajunya.

Emran namanya. Chef Emran.

            Emran terus menarik aku kuat dan masuk ke dalam dapur. Dia yang kelihatan gelisah terus sahaja membasuh mukanya dan terus mengambil air kosong untuk di teguk. Aku yang melihat betapa gelisahnya dia terasa begitu kasihan dan hanya mendiamkan diri untuk tidak merumitkan lagi keadaan. Emran memandang aku beberapa kali sambil meneguk air. Aku pula hanya mengerutkan dahi sambil memandang tepat ke arahnya. Setelah dia selesai menghabiskan segelas air kosong, dia memusingkan badannya ke arah aku dan bertanya.

“You boleh tolong I jadi pelayan untuk hari ni tak?”

Aku terlopong. Sebelum sempat aku menjawab tidak pada soalan tersebut, Emran terus berkata.

“Tolonglah..cik?”

“Aira.”

“Aira, tolonglah I. I bukan tak bayar You. Cuma harini je I perlukan You. I janji malamni You boleh balik dengan tenang.”

Emran mula terdesak apabila aku mula mendiamkan diri. Dia sekali mencuba dan mendengar apa yang bakal di tawarkan kepada aku, aku seperti tamak.

“I upah You RM 500 untuk sehari ni.”

Aku yang mendengar betapa lumayannya tawaran yang di tawarkan dengan serta-merta mengangguk laju. Aku bersetuju untuk membantu Emran pada hari tersebut dan segalanya berjalan dengan lancar. Seperti biasa, restorannya di penuhi dengan wanita yang tergila-gilakan Emran dan aku menjadi pelayan yang begitu berdedikasi. Aku mengambil pesanan ke semua pelanggan dengan sepenuh kudrat aku. Emran yang sememangnya chef professional menyediakan ke semua pesanan dengan begitu pantas! Aku yang melihat betapa cantiknya setiap makanan yang di saji mula merasakan lelaki ini begitu berkarisma. Dengan raut wajahnya yang begitu tenang namun tangan begitu tangkas memasak, telah menarik minat aku terhadap Chef Emran. Mungkin aku ada harapan untuk bersama dengan chef terkenal di kawasan perumahan aku.

Masa seperti mencemburui kami dan jam telahpun menunjukkan pukul 10 malam. Aku terus meletakkan tanda tutup di depan pintu restoran. Aku yang sedang sibuk mengelap meja tiba-tiba berhenti apabila melihat Emran sedang membawa dua mangkuk yang di isi dengan Spaghetti Carbonara yang menjadi makanan favourite di restoran tersebut. Aku tidak tahu mengapa tetapi ia seakan-akan mimpi untuk di masak oleh chef seperti Emran yang begitu perfect! Aku dan Emran mula bercerita tentang perihal kami berdua. Aku mula terhibur dengan jenaka hambar yang di berikan oleh Emran. Selepas Emran memberitahu yang dia masih lagi tidak berpunya, aku pula yang tersipu malu. Ya lah! Ada peluanglah!

          Namun perasaan suka aku terhadap Emran mula hilang apabila Emran tiba-tiba memaksa aku untuk menjadi pekerja tetap di restorannya. Pada mulanya aku hanya tergelak dan mengatakan tidak tetapi gelak-tawa aku terus hilang apabila Emran mula mengasari aku. Dia memegang tangan aku dengan kuat sehingga aku menjerit meminta pertolongan. Mukanya yang sebelum ini tampak begitu tenang menjadi seperti serigala yang kelaparan. Dia begitu menginginkan aku untuk menjadi pekerjanya kerana aku pantas dalam melakukan kerja aku. Mungkin aku boleh pertimbangkan dengan tawaran tersebut namun setelah dia mengasari aku dengan memegang kuat pergelangan tangan aku, memang taklah!

            Aku dengan tidak berfikir panjang, terus sahaja mengambil air di atas meja dan menyimbah laju ke muka Emran. Emran terus melepaskan tangan aku tetapi sempat dia menarik rambut aku yang panjang. Aku terus menyiku perutnya dan berlari keluar dari restoran tersebut dalam keadaan menangis. Aku begitu terkejut dengan apa yang sedang terjadi dan beberapa langkah dari restoran tersebut, aku terlanggar dengan seorang lelaki yang sudah lama tidak bersua muka dan juga penyelamat daripada Chef Emran yang gila itu.

“Itu ayah Bella ke Ibu?” Bella tiba-tiba bertanya dengan senyuman yang begitu lebar.

Aku hanya menjawab pendek sambil memandang tepat pada mata Bella.

“Ya.”


Aku yang memandang ke arah luar tingkap mula berkerut. Masa berlalu dengan begitu pantas kerana bas sudahpun masuk ke perkarangan stesen bas Kuala Terengganu. Melihat seseorang yang sudahpun menunggu di perkarangan bas, membuatkan jantungku berdegup dengan pantas kerana sudah lama tidak bertemu dengan lelaki tersebut. Aku memusingkan badan Bella dengan perasaan yang berbelah bahagi. Aku tahu aku tidak mahu melakukan semua ini namun aku perlu juga.

“Bella, ayah Bella dah tunggu Bella dekat bawah. Dia dah tak sabar nak jumpa Bella.”


xoxo,
AlianaRahim




Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 6- Gyeongbok Palace + Bukchon Hanok Village

28.3.2016 (Isnin) Post kali ni lebih kepada kecantikan South Korea sendiri :) Mungkin perlu jugak la kan some description but gambar pun kadang-kadang boleh berbicara sendiri ecewahhh haha. So, kalini kiteorang decide untuk pergi ke Gyeongbok Palace. Palace yang berada betul betul di tengah bandar Seoul! Perjalanan kami seperti biasa akan bermula dari Bong House Hyehwa Stt ->Dongdaemun Stt(T)->Jongno(3)Ga Stt(T) ->Gwanghwamun Stt (Gyeongbok Palace) *Yup banyak sikit Transfer Station dia. Bertahan yaaa* SO, sampai je dekat Gwanghwamun Stt, terus nampak ni! LOCATION BABY TOP I BERLAKON! Saranghae Top Oppa! Haha. Pandai tau tetiba letak besar besar Iris nih. Ye lah suatu ketika dahulu, cerita ni famous gilos kot! Dan ini pula, King Sejong yang di katakan di situ adalah King yang berjaya mencipta tulisan Hangeul mereka. Haaa kiranya memang di ingati oleh setiap Korean lah. Ini la bapa tulisan Hangeul mereka gituwww. And bila berjalan ke depan si...

EP 2 : Seperti Anjing Dengan Kucing (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 2 SEPERTI ANJING DENGAN KUCING Maksud: dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu.             Jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 2 petang. Bella yang sememangnya susah untuk melelapkan mata di dalam kenderaan mula tercelik. Aku yang baru sahaja menghirup air kosong dari botol brand Tupperware begitu terkejut di kala mata Bella terbuka dengan tiba-tiba. Tersedak di buatnya. Bella terus membetulkan rambutnya dan menepuk belakang aku dengan tangan kecilnya itu. Aku masih lagi terbatuk sambil tersenyum melihat betapa matangnya budak berusia 5 tahun ini. “Baiknya Bella. Pandai eh gosok belakang ibu bila ibu batuk.” Bella tersenyum sambil berkata. “Nenekkan selalu batuk. Atok yang ajar Bella suruh gosok belakang nenek.” Aku tiba-tiba terasa satu perasaan yang sebak. Pengorbanan dan kasih sayang di limpahkan oleh kedua ibu bapa sememangnya tidak boleh di sangkal lagi. Mereka pasti aka...