Skip to main content

Call me crazy but I'm ready

Hi guys. Rasa dah lama sangat tak menulis kan? Haha maaflah. Sibuk buat show ahahaha aminkan jelah ishhhh.

Kalau siapa yang kenal Aliana, memang dah tahu lah aku ni jenis manusia kalau dah bagi laptop dan meja, tak sah kalau dia tak mula menulis. Pada yang masih mengingati betapa Aliana ni suka naww menulis, thank you sebab ingat :)




Tapi bukan sebab tu nak menulis panjang ni.

Pendekkan jelah cerita, aiyooo perempuan ni.

Fine fine. I pendekkan cerita I.

Aduh lama sangat tak menulis blog ni macam kekok sangat aduh.

Okay Aliana let's do this!

Hi,

Nama aku Aliana Rahim. Lagi 4 tahun masuklah 30 tahun pehhhhh seriouslah weh. Okay chill Aliana chill. So, sejak umur dah makin meningkat, banyak jugaklah berfikir. Mula fikir sempat ke nak ada satu buku untuk di baca oleh orang? Sempat ke orang nak kenal dengan seorang writer baru bernama Aliana Rahim? Sempat ke aku ni di ingati sebagai writer yang memberi kesan kepada orang yang membaca? Sempat ke?




Jawapan dia masih lagi kekal tanda tanya. Tapi  satu hari, aku di beri peluang untuk berbicara dengan seorang penulis yang dah banyak menulis untuk drama-drama fofular dekat Malaysia. Alhamdulilah rezeki untuk dengar nasihat dia aku pegang sampai bila-bila.

Terus terang dia cerita dekat aku yang dunia penulisan ni tak mudah. Dalam banyak-banyak nasihat yang dia bagi, antara yang aku ingat adalah untuk socialize dengan penulis-penulis lain. Aku tak tahu kenapa liat sangat aku nak buat step tu haha. Then dia kata, jangan pernah berhenti menulis. Startlah dengan blog and try menulis untuk di baca oleh orang ramai. Mungkin boleh nampak mana kekuatan dan mana kelemahan.

Dan di situ bermulalah otak aku macam dengar bunyi gong yang kuat untuk aku bangun dari mimpi. Aku ada blog!

Ada doh!



Tapi aku tak pernah terfikir untuk tulis mini drama series aku sendiri. Dah alang-alang itu memang homework aku untuk polish lagi skills aku, apa kata aku curahkan idea aku untuk di baca oleh engkorang semua.

Ok kan? Haha.


So, yeah. Itulah plan aku buat sekarang ni di mana aku akan buat mini drama series aku sendiri. Walaupun bukan senang untuk buat orang baca stories daripada penulis yang pfttt siapa dia ni haha but kalau aku tak put some efforts, baik lupakan je impian dari dulu.

Dan post ini.. untuk memberitahu yang aku tekad nak buat my own mini drama series 6 ep.

And I will start my stories yang ringan je. Tak nak lagi scene-scene berat sangat haha.

So yeah.


The Mini Drama Series 6 ep by AlianaRahim:

akan di post bermula pada minggu kedua dan ketiga Januari 2018.
Setiap hari Rabu sehingga Jumaat pada 9 malam hanya di justaliana.blogspot.my (sila baca dalam nada Neelofa promote drama dia hahaha)

Dan

Aku juga akan buat account instagram baru to promote on my writing sajewww. So kalau nampak ada orang nama "byAlianaRahim" janganlah block eh ehehehe.


And trust me . Don't expect more because I'm seriously nervous to do this but yeah, macam tajuk post ini, I'm ready.


Guys,

I really hope you can support me till the end and stay tune for the next post.
Appreciate on your time reading this and thank you :)


p/s: Nah sis belanja satu pencuci mata. Waduh sis dah tua sebab mula suka dekat anak ikan hahahaha.





xoxo,
AlianaRahim

Comments

Popular posts from this blog

2022 Buffet Ramadhan : AYUH BERBUKA by Zai Sri Gemilang @ Auditorium MBSA Shah Alam

Salam Ramadhan semua! Fuhh bila nak edit blogpost pagi pagi, tengok pulak food from buffet ramadhan hari Sabtu lepas, betul betul menguji ya hahaha. SO! Nak cerita dari awal lah di sebabkan ini first time sis di jemput untuk majlis berbuka di bawah Zai Sri Gemilang hehe. Zai Sri Gemilang ni rasanya tak payah nak di kenalkan lagi kot. Everyone yang pernah survey untuk cari caterer for their weddings, confirmed kenal. One of the biggest player for food caterer untuk weddings. So bila di jemput untuk berbuka, of course teruja. Kita pun tahu food dia sedap sedap kan. Event yang di beri nama "Ayuh Berbuka" by Zai Sri Gemilang ni : Start from 4 - 30.4.2022 Venue : Auditorium MBSA, Shah Alam (Surau di sediakan) Price List : Adult RM 89 each / RM150 for 2 pax . Child : RM 49 . Senior Citizen : RM 69 Special Appearance : 9/4 Salma , 16/4 Lah Ahmad & Liza Abdullah , 19/4 Zamani , 23/4 Ezad Lazim List of foods dia mantapppp. Setiap hari ada kambing golek (my advice pergi weekdays se...

Day 6- Gyeongbok Palace + Bukchon Hanok Village

28.3.2016 (Isnin) Post kali ni lebih kepada kecantikan South Korea sendiri :) Mungkin perlu jugak la kan some description but gambar pun kadang-kadang boleh berbicara sendiri ecewahhh haha. So, kalini kiteorang decide untuk pergi ke Gyeongbok Palace. Palace yang berada betul betul di tengah bandar Seoul! Perjalanan kami seperti biasa akan bermula dari Bong House Hyehwa Stt ->Dongdaemun Stt(T)->Jongno(3)Ga Stt(T) ->Gwanghwamun Stt (Gyeongbok Palace) *Yup banyak sikit Transfer Station dia. Bertahan yaaa* SO, sampai je dekat Gwanghwamun Stt, terus nampak ni! LOCATION BABY TOP I BERLAKON! Saranghae Top Oppa! Haha. Pandai tau tetiba letak besar besar Iris nih. Ye lah suatu ketika dahulu, cerita ni famous gilos kot! Dan ini pula, King Sejong yang di katakan di situ adalah King yang berjaya mencipta tulisan Hangeul mereka. Haaa kiranya memang di ingati oleh setiap Korean lah. Ini la bapa tulisan Hangeul mereka gituwww. And bila berjalan ke depan si...

EP 2 : Seperti Anjing Dengan Kucing (Mini Drama Series by Aliana Rahim)

EP 2 SEPERTI ANJING DENGAN KUCING Maksud: dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu.             Jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 2 petang. Bella yang sememangnya susah untuk melelapkan mata di dalam kenderaan mula tercelik. Aku yang baru sahaja menghirup air kosong dari botol brand Tupperware begitu terkejut di kala mata Bella terbuka dengan tiba-tiba. Tersedak di buatnya. Bella terus membetulkan rambutnya dan menepuk belakang aku dengan tangan kecilnya itu. Aku masih lagi terbatuk sambil tersenyum melihat betapa matangnya budak berusia 5 tahun ini. “Baiknya Bella. Pandai eh gosok belakang ibu bila ibu batuk.” Bella tersenyum sambil berkata. “Nenekkan selalu batuk. Atok yang ajar Bella suruh gosok belakang nenek.” Aku tiba-tiba terasa satu perasaan yang sebak. Pengorbanan dan kasih sayang di limpahkan oleh kedua ibu bapa sememangnya tidak boleh di sangkal lagi. Mereka pasti aka...