EP 1
KAKI
AYAM
Maksud:
tidak memakai kaut
Aku
memandang jam tangan di tangan kiriku yang menunjukkan sudah pukul 1 petang. Perjalanan
ke Terengganu yang memakan masa hampir 6 jam telah merisaukan aku tentang
kondisi anakku. Anak kecilku, Bella yang baru sahaja berusia 5 tahun tidak
terlepas menjadi seperti kanak-kanak yang lain. Apa maksud aku dengan ‘seperti
kanak-kanak yang lain’?
Dia terlalu petah
berkata-kata sehingga aku yang kehilangan kata-kata.
“Ibu, Bella tengok Disney
Channel. Lepastu dia kata, bumi kita bulat. Dia tipu eh Ibu sebab kalau bumi
bulat, mestilah kita jatuh. Macam haritu bila Bella diri atas bola dekat rumah
nenek.”
Aduh.
Aku lemah sains.
“Ibu, lepastu lutut Bella
ada darah. Tapi lama-lama darah tu hilang. Macammana dia boleh hilang?”
Lagi
teruk soalan dia ni.
“Ibu ibu! Macam mana air mata
boleh keluar bila kita sakit? Sebab haritukan Bella nangis bila Bella jatuh.”
Ahhh
sudah. Aku give up.
Keputusan
untuk berkahwin dengan lelaki pilihan aku pada usia 23 tahun sebaik sahaja aku
berjaya menamatkan pelajaran di universiti adalah satu keputusan yang paling
tepat buat aku. Lelaki tersebut telah berjaya memberi aku pelbagai perasaan setiap kali aku teringat
momen-momen indah pada hari pernikahan kami. Pada Februari 2013, ingatan di
mana gembiranya aku melihat wajah seorang bayi perempuan tidak dapat aku lupakan.
Perasaan tersebut mungkin hanyalah dapat di rasai apabila seorang wanita itu
bergelar seorang ibu. Tatkala aku memegang tangan kecil seorang bayi perempuan
benar-benar menyentuh hati aku. Semakin lama tangan kecil itu semakin membesar
tanda dia juga sudah membesar dan pandai untuk meminta apa yang di inginkan.
“Ibu ni kenapa diam? Jawablah.”
Aku mengeluh sendirian.
Aku semestinya ingin menjawab semua persoalan yang bermain di minda Bella namun
terbantut kerana aku kekurangan ilmu!
“Ummm kalau ibu jawab
bila kita dekat rumah boleh? Sebab ibu ada cerita best nak cerita dekat Bella. Cerita macam mana ibu boleh jumpa ayah.
Bella nak dengar?”
Bella membesarkan matanya
sambil tersenyum lebar.
Hati aku mula tidak
senang apabila Bella membesarkan matanya kerana…
“NAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
……….dia mudah teruja.
Aku
terus menutup mulut Bella dengan tangan kananku sambil meminta maaf kepada
penumpang lain. Mak cik depan aku tidak henti-henti melatah dan orang di
belakang aku mula mengeluarkan kata-kata tidak puas hati kerana menggangu
ketenteraman di dalam bas. Aku melepaskan tangan aku dan Bella pula masih lagi
tersenyum. Aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala sambil mengusap kepala
Bella.
“Okay Bella. Ibu boleh
cerita dekat Bella tapi jangan buat bising. Boleh?”
Bella sekali lagi
tersenyum lebar sambil memandang tepat pada mata aku. Aku faham benar mengapa Bella begitu teruja kerana aku tidak pernah memberitahu siapa sebenarnya ayah
kandung Bella.
Aku mula membawa diri ke
dalam kotak ingatan aku sambil mencuba untuk menyusun kata-kata. Setiap apa yang
terjadi dalam hidup aku begitu susah untuk aku lupakan. Tidak kira ianya
gembira mahupun sedih, semuanya masih segar di dalam ingatan aku.
Ketika itu, aku berusia 11 tahun.
“Aira! Bahayalah main
tepi longkang. Jomlah main dekat sini.”
Aku tidak menghiraukan
langsung kata-kata jiran aku, Mia yang berusia setahun tua dari aku.
Kerana mata aku tertumpu pada
siput yang berada di kawasan longkang.
“Siput….kenapa kau
masukkan kepala dalam cengkerang? Keluarlah.”
Mia
yang sudah penat memujuk aku terus sahaja pulang ke rumah tanpa pengetahuan
aku. Mungkin Mia sudahpun memberitahu aku dari jauh namun kerana terlalu
khusyuk terfikirkan mengapa siput boleh menyorok di dalam cengkerangnya, aku
hanya menganggap Mia pergi dengan begitu sahaja. Tiba-tiba mata aku tertumpu
pada katak yang sedang melompat ke arah kawasan padang bola. Aku yang melihat
pada kasut baru yang di hadiahkan oleh nenek terus menanggalkan kasut tersebut
untuk mengelak ianya terkena kotoran yang ada di padang.
Aku tanpa memikirkan apa kemungkinan yang bakal terjadi hanya berkaki ayam
sambil mengejar katak tersebut. Aku mula berlari laju apabila katak tersebut
mula melompat jauh. Katak tersebut semestinya lebih pantas dari aku dan ia memasuki
semak samun. Walaupun aku sememangnya ingin menangkap katak tersebut, namun
apabila teringat kembali bagaimana ibuku memberitahu ular ada di kawasan semak
samun, aku mengalah. Aku tiba-tiba terngiang-ngiang kata-kata ibu yang
mengatakan jika ternampak katak, maknanya langit bakal membasahi bumi. Aku mula
mendongak ke atas dan setitis air hujan terkena pada pipi aku. Tidak lebih
beberapa saat, hujan turun dengan lebat sehingga aku menjerit sendirian di
padang bola yang sudah di penuhi dengan lecak. Aku ingin berlari laju namun
lecak yang seperti seronok pula mengotori seluar dan baju aku membuatkan aku
berjalan dengan perlahan. Air mata aku mula membasahi pipi kerana terfikirkan
betapa sakitnya bontot aku apabila aku bakal di sebat oleh ayah kerana
mengotorkan pakaian aku dengan teruk sekali.
Rupa aku yang sememangnya
rupa budak kecil yang kehilangan ibu bapa begitu memalukan aku setiap kali aku
teringatkan kembali insiden tersebut.
Kerana apa?
Kerana pada hari
tersebut, aku berdua-duaan dengan lelaki bernama Ariz.
Hujan yang begitu lebat menyebabkan pertemuan kami tidak
tumpah seperti adegan dalam filem Hindustan. Walaupun ketika itu aku berusia 11
tahun, jiwa aku seperti wanita 21 tahun. Gituh! Haaaa salahkan TV3 sebab setiap
sabtu menyebabkan aku duduk di depan televisyen selama 3 jam. Ariz yang
menggunakan tuala kecil untuk menghalang hujan dari membasahi aku menyebabkan
jantung aku berdegup dengan begitu pantas.
Mengapa?
Sebab aku sememangnya
menyimpan perasaan suka pada ketua pengawas sekolah aku yang juga rakan sekelas
Mia.
“Awak ni jiran Mia kan?”
soalan pertama yang di tanya oleh Ariz kepada aku sambil kami berjalan menuju
ke sebuah pondok kecil.
Aku hanya mengangguk
malu.
Ariz pula hanya tersenyum
sehingga aku ternampak lesung pipit yang menjadi kegilaan ramai pelajar
perempuan di sekolah aku.
“Kenapa awak main
sorang-sorang dekat sini? Bahayanya.”
Jantung aku semakin
berdegup pantas. Ariz begitu concern…
“Aira?”
JANTUNG AKU BAKAL
MELETOP! DIA TAHU NAMA AKU!
Aku masih lagi tidak
mengeluarkan sebarang kata namun mata aku hanya memandang tepat pada anak mata
yang berwarna cokelat.
“Awak ni
kelakarlah,Aira.”
Aku mula bermain dengan
rambutku yang basah apabila Ariz mula memuji.
“Aira, awak ni boleh
bercakap ke tak?”
Soalan yang begitu mengejut
telah menyebabkan aku separuh menjerit menjawab soalan tersebut.
“BOLEH!”
Ariz terkejut dan sama
juga aku.
Ah! Bodohnya aku bila
teringatkan kembali tentang pertemuan aku dengan cinta pertama aku.
Dengan kebodohan aku
ketika itu, kami berdua tergelak sebentar sehingga Ariz mula menceritakan
tentang dirinya. Momen tersebut menjadi memori indah untuk di pegang buat
selamanya.
Namun ternyata ianya
bertahan tidak lebih 10 minit apabila permintaan yang di minta oleh Ariz mula
menghilangkan senyuman aku.
“Aira, awak boleh suruh
Mia balas message saya?”
Aku menunduk lemah. Ariz
berbaik dengan aku kerana aku ini adalah kawan rapat kepada Mia rupanya.
“Aira, bolehlah eh awak
bagitahu Mia? Saya dah seminggu tunggu dia balas message saya. Dekat kelas dia sombong dengan saya.”
Aku terus bangun dan
berlari dengan berkaki ayam dari pondok kecil itu. Aku tak mahu di lihat
seperti seorang loser yang di tolak cinta oleh lelaki yang menyukai rakan
baiknya sendiri. Namun ternyata memori aku dengan Ariz lebih memalukan apabila
kaki aku tersadung dan muka aku tepat mencium lecak terbesar di padang bola
tersebut.
Yang lebih ironiknya,
katak yang aku kejar berada tepat di hadapan aku. Walaupun katak tidak boleh
bersuara, tapi aku seakan-akan boleh mendengar katak itu menggelakkan aku.
Cis!
“Kejap ibu! So itu ke
ayah?” tanya Bella yang telah membawa aku keluar dari kotak ingatan aku.
Aku hanya tergelak dan
menjawab.
“Bella nak ibu kena
pancung dengan Aunty Mia ke? Ariz tu…Uncle Ariz lah, Bella. Yang suka sangat
belikan Bella ice-cream tu.”
Bella mula memuncungkan
bibirnya.
Aku mula mengerutkan dahi
dan terus bertanya.
“Kenapa Bella?”
“Ibu tipu Bella.”
“Eh. Ibu tak tipulah.
Betullah Uncle Ariz tu first love ibu.”
“Dah tu siapa ayah
Bella?”
Tangan aku sibuk membuat
susu buat Bella apabila melihat Bella mula menggosokkan matanya.
Aku melemparkan senyuman
dan berkata.
xoxo,
AlianaRahim
Comments
Post a Comment